backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

6 Makanan Terbaik Untuk Kecutkan Cyst Ovari, Wanita Boleh Cuba Cara Natural Ini!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/12/2023

    6 Makanan Terbaik Untuk Kecutkan Cyst Ovari, Wanita Boleh Cuba Cara Natural Ini!

    Sedang mencari makanan kecutkan cyst? Jangan risau, anda berada di tempat yang betul. Tahukah anda, sista ovari akan menjadi semakin besar dan berkemungkinan pecah jika pesakit tidak menjaga makan?

    Walau bagaimanapun, dengan pengambilan ubat-ubatan yang dibekalkan, sista selalunya akan mengecil dengan sendiri. Jika sista yang terbentuk bersaiz besar, doktor mungkin perlu melakukan pembedahan untuk membuangnya daripada badan.

    Selalunya, wanita tidak akan sedar mereka mempunyai sista sehingga ia membesar atau pecah. Malah, simptom juga akan muncul setelah sista tersebut mencapai saiz tertentu.

    Antara tanda-tanda awal sista ialah kitaran haid yang tidak teratur dan kekejangan pada kawasan abdomen. Semua ini berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon akibat pembentukan cyst.

    Jadi, untuk mengelakkan masalah ini, wanita perlulah mengamalkan beberapa jenis makanan kecutkan cyst. Setiap pilihan yang anda buat sekarang mampu memberi perbezaan di masa hadapan, terutamanya dari segi kesihatan anda.

    Jom ketahui makanan apa yang boleh anda ambil untuk mengurangkan simptom sista.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    6 makanan kecutkan cyst yang terbukti secara saintifik

    sista ovari

    Mana-mana wanita yang mempunyai masalah estrogen berlebihan berkemungkinan mengalami sista ovari yang bakal menyebabkan simptom.

    Selalunya, wanita yang mempunyai sista mengetahui tentang kondisi mereka apabila semuanya telah terlambat. Ramai yang dibawa ke wad kecemasan disebabkan demam dan kesakitan yang tidak diketahui puncanya.

    Namun, bagi mereka yang telah didiagnosis dengan sista, ada beberapa makanan yang mungkin dapat membantu mengecutkan cyst. Antaranya:

    1. Tambah makanan yang kaya dengan serat

    makanan kecutkan cyst

    Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat merupakan antara makanan kecutkan cyst yang terbaik.

    Bukan itu sahaja, makanan seperti buah pir, oren dan kacang pea kaya dengan pelbagai jenis fitokimia yang dapat mengurangkan penyerapan semula hormon estrogen oleh badan. Malah, bahan-bahan ini juga dapat mengurangkan risiko kanser ovari.

    Salah satu masalah yang dialami oleh wanita yang menghidap sista ialah ketidakseimbangan hormon. Pengambilan makanan yang tinggi serat dapat mengurangkan masalah ini.

    2. Daging pejal, makanan kecutkan cyst yang terbaik

    Daging yang mengandungi banyak lemak boleh membuatkan masalah cyst yang dialami wanita menjadi semakin teruk. Bukan itu sahaja, makanan tinggi lemak juga boleh menyebabkan inflamasi yang akan membuatkan simptom sista menjadi semakin parah.

    Oleh sebab itu, lebihkan pengambilan daging pejal dalam makanan. Kurangkan makanan berlemak dan bergoreng seperti makanan segera dan makanan ringan.

    Makanan seperti tofu, ikan dan ayam sangat bermanfaat untuk badan dan dapat membantu mengawal masalah hormon.

    3. Lebihkan makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3

    Seperti yang diterangkan sebelum ini, ketidakseimbangan hormon merupakan salah satu masalah utama yang menghantui penghidap sista.

    Untuk mengurangkan simptom, cuba tambahkan makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dalam diet seharian.

    Sebagai contoh, makanan seperti ikan dan kekacang kaya dengan asid lemak dan sangat efektif untuk menurunkan tahap hormon androgen dalam badan.

    4. Amalkan teh kamomil sebagai makanan kecutkan cyst

    makanan kecutkan cyst

    Selain kemampuannya untuk buatkan kita rasa tenang dan relaks, ada banyak lagi kebaikan lain yang datang dengan secawan teh kamomil.

    Teh kamomil mempunyai efek antiradang yang dapat membantu pesakit sista mengurangkan kesakitan yang dialami. Malah, bagi wanita yang mempunyai masalah perut cramp semasa period, secawan teh kamomil mungkin dapat membantu!

    Bukan itu sahaja, teh kamomil juga dapat membantu anda tidur dengan lebih lena, mengurangkan masalah anxiety dan mencantikkan kulit wajah!

    Baca juga:

    5. Makanan yang kaya dengan indole-3 carbinol

    Indole-3 carbinol atau I3C merupakan makanan yang dapat membantu menyingkirkan lebihan hormon estrogen daripada badan. Antara makanan yang kaya dengan I3C ialah kubis, kubis bunga, brokoli dan kubis brussels.

    Kini, pakar menggunakan I3C untuk mengelakkan kanser, merawat lupus (SLE) dan juga kondisi lain. Walau bagaimanapun, masih belum ada kajian yang secukupnya untuk menyokong kenyataan ini.

    6. Lebihkan makanan yang kaya dengan magnesium

    makanan kecutkan cyst

    Bahan yang mengandungi magnesium dapat mengurangkan kekejangan yang disebabkan oleh sista. Antara makanan yang mengandungi magnesium ialah pisang, gajus, almond, avokado dan sayur-sayuran hijau.

    Jika anda mempunyai sista ovari, pastikan anda mengambil ubat-ubatan mengikut saranan doktor. Walaupun makanan di atas dapat mengecutkan sista, ia bukanlah penawar untuk masalah cyst yang anda alami.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan