backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

5

Tanya Doktor
Simpan

Perut Membuncit Tanda Ada Cyst? Wanita, Jom Tahu Tandanya Sebelum Terlambat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 24/06/2024

Perut Membuncit Tanda Ada Cyst? Wanita, Jom Tahu Tandanya Sebelum Terlambat!

Sista atau cyst merupakan satu masalah kesihatan yang sering menghantui wanita. Ramai wanita yang tidak mengetahui tanda cyst pada badan dan hanya menyedarinya apabila semuanya telah terlambat.

Sebelum kita bercakap lebih lanjut mengenai tanda cyst atau sista, mari kita ketahui dulu perbezaan antara sista dan tumor.

Sista adalah sejenis kapsul atau kantung yang terbentuk pada kulit di dalam atau di luar badan. Kadangkala, sista dipenuhi cecair yang separa pejal.

Walaupun sista boleh terbentuk pada mana-mana bahagian badan, namun ia selalunya muncul pada kulit, ovari, buah dada atau buah pinggang. Kebanyakan sista adalah bukan kanser. Namun, kanser boleh menjadi punca penyakit cyst dan punca cyst aktif dalam tubuh badan.

Tumor pula adalah satu gumpalan tisu yang terbentuk apabila sel-sel yang abnormal berkumpul bersama-sama. Kebanyakan tumor adalah bukan kanser (benign). Pembentukan tumor di kawasan perut boleh menyebabkan wanita nampak lebih buncit daripada biasa.

Walau bagaimanapun, ada beberapa jenis tumor yang boleh menyebabkan kanser dan mengancam nyawa. Semua jenis tumor perlu dirawat secepat mungkin.

Perut buncit tanda sista merupakan sesuatu yang amat kerap diperkatakan. Namun, benarkah sista boleh menyebabkan perut kita nampak lebih buncit daripada biasa?

Jika anda ingin tahu lebih lanjut, mari ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

7 tanda cyst dalam kalangan wanita

bahaya sista
Sista perlu dibuang sebelum mengundang bahaya!

Antara sista yang paling lazim terbentuk dalam kalangan wanita ialah sista ovari. Wanita yang boleh melahirkan anak berisiko untuk membentuk sista di dalam atau di luar ovari.

Namun, ini tidak bermaksud kanak-kanak bebas daripada pembentukan sista ovari. Mereka juga boleh mengalami masalah yang sama. Walau bagaimanapun, ia amat jarang berlaku.

Ada banyak jenis sista yang berbeza. Ia juga boleh muncul atas beberapa sebab. Dalam sesetengah kes, sista dalam ovari wanita bersaiz sangat kecil dan tidak menyebabkan apa-apa simptom. Jika ini yang berlaku, anda tidak memerlukan rawatan.

Oleh sebab punca sista berbeza-beza, maka rawatannya juga mungkin berbeza mengikut individu. Saiz sista juga tidak sama; ia mungkin sebesar separuh inci dan kadangkala lebih besar daripada 4 inci.

Namun, jika sista tersebut semakin membesar, anda akan mula mengalami beberapa simptom yang menjadi tanda sista. Sebagai contoh:

1. Sakit di kawasan pelvis

Jika anda menghidap sista, anda mungkin akan rasa sakit di kawasan pelvis atau abdomen. Selalunya, sakit ini akan berlaku dengan kerap namun tidak diketahui puncanya.

2. Perut buncit tanda cyst

simptom sista wanita
Wanita perut buncit mungkin ada cyst.

Benarkah perut buncit merupakan salah satu daripada tanda sista pada wanita?

Sista ovari boleh menyebabkan perut anda buncit atau kembung, terutamanya pada sebelah sisi yang terkesan dengan pertumbuhan sista.
Bukan itu sahaja, anda juga mungkin akan rasa ‘berat’, ‘keras’ atau ditekan di kawasan yang membengkak.

3. Rasa sakit ketika melakukan hubungan seks

Salah satu tanda cyst ialah rasa sakit ketika bersenggama dengan suami. Walau bagaimanapun, ada banyak lagi sebab lain yang boleh menjadi punca kesakitan ketika melakukan hubungan seks.

Selalunya, wanita yang menghidap sista akan rasa sakit pada kawasan perut sejurus selepas melakukan hubungan seks.

4. Sakit yang amat sangat ketika datang haid

Rasa sakit ketika haid boleh jadi semakin teruk jika anda mempunyai sista pada kawasan ovari. Malah, rasa sakit itu mungkin tidak ada sebelum ini, tapi anda mengalaminya disebabkan kemunculan sista.

5. Pendarahan yang luar biasa ketika haid

Kadangkala, simptom cyst dalam rahim boleh menyebabkan pendarahan yang abnormal sewaktu haid. Ada wanita yang mengalami pendarahan yang lebih serius, namun ada juga yang tidak datang period.

6. Sukar membuang air kecil mungkin tanda cyst

Satu lagi tanda cyst ialah kesukaran untuk membuang air kecil. Sista yang bersaiz besar boleh menyebabkan anda sukar untuk mengosongkan pundi kencing. Bukan itu sahaja, anda juga akan rasa sukar untuk membuang air besar.

7. Sakit pelvis yang teruk disusuli dengan demam dan muntah-muntah

simptom cyst wanita
Rasa sakit pada bahagian pelvis.

Jika anda mempunyai masalah ini, jumpa doktor secepat mungkin. Ini merupakan antara tanda cyst pecah. Malah, simptom seperti muntah-muntah atau demam mungkin menandakan bahawa ovari anda tersepit dengan ligamen.

Tanda sista pecah merupakan satu kecemasan dan memerlukan rawatan yang segera. Jangan sesekali abaikan simptom ini dan dapatkan cara check cyst, ubatan dan rawatan pakar secepat mungkin.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 24/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan