āKenapa masih kejang perut, padahal bukan tengah haid pun..āPernahkah senario ini terjadi kepada anda? Anda pasti keliru bukan?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim Ā· Dokter Umum Ā· Hello Health Group
āKenapa masih kejang perut, padahal bukan tengah haid pun..āPernahkah senario ini terjadi kepada anda? Anda pasti keliru bukan?
Sakit ketika haid sudah cukup menyiksakan buat sebilangan wanita, apatah lagi untuk mengalaminya di luar waktu āberdarahā, boleh membuatkan anda sentiasa dalam kesakitan.
Sebenarnya, masalah kekejangan perut bukan hanya terhad semasa ādatang bulanā sahaja, tapi ada pelbagai jenis kondisi kesihatan lain yang menjadi puncanya.
Justeru, kondisi apa lagi yang menjadi penyebab? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti artikel ini okay!
Baca lebih lanjut tentang Kesihatan WanitaĀ di sini.
Selain haid, ketumbuhan sista, sembelit, kehamilan malah kanser boleh membuatkan anda mengalami masalah kejang perut!
Berikut adalah kondisi-kondisi kesihatan yang boleh menjadi punca, antaranya:
Sekiranya anda belum menopaus dan masih mempunyai ovari, masalah kejang perut boleh terjadi pada pertengahan bulan, kira-kira 10 sehingga 14 hari sebelum menstruasi berlaku.
Kekejangan ini berlaku apabila ovari mengeluarkan telur untuk menyiapkan badan anda untuk kemungkinan kehamilan.
Selain itu, ketidakselesaan yang tidak berisiko ini dikenali sebagai mittelschmerz, yang bermaksud sakit di bahagian tengah perut.
Anda akan mengalami kesakitan pada satu sisi perut bawah dan ia mampu berlangsung dari beberapa minit sehingga beberapa jam.
Tambahan itu, ia mungkin akan bertukar sisi setiap bulan atau menyerang tempat yang sama setiap kali haid.
Sista adalah kantung cecair. Kadangkala ia mampu terbentuk pada ovari anda.
Bagi sista jenis folikular, ia akan terbuka untuk melepaskan telur dan kemudian larut di dalam badan anda.
Sekiranya proses ini tidak berlaku, sista yang berbeza bakal terbentuk.
Sebilangan besar sista ini tidak berbahaya tetapi ia mampu pecah sekiranya bertambah besar!
Pun begitu, sista ovari yang pecah tidak selalu menyebabkan kesakitan.
Sekiranya berlaku, anda mungkin mengalami kekejangan perut yang tajam secara tiba-tiba pada kedua-dua bahagian atau bawah perut anda.
Janin yang sedang membesar akan melekat pada lapisan rahim, atau rahim.
Kejang perut ketika hamil disebut sebagai kesakitan implantasi, dan merupakan tanda perkembangan dalam kehamilan.
Anda mungkin mengalami sedikit kekejangan kira-kira 4 minggu semasa kehamilan.
Namun, sekiranya anda tidak pasti sama ada hamil atau tidak, anda disarankan untuk melakukan ujian kit kehamilan untuk mendapatkan kepastian.
Kehamilan ektopik bermaksud bayi dalam kandungan berada di tempat lain selain rahim.
Bagi kes ini, ia selalunya berlaku pada salah satu daripada dua tiub fallopio.
Malangnya, kehamilan ektopik mampu mengancam nyawa si ibu.
Wanita yang mengalami kehamilan sebegini akan mendapat masalah kejang perut yang ringan diikuti dengan rasa sakit yang menyucuk pada satu sisi perut bawah.
Lebih teruk lagi, kesakitan boleh menjadi sangat teruk sehingga pesakit akan turut merasainya di kawasan bahu dan punggung bawah.
Sebelum kekejangan berlaku, pesakit mungkin mempunyai tanda-tanda kehamilan yang biasa, seperti berasa mual dan sakit payudara.
Ini merupakan komplikasi jangka panjang yang kronik di mana tisu yang serupa dengan lapisan rahim melekat dan tumbuh pada organ lain.
Mereka yang mempunyai endometriosis akan mengalami masalah kekejangan, tetapi ia boleh berlaku pada bila-bila masa dalam tempoh sebulan.
Di samping itu, pesakit juga mungkin mengalami kekejangan dan sakit di bahagian bawah perut serta punggung.
Masalah ini juga boleh memberikan kesan terhadap hubungan seks pesakit kerana ia boleh menjadi menyakitkan.
Tambahan itu, endometriosis turut menyukarkan pesakit dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.
Penyakit ini berkaitan dengan jangkitan bakteria yang biasanya disebarkan melalui hubungan seks.
Ia mampu mempengaruhi bahagian penting dalam organ wanita seperti tiub, rahim, ovari, faraj, dan serviks.
Masalah kejang perut biasanya dialami di kedua-dua bahagian perut dan punggung bawah pesakit. Ia juga boleh berlaku pada bila-bila masa dalam tempoh sebulan.
PID turut menyebabkan keputihan yang tidak normal, kesakitan atau sensasi terbakar semasa melakukan hubungan seks atau kencing.
Selain itu, haid mampu menjadi lebih banyak atau lama. Pesakit juga boleh mengalami demam, mual-mual dan muntah.
Apendiks mampu menyebabkan masalah keradangan dan pembengkakan dalam kantung kecil di hujung usus besar anda.
Ia juga merupakan organ yang bersaiz 3.5 inci dari usus besar. Apendiks turut mengandungi tisu khusus yang boleh menghasilkan antibodi, fungsinya tidak dapat dipastikan sampai sekarang.
Sakit apendiks adalah kecemasan perubatan yang memerlukan pembedahan segera untuk mengeluarkannya.
Sekiranya tidak dirawat, apendiks yang meradang akhirnya akan pecah, atau merebak serta menumpahkan bahan-bahan jangkitan ke dalam rongga perut.
Ini boleh menyebabkan jangkitan rongga perut (peritonitis), iaitu keradangan serius pada lapisan rongga perut (peritoneum) yang boleh membawa maut melainkan ia dirawat dengan cepat menggunakan antibiotik yang kuat.
Pastikan anda melakukan janji temu dengan doktor atau pakar sakit puan sekiranya mengalami kekejangan perut yang berterusan dan menyakitkan.
Doktor mungkin akan melakukan ujian atau prosedur untuk mengetahui punca kekejangan tersebut.
Sekiranya doktor anda mengesyaki ia berkaitan dengan rahim, atau ovari, ujian yang akan dijalani adalah seperti berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen