Pernahkah anda rasa gatal dan kerengsaan di sekitar kemaluan anda? Situasi ini sudah pasti membuatkan anda berasa tidak selesa. Sebenarnya, terdapat beberapa cara tradisional hilangkan gatal di kemaluan yang patut anda cuba.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Pernahkah anda rasa gatal dan kerengsaan di sekitar kemaluan anda? Situasi ini sudah pasti membuatkan anda berasa tidak selesa. Sebenarnya, terdapat beberapa cara tradisional hilangkan gatal di kemaluan yang patut anda cuba.
Khas buat wanita, artikel ini akan menyenaraikan 8 tip mudah untuk melegakan kegatalan pada faraj. Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Kegatalan faraj adalah perkara yang normal terjadi dalam kalangan wanita. Namun ia bukan bermakna anda boleh mengabaikan kondisi ini.
Ini kerana, masalah tersebut sudah pasti akan membuatkan anda sering berasa tidak selesa, gatal-gatal dan menjengkelkan sehingga boleh mengganggu kegiatan harian anda.
Terdapat beberapa sebab yang boleh membuatkan faraj wanita gatal termasuklah peluh berlebihan atau tindak balas alergi.
Kemungkinan dalam kes yang lain, ia mungkin terjadi sebabkan faktor yang berikut:
Jangkitan kulat yang dikenali sebagai thrush boleh menyebabkan faraj wanita berasa gatal.
Kira-kira lebih separuh golongan wanita akan mengalami jangkitan vaginal thrush pada suatu ketika sepanjang hayat mereka. Ia terjadi disebabkan jangkitan yis kulat iaitu Candida Albicans.
Jenis kulat ini akan hidup pada kulit di sekitar faraj atau vagina dan kebiasaannya tidak berbahaya.
Untuk makluman anda, kulat boleh membiak dengan sangat cepat terutamanya apabila kawasan faraj anda lembap.
Kesannya, kulat berkemungkinan masuk ke dalam vagina dan menyebabkan kegatalan.
Sebenarnya, bahan perengsa kimia yang terdapat dalam produk harian boleh menyebabkan kulit vagina anda bertindak balas dan mengalami keradangan.
Berikut merupakan beberapa senarai produk yang berkemungkinan mengandungi bahan perengsa kimia:
Wanita yang mengalami menopaus akan kekurangan estrogen dan boleh menyebabkan kulit faraj menjadi nipis.
Keadaan ini juga boleh membuatkan anda rasa tidak selesa dan gatal-gatal. Kadangkala, lelehan pada faraj juga boleh berlaku.
Perkara ini turut boleh berlaku kepada sesetengah wanita yang menyusukan bayi.
Kegatalan vagina juga boleh disebabkan beberapa jangkitan yang merebak melalui hubungan seksual. Antaranya termasuklah:
Masalah kegatalan pada kemaluan ini adalah normal dan tiada rawatan khusus yang dapat mencegahnya. Namun begitu, terdapat beberapa cara tradisional hilangkan gatal di kemaluan yang anda boleh cuba seperti berikut:
Peringatan: Sebelum mencuba cara tradisional ini, sebaik-baiknya dapatkan nasihat daripada pakar.
Ketika kemaluan anda berasa gatal, sapukan minyak kelapa untuk meredakannya. Ini kerana minyak kelapa sebenarnya mengandungi pelembap semula jadi yang bersifat antibakteria.
Anda boleh mencuba dengan sapukan minyak kelapa tersebut di sekitar bahagian luar vagina anda.
Makan yogurt atau sebarang sumber lain tinggi probitoik seperti minuman probiotik, tempe atau kimchi.
Ini dapat membantu kerana bakteria berguna yang terdapat dalam probiotik boleh mengimbangi semula dan memulihkan bakteria semula jadi pada kulit anda termasuk faraj. Ini sekali gus membantu merawat gejala kegatalan kemaluan anda.
Secara amnya, vitamin E boleh membantu melegakan kegatalan pada vulva atau faraj yang disebabkan oleh dermatitis atau menopaus.
Vitamin E dapat menyelesaikan masalah kekeringan, penipisan dan keradangan dinding faraj.
Berikut merupakan beberapa cara lain yang dapat membantu merawat kegatalan pada vagina anda:
Kegatalan vagina akan sembuh dengan sendirinya selepas anda mengamalkan cara tradisional hilangkan gatal di kemaluan seperti yang dinyatakan di atas.
Namun, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya gejala ini menjadi lebih teruk bagi mendapatkan rawatan yang tepat dan berkesan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen