
Kemampuan sperma untuk berenang, adalah penting, kerana sperma yang lembap mempunyai kesukaran untuk mencapai telur bagi menjalani proses persenyawaan.
Seluar dalam yang sedikit longgar menyebabkan suhu buah zakar lebih rendah berbanding seluar dalam yang terlalu ketat justeru dapat meningkatkan kualiti air mani.
Terdapat juga bukti bahawa suhu buah zakar yang tinggi boleh menghalang penghasilan sperma.
Jadi, jika anda mahukan sperma yang berkualiti, berikan ia ruang untuk bernafas.
#4. Anda memiliki tabiat kerap ke gimnasium
Penyelidik mendapati bahawa lelaki yang membuatkan jantungnya mengepam darah melalui sukan sederhana atau berat 15 jam atau lebih seminggu mempunyai kepekatan sperma 73 peratus lebih tinggi berbanding lelaki yang tidak bersenam pada intensiti yang sama.
Senaman bukan sahaja membantu mengawal berat badan dan memastikan anda sihat yang boleh menjejaskan kesihatan secara keseluruhan, tetapi ia juga boleh meningkatkan antioksida di seluruh badan anda.
Oleh itu, dengan senaman berkala sebenarnya boleh menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel-sel sperma.
Sebaik sahaja anda selesai melakukan senaman, cuba untuk menahan keinginan untuk baring di atas sofa sambil menonton TV.
Lelaki yang menonton TV lebih daripada 20 jam seminggu mempunyai kepekatan sperma 44 peratus lebih rendah.

#5. Anda mempunyai suara yang sederhana rendah
Lelaki yang mempunyai suara yang rendah cenderung mempunyai sperma yang kurang berkualiti.
Penyelidik mendapati bahawa walaupun wanita menilai suara bernada rendah sebagai lebih maskulin dan menarik, mereka sebenarnya mempunyai kepekatan sperma yang lebih rendah dalam air mani mereka.
Tahap testosteron mungkin puncanya kerana testosteron dikaitkan dengan ciri-ciri muka lebih maskulin dan suara yang lebih rendah, tetapi jika terlalu banyak, ia sebenarnya mungkin mengurangkan penghasilan sperma.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen