Baca juga:
Jamu untuk wanita menopause
Di negara kita, jamu dijual untuk pelbagai tujuan. Selalunya, jamu ini mengandungi pelbagai bahan tradisional seperti madu, kunyit, halia, kurma, delima, kacip fatimah dan sebagainya.
Tidak dinafikan, semua bahan ini mempunyai khasiat tersendiri kepada badan.
Sebagai contoh, madu kaya dengan pelbagai jenis vitamin, mineral dan antioksidan. Ia sering digunakan sebagai pemanis semula jadi dalam makanan dan minuman.
Selain itu, madu juga boleh digunakan untuk merawat kesan melecur disebabkan sifat anti inflamasi, antibakteria dan antiradangnya.
Kacip fatimah pula adalah herba tradisional yang sering digunakan dalam perubatan wanita. Ia bermanfaat untuk memudahkan kelahiran bayi dan dapat memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin.
Selain mengurangkan simptom menopaus, jamu dikatakan mempunyai pelbagai lagi manfaat lain seperti:
- Mengurangkan keputihan.
- Mengetatkan faraj.
- Mencantikkan badan dan memutihkan kulit.
- Mengurangkan sakit senggugut.
- Melambatkan menopaus.
Walau bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pengambilan jamu untuk wanita menopause mungkin akan mendatangkan mudarat.
Kadangkala, ia dicampur dengan pelbagai bahan terlarang, salah satunya ialah steroid.
Bagi mereka yang pada awalnya mengambil jamu untuk berubat, berjaga-jagalah. Ia mungkin akan meracun tubuh jika diambil dalam jangka masa yang panjang!
Sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan untuk menopaus, pastikan anda dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Antara bahan larangan yang telah dikesan dalam produk tradisional adalah:
- Ubat tahan sakit seperti phenylbutazone, ibuprofen dan diclofenac
- Steroid seperti dexamethasone, prednisolone dan dexamethasone
- Ubat rawatan kencing manis seperti metformin dan glibenclamide
Tidak mahu jamu untuk wanita menopause? Jom cuba cara semula jadi ini
Setiap wanita akan mengalami menopaus. Ini merupakan satu fasa dalam hidup yang tidak boleh dielakkan.
Selain pengambilan jamu, ada banyak lagi langkah lain yang boleh digunakan untuk mengurangkan simptom menopaus.
Antaranya:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen