#2. Minyak zaitun untuk rambut
Selain minyak di atas, minyak zaitun untuk rambut juga sangat sesuai untuk digunakan ekoran ia mampu menjadi pelindung terhadap air lantas mencegah kelembapan daripada menjejaskan rambut.
Dengannya, rambut anda akan tampak lebih lembap secara semula jadi. Namun, diingatkan untuk anda tidak menggunakannya dengan kerap dan banyak di kulit kepala, atau rambut individu akan lebih berminyak.
#3. Minyak argan jika keriting
Buat anda dengan mahkota yang curly, frizzy atau keriting, minyak argan begitu sesuai digunakan kerana ia mampu melembutkan sekali gus memudahkan individu untuk menggayakan rambut.
Dalam pada itu, ia turut tinggi dengan kandungan asid lemak dan variasi vitamineral yang mampu menguatkan struktur dan fungsi dari dalam akar hingga hujung rambut agar ia dapat kekal sihat.

Kalau rambut kering #4. Minyak marula
Sedih apabila tengok rambut sering kering, kusut dan kusam bukan? Demi mengatasinya, anda boleh menggunakan minyak marula yang tinggi vitamin C selain mampu membantu mencegah mahkota anda daripada rosak dek sinaran cahaya matahari.
#5. Rambut gugur guna minyak rambut baobab
Sarat dengan vitamin A, D, E, F dan asid lemak, minyak ini boleh membantu proses penghidratan semula jadi mahkota anda. Ini kerana gabungan khasiat tadi mampu menggalakkan pertumbuhan sel-sel baharu sekali gus melebatkan rambut.
#6. Minyak kacang badam basmi kelemumur
Kelemumur adalah salah satu isu kulit kepala yang paling umum dan berat bagi individu. Ia bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan dan kecantikan rambut malah tahap keyakinan anda juga.
Oleh itu, gunakan minyak kacang badam yang mengandungi antioksidan, protein, magnesium dan lain-lain nutrisi pada mahkota agar isu kegatalan serta kemerahan angkara kelemumur selesai.

Kalau rambut rosak #7. Minyak kacang macadamia
Sekiranya rambut anda telah rosak, minyak kacang macadamia boleh membantu merawat isu ini!
Sifat alaminya yang mampu melembapkan kulit kepala akan memperbaiki dan menghalusi rambut agar ia kembali sihat seperti sediakala. Maka, gunakan minyak ini sebagai masker di kepala.
Mungkin ada banyak lagi minyak tradisional daripada bahan dapur yang anda boleh pakai di kepala dan mahkota anda. Namun, keberkesanan minyak-minyak ini masih memerlukan kajian lanjutan.
Konklusinya, anda tidak perlu lagi pening kepala jika malas untuk ke farmasi atau pasar raya bagi mencari dan membeli produk sesuai untuk rambut. Gunakan minyak rambut di atas dan anda akan dapat lihat hasilnya selepas sekian waktu yang tertentu!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen