Sekiranya anda mempunyai tompokan coklat yang bermula 2 minggu sebelum haid, ini mungkin merupakan tanda perubahan hormon yang berkaitan dengan ovulasi.
Biasanya, wanita berovulasi sekitar 10 sehingga 16 hari selepas hari pertama dalam haid yang terakhir. Ini adalah ketika ovari mengeluarkan telur untuk persenyawaan.
Ovulasi pula berlaku apabila tahap estrogen tinggi dan keputihan coklat ini berlaku selepas telur dilepaskan, yang disebabkan oleh penurunan estrogen.
Tetapi jika anda sedang mengambil pil pencegah kehamilan, tompokan coklat mungkin merupakan petanda lain kerana pil ini mampu menghalang proses ovulasi.
#3 Perimenopause
Perimenopause adalah satu fasa transisi sebelum wanita mencapai usia menopaus dan kebiasaannya terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40 tahun dan ke atas.
Ia akan berlangsung selama beberapa bulan atau tahun, bergantung kepada individu itu sendiri.
Sebagai tindak balas terhadap proses ini, anda mungkin tidak akan berovulasi atau mengalami haid seperti dahulu.
Sekiranya anda mengalami perimenopause, haid yang tidak teratur dan tompokan coklat di antara haid adalah perkara biasa.
Antara gejala lain yang mungkin dialami termasuk:
- Perubahan emosi
- Badan terasa panas
- Berpeluh pada waktu malam
- Sukar untuk tidur
- Kekeringan faraj
#4 Keputihan mungkin petanda penyakit kelamin
Keputihan berwarna coklat sebelum haid turut boleh menjadi petunjuk kepada penyakit jangkitan kelamin (STD), seperti gonorea atau klamidia.
Antara gejala lain yang mungkin dialami termasuk:
- Sensasi seakan terbakar semasa membuang air kecil
- Keputihan yang berbau
- Sakit semasa melakukan hubungan seks
Tetapi, bukan semua pesakit STD mengalami gejala, disebabkan itu adalah sangat penting bagi semua individu yang aktif secara seksual untuk melakukan ujian STD secara berkala.
#5 Sindrom ovarium polikistik (PCOS)
PCOS adalah gangguan hormon yang biasa berlaku pada wanita usia reproduktif.
Wanita dengan masalah PCOS mungkin mengalami haid yang jarang, berpanjangan atau tahap hormon lelaki (androgen) yang berlebihan.
Ovari boleh menghasilkan banyak koleksi cecair (folikel) dan gagal melepaskan telur secara berkala.
Ia juga boleh menyebabkan keputihan atau tompokan berwarna coklat akibat pendarahan ringan dan tidak teratur.
Antara gejala lain yang mungkin dialami termasuk:
- Haid tidak teratur
- Tidak mengalami haid sama sekali
- Pendarahan menstruasi yang sangat berat
- Bulu berlebihan di muka atau badan
- Kulit menjadi berjerawat atau berminyak
- Sakit bahagian pelvis
- Sukar untuk hamil
- Tona kulit tidak sekata
Menurut Centers for Disease Control (CDC), sehingga 12% wanita di Amerika Syarikat mengalami kesukaran untuk hamil kerana masalah PCOS yang tidak dirawat.
#6 Kanser serviks
Tompokan darah berwarna coklat mungkin merupakan simptom kanser serviks, tetapi kes ini sangat jarang berlaku.
Kanser serviks berlaku apabila terdapat sel yang berubah dalam serviks seseorang wanita, yang menghubungkan rahim dengan faraj.
Kanser serviks atau juga dikenali dengan nama barah pangkal rahim merupakan kanser kedua terbanyak berlaku dalam kalangan wanita selepas kanser payudara.
Selain potensi keputihan berwarna coklat menjadi petunjuk barah serviks, gejala-gejala lain mungkin termasuk:
Penting untuk anda fahami, kanser pangkal rahim membiak dengan perlahan, maka jika berjaya dikenal pasti pada peringkat awal, ia dapat dirawat sebelum bertambah parah.
Berita baiknya, hari demi hari jumlah wanita yang terkorban akibat kanser ini dilihat semakin berkurangan dengan bantuan kemajuan ujian Pap smear.