backup og meta

Macam Mana Pneumonia Boleh Terjadi Dalam Kalangan Kanak-Kanak? Ini Yang Anda Kena Tahu!

Macam Mana Pneumonia Boleh Terjadi Dalam Kalangan Kanak-Kanak? Ini Yang Anda Kena Tahu!

Tahukah anda demam panas, batuk berpanjangan dan hilang selera makan merupakan simptom pneumonia kanak-kanak yang boleh terjadi? Tetapi macam mana nak bezakan demam biasa dengan pneumonia?  

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Apa itu pneumonia? 

Pneumonia atau jangkitan paru-paru adalah satu bentuk jangkitan pernafasan akut yang menjejaskan paru-paru. Paru-paru mempunyai kantung kecil yang dipanggil alveoli, yang mengisi dengan udara apabila orang yang sihat bernafas.

Jika seseorang yang menghidap radang paru-paru, kantung udara akan dipenuhi dengan nanah dan cecair lain.

Radang paru-paru adalah punca kematian berjangkit terbesar dalam kalangan kanak-kanak di seluruh dunia. Pneumonia membunuh 740, 180 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun pada 2019, menyumbang 14% daripada semua kematian kanak-kanak di bawah umur 5 tahun tetapi 22% daripada semua kematian kanak-kanak berumur 1 hingga 5 tahun. 
simptom pneumonia kanak kanak
Si comel yang sedang sakit.

Tanda pneumonia pada bayi & kanak-kanak

Mari kita kenali simptom pneumonia kanak kanak. Antara gejala yang boleh berlaku ialah:  

  • Demam
  • Batuk
  • Menggigil
  • Pernafasan laju
  • Bernafas dengan bunyi dengusan atau semput
  • Muntah-muntah
  • Sakit dada
  • Sakit perut
  • Kurang aktif
  • Kehilangan selera makan (pada kanak-kanak yang lebih tua) atau penyusuan yang tidak baik (pada bayi)
simptom pneumonia kanak kanak
Seorang ibu sedang menjaga anaknya yang sedang demam.

Bagaimana jangkitan kuman dalam paru-paru merebak?

Pneumonia boleh merebak dalam beberapa cara. Virus dan bakteria yang biasa ditemui dalam hidung atau tekak kanak-kanak boleh menjangkiti paru-paru jika ia disedut. Ia juga boleh merebak melalui titisan bawaan udara daripada batuk atau bersin.

Selain itu, radang paru-paru boleh merebak melalui darah, terutamanya semasa dan sejurus selepas kelahiran. Lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan ke atas patogen yang berbeza yang menyebabkan radang paru-paru dan cara penularannya, kerana ini amat penting untuk rawatan dan pencegahan.

Cara merawat jangkitan kuman dalam paru-paru

Penawar kepada simptom pneumonia kanak kanak ialah dengan memberikan antibiotik. Antibiotik pilihan untuk rawatan pertama ialah tablet terdispersi amoxicillin. Jika kesihatan radang paru-paru semakin teruk, anda akan dimasukkan ke dalam hospital. 

Sesetengah jenis radang paru-paru boleh dicegah dengan vaksin. Kanak-kanak biasanya mendapat vaksin rutin terhadap Haemophilus influenzae, pneumococcus dan batuk kokol bermula pada usia 2 bulan.

komplikasi pneumonia
Komplikasi jangkitan kuman terhadap kesihatan tubuh badan.

Kini, pengambilan vaksin selesema dan vaksin COVID-19 disyorkan untuk semua orang dewasa dan kanak-kanak berumur 6 bulan dan ke atas. Vaksin ini sangat penting untuk kanak-kanak yang mempunyai penyakit kronik, seperti gangguan jantung atau paru-paru atau asma.

Dengan rawatan yang diberikan , simptom pneumonia kanak kanak berkemungkinan untuk sembuh kebanyakkan untuk sembuh dalam 1-2 minggu bagi jenis pneumonia bakteria. Pneumonia atipikal dan pneumonia virus mungkin mengambil masa 4-6 minggu untuk hilang sepenuhnya.

Penting untuk bezakan simptom pneumonia kanak kanak

Diharapkan ibu bapa diluar sana mengambil berat dan peka dengan sakit yang dialami oleh anak anda. Kadang-kala, sakit yang dialami mungkin lebih teruk daripada yang kita jangka. Jadi, jangan lupa untuk segera ke klinik jika si manja anda berada dalam keadaan tidak sihat. 

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Pneumonia in Kids. https://kidshealth.org/en/parents/pneumonia.html. Accessed by 2 October 2025.

Pneumonia. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4471-pneumonia. Accessed by 2 October 2025.

Pneumonia in children. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/pneumonia. Accessed by 2 October 2025.

Ebeledike C, Ahmad T. Pediatric Pneumonia. [Updated 2023 Jan 16]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2025 Jan-. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK536940/. Accessed by 2 October 2025.

Versi Terbaru

03/10/2025

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Jangkitan Pneumonia Boleh Bawa Maut? Ini Punca, Simptom & Rawatan Penyakit Ini!

Vaksin DTaP Percuma Untuk Ibu Hamil! Bukan Setakat Untuk Ibu, Tapi Lindungi Baby Jugak Tau


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Dikemas kini 03/10/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan