backup og meta

4 Tip Penting Untuk Rawat & Cegah Dermatitis Atopik (Salah Satu Jenis Ekzema!)

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/12/2021

    4 Tip Penting Untuk Rawat & Cegah Dermatitis Atopik (Salah Satu Jenis Ekzema!)

    Mungkin ramai yang sudah tahu tentang ekzema namun masih kurang cakna bahawa ia mempunyai banyak jenis dan antaranya adalah dermatitis atopik. Namun, apa itu dermatitis atopik?

    Buat pengetahuan anda, kondisi ini akan menyebabkan kulit menjadi merah, kering dan bengkak yang perlu dirawat serta dicegah melalui beberapa tip berkaitan gaya hidup.

    Bagaimana? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu apa itu dermatitis atopik dengan lebih mendalam lagi!

    Apa itu dermatitis atopik?

    Untuk pengetahuan anda, apa itu dermatitis atopik adalah sejenis penyakit kulit dalam kategori ekzema yang menyebabkan kulit merah, kering dan bengkak.

    Ia juga akan menyebabkan kegatalan dan kesakitan yang amat teruk sehingga boleh mengganggu waktu tidur serta aktiviti sehari-harian penderitanya.

    Kebiasaannya, kondisi ini muncul pada bayi berusia bawah usia satu tahun dan mungkin boleh berkurang atau terus memburuk seiring meningkat dewasa.

    Buat anda yang bimbang tentangnya, ketahuilah bahawa ia tidak dapat disembuhkan namun boleh dirawat dan dicegah untuk mengawal gejalanya.

    Kuncinya adalah pada gaya hidup anda. Bagaimana? Jangan berhenti membaca di sini pula ya!

    apa itu dermatitis atopik

    Tip kawal dermatitis atopik!

    Ada situasi berkaitan kondisi kulit ini di mana ia meradang (flare-ups) terutamanya pada waktu malam, justeru ia perlulah dikawal oleh penderita dengan baik.

    Berikut adalah beberapa tip penting anda boleh cuba untuk rawat dan cegah dermatitis atopik:

    #1. Jaga kesihatan kulit anda

    apa itu dermatitis atopik

    Perkara paling penting jika anda ada dermatitis atopik adalah sila jaga kesihatan kulit dengan cara:

  • Pastikan kulit anda sentiasa berada dalam kondisi lembap
  • Gunakan pelembap kulit untuk melembapkan kulit yang kering
  • Gunakan pelembap kulit tanpa alkohol, pewarna, pewangi atau bahan kimia yang mungkin boleh jadi alergen
  • Pasangkan penyaman udara di rumah dan tempat tidur anda
  • Elakkan penggunaan sabun dan bahan pencuci yang kuat
  • Gunakan pakaian yang sesuai ketika musim panas untuk elak peluh
  • Elakkan penggunaan fabrik kasar untuk pakaian dan lapik tempat tidur
  • Elakkan menggaru kawasan kulit yang terjejas akibat kondisi ini
  • Pastikan anda mandi menggunakan air sejuk berbanding air panas
  • Gunakan sabun yang lembut dan sesuai untuk kondisi kulit anda
  • #2. Jaga kesihatan mental anda

    Stres adalah antara penyebab kondisi ini menjadi teruk, jadi sila pastikan anda elak stres dengan cara:

    • Amalkan teknik pernafasan yang betul
    • Pastikan anda dapat tidur dengan cukup
    • Libatkan diri di dalam kelas yoga atau senaman kurangkan tekanan lain
    • Dapatkan sokongan sama ada melalui kumpulan ataupun individu
    • Luangkan masa dengan hobi atau aktiviti kreatif untuk minda lebih relaks
    • Bermeditasi untuk kesihatan mental yang lebih baik

    #3. Pilih diet yang seimbang dan terbaik

    apa itu dermatitis atopik

    Buat anda yang mungkin belum tahu, terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh menyebabkan dermatitis atopik menjadi lebih teruk.

    Meskipun tidak semua penderita akan mengalami alahan terhadap beberapa jenis makanan atau minuman, ia masih menjadi salah satu faktor risiko.

    Sebaliknya, anda mungkin boleh cuba mengambil makanan tinggi probiotik dan bersifat antiradang untuk kuatkan sistem imun tubuh badan termasuklah:

    • Sayur-sayuran seperti brokoli, bayam dan kailan
    • Buah-buahan seperti epal, beri dan ceri
    • Lemak ikan salmon atau hering (atau suplemen asid lemak omega 3)
    • Kefir
    • Keju
    • Tempeh
    • Roti masam
    • Sup miso

    #4. Awasi persekitaran di sekeliling

    Selain menjaga kesihatan fizikal, mental dan pemakanan, persekitaran anda juga adalah sangat penting bagi mengurangkan risiko flare-ups terjadi.

    Antara tip paling penting adalah dengan mengelak aktiviti luar rumah yang terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama kerana ia tidak bagus.

    Selain itu, berada di luar rumah juga akan meningkatkan risiko pendedahan anda kepada alergen pencetus alergi yang hanya akan menjejaskan kondisi itu.

    Ketika berada di dalam rumah pula, pastikan anda sentiasa menggunakan penyaman udara serta berpakaian ideal untuk elak dermatitis atopik lebih teruk.

    Usah abaikan sahaja dermatitis atopik!

    Selain mengambil ubatan sama ada oral atau topikal yang dipreskripsikan oleh doktor atau pakar kulit, anda juga mungkin boleh cuba bahan di rumah.

    Antara bahan-bahan yang boleh anda cuba di rumah untuk elak kondisi ini daripada menjadi teruk adalah:

    • Minyak kelapa dara
    • Minyak daun teh
    • Minyak bunga matahari
    • Minyak Calendula
    • Minyak Primrose
    • Minyak Witch Hazel
    • GLA (gamma linolenic acid)

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/12/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan