backup og meta

Manfaat Vitamin E Untuk Kanak-Kanak, Berapa Banyak Yang Ibu Bapa Perlu Berikan?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 16/11/2023

    Manfaat Vitamin E Untuk Kanak-Kanak, Berapa Banyak Yang Ibu Bapa Perlu Berikan?

    Antara semua jenis vitamin, manfaat vitamin E adalah salah satu nutrien penting yang baik untuk melindungi membran sel, melawan radikal bebas, dan mencegah pengoksidaan daripada kolesterol jahat.

    Menerusi artikel ini, ibu bapa akan mengetahui lebih lanjut mengenai keperluan vitamin ini terhadap perkembangan kanak-kanak dan juga sumber baik vitamin itu.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Mengapa anak saya perlukan vitamin ini?

    Sama seperti vitamin yang lain, ia mempunyai banyak fungsi yang menyumbang kepada kesihatan kanak-kanak secara keseluruhan, seperti memelihara dan membina rangka, jantung dan melancarkan sel.

    Malahan, kanak-kanak yang mendapat cukup vitamin ini mempunyai sistem ketahanan tubuh yang lebih kuat, aliran darah yang lebih lancar dan prestasi sel yang lebih baik.

    Ia juga menyumbang kepada pembentukan sel darah merah dan memelihara simpanan nutrien lain seperti zat besi, selenium, vitamin A dan K.

    manfaat vitamin e

    Selain dapat melindungi tubuh daripada kerosakan persekitaran yang boleh membawa kepada masalah jantung, manfaat vitamin E juga membantu mencegah komplikasi diabetes dan kanser, serta membantu meringankan simptom penyakit Alzheimer.

    Berapa banyak yang anak saya perlukan?

    Kanak-kanak tidak perlu mengambil banyak vitamin ini setiap hari. Malahan, mereka boleh mendapat vitamin ini daripada makanan, minuman atau suplemen.

    Bagaimanapun, selalunya kanak-kanak tidak mendapat cukup hanya daripada makanan harian mereka.

    Berikut merupakan dos vitamin ini yang disarankan untuk anak anda (bermula daripada bayi):

    • Bayi dan kanak-kanak berusia 12 bulan hingga 3 tahun memerlukan 6 milligrams (mg) vitamin ini setiap hari, atau 9 unit antarabangsa (IU)
    • Kanak-kanak berusia 4 hingga 8 tahun perlu mengambil 7 mg vitamin ini setiap hari, atau 10.5 IU
    • Kanak-kanak berusia 9-13 tahun memerlukan 11 mg atau 16.5 IU vitamin ini setiap hari

    Bagaimana untuk dapatkan manfaat vitamin E?

    Manfaat vitamin E yag bagus boleh ditemui dalam pelbagai sumber makanan seperti kekacang, bijian (seperti kacang soya, kanola, jagung), minyak sayuran dan bijirin.

    manfaat vitamin e

    Anda perlu mengambil kira umur anak anda dan selera makannya sebelum memilih makanan yang terbaik untuk mereka. Berikut merupakan anggaran jumlah vitamin ini yang ada dalam setiap jenis makanan:

  • 1 auns kacang badam panggang kering: 7 mg
  • 1 sudu teh minyak germa gandum: 6 mg
  • 1 auns biji bunga matahari panggang kering: 6 mg
  • 1 sudu besar mentega kacang badam: 4 mg
  • 1 sudu besar mentega biji bunga matahari: 4 mg
  • 1 sudu besar mentega kacang: 2 mg
  • 1 auns kacang tanah panggang kering: 2 mg
  • 1 sudu teh minyak bunga matahari: 1.8 mg
  • 1 sudu teh minyak safflower: 1.5 mg
  • 1/2 biji kiwi sederhana (dibuang kulitnya): 1 mg
  • 1 sudu teh minyak jagung: 0.6 mg
  • 1/4 cawan bayam beku yang dimasak: 0.8 mg
  • 1/4 cawan brokoli beku yang dimasak: 0.6 mg
  • 1 sudu teh minyak kacang soya: 0.4 mg
  • 1/4 cawan mangga: 0.9 mg
  • Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 16/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan