Pernahkah anda rasa gatal dan kerengsaan di sekitar kemaluan anda? Situasi ini sudah pasti membuatkan anda berasa tidak selesa. Sebenarnya, terdapat beberapa cara tradisional hilangkan gatal di kemaluan selain menggunakan ubat gatal kemaluan di farmasi.
Khas buat wanita, artikel ini akan menyenaraikan 8 tip mudah untuk melegakan kegatalan pada faraj. Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Apa sebenarnya penyebab kemaluan gatal pada malam hari?
Kegatalan faraj adalah perkara yang normal terjadi dalam kalangan wanita. Namun ia bukan bermakna anda boleh mengabaikan kondisi ini.
Ini kerana, masalah tersebut sudah pasti akan membuatkan anda sering berasa tidak selesa, gatal-gatal dan menjengkelkan sehingga boleh mengganggu kegiatan harian anda.
Terdapat beberapa sebab yang boleh membuatkan faraj wanita gatal termasuklah peluh berlebihan atau tindak balas alergi.
Berikut merupakan beberapa penyebab kemaluan gatal pada malam hari:
Jangkitan
Jangkitan kulat yang dikenali sebagai thrush merupakan salah satu penyebab kemaluan gatal pada malam hari.
Kira-kira lebih separuh golongan wanita akan mengalami jangkitan vaginal thrush pada suatu ketika sepanjang hayat mereka. Ia terjadi disebabkan jangkitan yis kulat iaitu Candida Albicans.
Jenis kulat ini akan hidup pada kulit di sekitar faraj atau vagina dan kebiasaannya tidak berbahaya.
Untuk makluman anda, kulat boleh membiak dengan sangat cepat terutamanya apabila kawasan faraj anda lembap.
Kesannya, kulat berkemungkinan masuk ke dalam vagina dan menyebabkan kegatalan.
Kerengsaan
Sebenarnya, bahan perengsa kimia yang terdapat dalam produk harian boleh menyebabkan kulit vagina anda bertindak balas dan mengalami keradangan.
Berikut merupakan beberapa senarai produk yang berkemungkinan mengandungi bahan perengsa kimia:
- Sabun wangi, losyen wangi, minyak wangi
- Produk feminin wanita seperti krim vagina
- Pelembut fabrik dan sabun pencuci pakaian
- Pakaian yang ketat seperti seluar jeans
Menopaus
Wanita yang mengalami menopaus akan kekurangan estrogen dan boleh menyebabkan kulit faraj menjadi nipis.
Keadaan ini juga boleh membuatkan anda rasa tidak selesa dan gatal-gatal. Kadangkala, lelehan pada faraj juga boleh berlaku.
Perkara ini turut boleh berlaku kepada sesetengah wanita yang menyusukan bayi.
Jangkitan kelamin STD
Kegatalan vagina juga boleh disebabkan beberapa jangkitan yang merebak melalui hubungan seksual. Antaranya termasuklah:
- Trikomoniasis
- Gonorea
- Klamidia
- Herpes kemaluan
- Ketuat kemaluan
Cara tradisional hilangkan gatal di kemaluan
Masalah kegatalan pada kemaluan ini adalah normal dan tiada rawatan khusus yang dapat mencegahnya. Namun begitu, terdapat beberapa cara tradisional hilangkan gatal di kemaluan yang anda boleh cuba seperti berikut:
Peringatan: Sebelum mencuba cara tradisional ini, sebaik-baiknya dapatkan nasihat daripada pakar.
Petua hilangkan gatal di bibir kemaluan pada wanita #1. Gunakan minyak kelapa
Ketika kemaluan anda berasa gatal, sapukan minyak kelapa untuk meredakannya. Ini kerana minyak kelapa sebenarnya mengandungi pelembap semula jadi yang bersifat antibakteria.
Anda boleh mencuba dengan sapukan minyak kelapa tersebut di sekitar bahagian luar vagina anda.
Cara tradisional hilangkan gatal di kemaluan #2. Mengambil probiotik
Makan yogurt atau sebarang sumber lain tinggi probitoik seperti minuman probiotik, tempe atau kimchi.
Ini dapat membantu kerana bakteria berguna yang terdapat dalam probiotik boleh mengimbangi semula dan memulihkan bakteria semula jadi pada kulit anda termasuk faraj. Ini sekali gus membantu merawat gejala kegatalan kemaluan anda.
#3. Vitamin E, antara cara tradisional hilangkan gatal di kemaluan
Secara amnya, vitamin E boleh membantu melegakan kegatalan pada vulva atau faraj yang disebabkan oleh dermatitis atau menopaus.
Vitamin E dapat menyelesaikan masalah kekeringan, penipisan dan keradangan dinding faraj.
Apa cara hilangkan gatal di bibir kemaluan pada wanita yang lain?
Berikut merupakan beberapa cara lain yang dapat membantu merawat kegatalan pada vagina anda:
- Mengutamakan kebersihan – Cuci kemaluan anda dengan lembut setiap hari menggunakan air suam dan sabun ringan yang bebas pewangi
- Guna pakaian dalam yang sesuai – Gunakan pakaian dalam dari bahan yang dapat menyerap kelembapan dan mengurangi geseran pada kulit anda
- Hindari penggunaan produk kimia – Elak menggunakan sabun, detergent atau produk yang mengandungi bahan kimia yang boleh membuatkan kulit faraj mengalami iritasi
- Jangan memakai seluar yang terlalu ketat supaya bahagian kemaluan dapat bernafas
- Pastikan kemaluan dilap sehingga kering setiap kali selepas anda membuang air dan mandi
Kesimpulan
Kegatalan vagina akan sembuh dengan sendirinya selepas anda mengamalkan cara tradisional hilangkan gatal di kemaluan seperti yang dinyatakan di atas.
Peringatan!
[embed-health-tool-ovulation]