backup og meta

Selalu Sakit Punggung? Ini 7 Punca Utama Sakit Punggung Dalam Kalangan Wanita!

Selalu Sakit Punggung? Ini 7 Punca Utama Sakit Punggung Dalam Kalangan Wanita!

Sakit punggung merupakan satu masalah kesihatan yang tidak asing lagi bagi wanita. Sakit punggung wanita bukan sahaja boleh mengganggu aktiviti harian, ia juga boleh menjejaskan kualiti hidup. Ada pelbagai faktor yang boleh menjadi penyebab sakit punggung pada wanita

Dalam artikel kali ini, kami akan jelaskan punca utama sakit punggung pada wanita dan cara-cara untuk mengatasinya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

7 Penyebab sakit punggung pada wanita

Banyak perkara boleh menyebabkan sakit punggung dalam kalangan wanita.
Banyak perkara boleh menyebabkan sakit punggung dalam kalangan wanita.

Sakit punggung boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Kadangkala, ia terjadi disebabkan kecederaan akibat bersukan. Malah, kesakitan tersebut juga boleh menjadi antara tanda awal artritis.

Selalunya, sakit punggung bawah dekat tulang ekor akan sembuh dengan sendirinya jika anda berehat secukupnya. 

Ubat tahan sakit yang boleh dibeli di farmasi juga dapat membantu memberikan kelegaan sementara. 

Bagaimanapun, jika simptom menjadi semakin serius, jumpa doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Antara penyebab sakit punggung pada wanita:

1. Perubahan hormon

Tahukah anda, perubahan hormon boleh menyebabkan sakit punggung? Wanita mengalami perubahan hormon terutamanya ketika haid, hamil atau mencecah menopaus. 

Semasa haid, tahap hormon estrogen dan progesteron akan turun naik. Perubahan ini boleh menyebabkan kekejangan otot di bahagian punggung. 

2. Kehamilan 

Perubahan yang berlaku kepada wanita ketika hamil.
Perubahan yang berlaku kepada wanita ketika hamil.

Kehamilan adalah antara punca utama sakit punggung wanitaPertambahan berat badan, perubahan pusat graviti dan peningkatan tekanan pada tulang belakang semuanya boleh menyebabkan kaum wanita mengalami kesakitan di kawasan belakang badan. 

Selain itu, perubahan postur badan semasa kehamilan disebabkan kandungan yang semakin membesar turut menambah tekanan pada bahagian bawah punggung.

3. Postur badan yang tidak betul

Postur badan yang tidak betul seperti membongkok ketika duduk atau berdiri boleh menjadi punca sakit punggung. 

Sebab itulah, ramai wanita yang bekerja di pejabat atau terpaksa bekerja di hadapan komputer sepanjang hari mudah mengalami sakit punggung. 

Selain itu, wanita yang gemar memakai kasut tumit tinggi juga lebih berisiko untuk mengalami sakit punggung disebabkan postur badan yang tidak baik.

4. Obesiti penyebab sakit punggung pada wanita

Berat badan berlebihan juga boleh menyebabkan sakit belakang dan sakit punggung.
Berat badan berlebihan juga boleh menyebabkan sakit belakang dan sakit punggung.

Obesiti atau berat badan berlebihan adalah salah satu faktor risiko utama bagi sakit punggung. 

Manakan tidak, berat badan yang berlebihan boleh memberi tekanan pada tulang belakang dan otot punggung. 

Tekanan ini boleh menyebabkan ketegangan otot yang akhirnya mengakibatkan menyebabkan sakit punggung bawah dekat tulang ekor.

Selain itu, wanita yang mengalami obesiti juga berisiko mengalami masalah slipped disc yang berupaya menyebabkan kesakitan berpanjangan

5. Kurang bersenam atau terlebih bersenam

Tahukah anda, aktiviti fizikal yang dilakukan secara berlebihan boleh menyebabkan sakit punggung wanita?

Sebagai contoh, mengangkat objek yang terlalu berat dengan teknik yang salah boleh menyebabkan kecederaan pada otot dan tulang belakang. 

Di samping itu, kurangnya aktiviti fizikal juga boleh menyebabkan sakit punggung. 

Tanpa senaman, otot-otot teras badan menjadi lemah. Ini menyebabkan seseorang itu mudah mengalami sakit belakang. 

6. Tekanan dan stres

Tekanan di tempat kerja boleh menyumbang kepada sakit punggung.
Tekanan di tempat kerja boleh menyumbang kepada sakit punggung.

Tekanan dan stres juga boleh menjadi penyebab sakit punggung pada wanita

Apabila seseorang itu tertekan, otot pada tubuh akan menjadi tegang termasuklah otot di bahagian punggung. 

Ketegangan yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko sakit punggung. 

7. Haid penyebab sakit punggung pada wanita

Bagi sesetengah wanita, sakit punggung boleh menjadi simptom haid. 

Sindrom prahaid (PMS) dan senggugut (dismenorea) boleh menyebabkan kesakitan di bahagian bawah punggung. 

Malah, kesakitan tersebut biasanya berlaku disebabkan kontraksi rahim yang kuat. 

Dalam kes tertentu, endometriosis juga boleh menyebabkan sakit punggung yang teruk.

Cara Mengatasi sakit punggung pada wanita

Selepas mengetahui penyebab sakit punggung pada wanita, anda perlulah tahu langkah untuk mencegah sakit punggung wanita. 

Ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan sakit punggung. Antaranya: 

[embed-health-tool-bmi]

  • Lakukan senaman. Senaman ringan seperti berjalan, berenang atau yoga dapat membantu menguatkan otot-otot badan dan meningkatkan fleksibiliti. Senaman ini juga dapat membantu mengurangkan tekanan pada tulang belakang.
  • Menjaga postur badan. Pastikan anda sentiasa menjaga postur badan yang betul semasa duduk, berdiri atau mengangkat barang. Elakkan duduk terlalu lama pada satu-satu masa dan cuba berdiri atau berjalan seketika setiap satu atau dua jam.
  • Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Memakai kasut tumit tinggi secara berterusan boleh memberi tekanan pada tulang belakang. Jika boleh, pilih kasut yang selesa supaya postur badan terus terjaga. 
  • Pengurusan stres yang baik. Amalkan teknik relaksasi seperti meditasi atau yoga untuk mengurangkan stres. Wanita yang kurang stres selalunya lebih sihat.
  • Dapatkan rawatan. Jika sakit punggung menjadi semakin teruk, dapatkan nasihat daripada doktor secepat mungkin. Rawatan seperti fisioterapi, pengambilan ubat tahan sakit atau suntikan steroid mungkin diperlukan bergantung kepada punca kesakitan.


  • Sakit punggung pada wanita boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
  • Gaya hidup yang aktif, postur badan yang baik serta pengurusan stres yang berkesan adalah antara langkah penting untuk mencegah dan mengurangkan sakit punggung. 
  • Jika sakit punggung berlarutan, jumpa doktor secepat mungkin. 
  • Dengan langkah pencegahan yang betul, anda boleh menjalani kehidupan yang lebih selesa dan bebas daripada kesakitan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hip Pain. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/21118-hip-pain. Diakses pada Oktober 6, 2024. 
  2. Hip Pain. https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/patient-information/conditions-treated-a-to-z/hip-pain. Diakses pada Oktober 6, 2024. 
  3. Hip pain in adults. https://www.nhs.uk/conditions/hip-pain/. Diakses pada Oktober 6, 2024. 
  4. What Is Gluteal Tendinopathy and Why Is It Common in Women? https://www.hss.edu/article_gluteal-tendinopathy.asp. Diakses pada Oktober 6, 2024. 
  5. What Are The Common Causes of Hip Pain in Women. https://www.shalby.org/what-are-the-common-causes-of-hip-pain-in-women/. Diakses pada Oktober 6, 2024. 

Versi Terbaru

11/10/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Selalu Sakit Tulang Punggung? Ini 9 Penyebabnya, Cek Sekarang!

5 Punca Sakit Pinggang Belakang Pada Wanita, Period Pun Boleh Jadi Sebab!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 11/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan