backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Selalu Sakit Tulang Punggung? Ini 9 Penyebabnya, Cek Sekarang!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/06/2024

Selalu Sakit Tulang Punggung? Ini 9 Penyebabnya, Cek Sekarang!

Sakit tulang punggung adalah satu keadaan biasa untuk dialami sesiapa juga. Namun begitu, kenapa sakit di bahagian punggung ini boleh berlaku ya? Jawapannya ada dalam perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tulang & Otot, sila dapatkannya di sini.

Punca sakit tulang punggung

Kenapa sakit di bahagian punggung?

Berikut adalah antara punca biasa serta keadaan kronik yang menyebabkan sakit tulang ekor punggung:

Ketegangan atau terseliuh otot

Otot dan ligamen di bahagian belakang boleh meregang atau koyak akibat aktiviti berlebihan. Pergerakan secara mendadak juga boleh mengakibatkan terseliuh.

Gejala yang boleh dialami termasuklah rasa kesakitan, kebas dan kekejangan pada bahagian bawah.

Hernia cakera tulang belakang

Cakera pada bahagian tulang belakang terdedah kepada risiko kecederaan seiring peningkatan usia.

Herniated disc turut dikenali sebagai cakera tergelincir atau retak.

Kusyen (rawan) yang terletak di antara vertebra tulang belakang memanjang di luar kedudukan biasa. Ini menyebabkan akar saraf menjadi mampat apabila ia keluar daripada saraf tunjang dan vertebra.

Keadaan ini boleh berlaku disebabkan trauma dan perubahan degeneratif dari masa ke masa. Tanpa rawatan, kesakitan ini boleh berlanjutan sehingga 6 minggu.

Sciatica, punca sakit tulang punggung

Saraf sciatic menghubungkan tulang belakang ke kaki. Jika cakera hernia menekan saraf ini, sciatica boleh berlaku.

Sciatica boleh menyebabkan sakit kaki atau tapak kaki yang biasanya terasa seperti terbakar atau rasa menyucuk.

Stenosis tulang belakang menyebabkan sakit tulang ekor punggung

Spinal stenosis menyebabkan ruang di tulang belakang menjadi sempit, memberi tekanan pada saraf tunjang.

Keadaan ini biasanya dikaitkan dengan degenerasi cakera antara vertebra. Hasilnya adalah mampatan akar saraf atau saraf tunjang oleh taji tulang atau tisu lembut, seperti cakera.

Tekanan pada saraf tulang belakang menyebabkan gejala seperti:

Gejala ini boleh dirasai pada mana-mana bahagian tubuh. Malah kebanyakan individu yang mengalami stenosis tulang belakang menyedari simptom bertambah teruk semasa berjalan atau berdiri.

Kelengkungan tulang belakang yang luar biasa

Keadaan ini sering berlaku semasa lahir dan biasanya pertama kali didiagnosis semasa zaman kanak-kanak atau remaja.

Kelengkungan yang luar biasa boleh menyebabkan kesakitan dan postur yang lemah kerana ia memberi tekanan pada:

  • Otot 
  • Tendon 
  • Ligamen 
  • Vertebra 

Keadaan lain penyebab sakit tulang punggung

punca sakit punggung
Penyebab sakit punggung pada lelaki.

Terdapat juga beberapa keadaan lain yang boleh menyebabkan sakit belakang bahagian punggung. Ia biasanya disertai dengan gejala tambahan.

Ini termasuk keadaan berikut, semuanya berkaitan dengan sakit muskuloskeletal:

  • Arthritis, keradangan pada sendi
  • Fibromyalgia adalah kesakitan dan kelembutan (tenderness) jangka panjang pada sendi, otot dan tendon
  • Spondilitis adalah penyakit autoimun yang menyebabkan keradangan. Ia adalah satu bentuk arthritis
  • Spondilosis juga merupakan satu bentuk arthritis. Gangguan degeneratif ini boleh menyebabkan kehilangan struktur dan fungsi tulang belakang yang normal. Walaupun penuaan adalah punca utama, namun bahagian tubuh dan kadar degenerasi akan berbeza mengikut individu

Keadaan kesihatan lain yang boleh menyebabkan tulang punggung bawah sakit:

  • Masalah buah pinggang dan pundi kencing, termasuk jangkitan buah pinggang
  • Kehamilan 
  • Endometriosis 
  • Sista ovari 
  • Fibroid rahim
  • Salah jajaran saraf tunjang
  • Jangkitan tulang belakang
  • Kanser, seperti kanser saraf tunjang

Rawatan untuk sakit tulang punggung

Pilihan rawatan sakit punggung bawah dekat tulang ekor adalah bergantung kepada hasil diagnosis dan rundingan bersama doktor.

Rawatan rumah

Kaedah rawatan di rumah ini hanya boleh digunakan untuk tempoh 72 jam pertama. Jika sakit punggung bawah dekat tulang ekor yang dialami tidak bertambah baik, lakukan pemeriksaan doktor.

Antara petuanya:

  • Terapi haba
  • Terapi sejuk
  • Kaedah RICE (rehat, ais, mampatan dan ketinggian)
  • Ubat tahan sakit tanpa preskripsi seperti ibuprofen atau acetaminophen
  • Mandian air suam, selalunya boleh mengendurkan otot belakang kebas dan bersimpul
  • Kadangkala berbaring terlentang menyebabkan lebih ketidakselesaan. Jika ini berlaku, cuba baring mengiring dengan lutut dibengkokkan dan letakkan bantal di antara kaki.

    Jika anda boleh berbaring secara terlentang dengan selesa, letakkan bantal atau tuala digulungkan di bawah paha. Ia bertujuan mengurangkan tekanan pada bahagian bawah punggung.

    Rawatan perubatan untuk sakit tulang punggung

    Ubat-ubatan yang boleh dipreskripsi doktor termasuklah:

    • Penenang otot
    • Ubat antiradang bukan steroid (NSAIDs)
    • Suntikan kortikosteroid untuk mengurangkan keradangan
    • Narkotik mungkin diberikan untuk jangka pendek jika kesakitan teruk atau digunakan bagi merawat sakit kronik berkaitan kanser
    sakit belakang
    Perbezaan fisioterapi dan kiropraktor.

    Peralatan perubatan mungkin termasuk pendakap belakang atau penyokong.

    Terapi fizikal boleh merangkumi:

    • Urutan 
    • Regangan 
    • Latihan pengukuhan
    • Manipulasi tulang belakang atau bahagian belakang badan

    Pembedahan untuk merawat sakit tulang ekor punggung

    Untuk kes yang teruk, pembedahan mungkin diperlukan. Pembedahan biasanya menjadi pilihan apabila semua rawatan lain gagal.

    Anda mungkin menjalani pembedahan kecemasan jika mengalami kehilangan kawalan usus, kawalan pundi kencing, atau keadaan neurologi yang progresif seperti kebas kaki atau lemah.

    Langkah pencegahan

    Terdapat banyak cara untuk mencegah sakit tulang punggung. 

    Mengamalkan langkah-langkah di bawah ini boleh membantu mencegah kesakitan sakit punggung bawah dekat tulang ekor atau mengurangkan keterukan gejala sekiranya berlaku kecederaan.

    sakit tulang punggung
    Cara merawat sakit punggung apabila duduk lama.
    • Senaman otot perut dan belakang badan
    • Menurunkan berat badan jika berlebihan
    • Mengangkat barang dengan postur yang betul – membengkokkan lutut dan mengangkat bebanan dengan kaki
    • Mengekalkan postur badan yang betul
    • Tidur atas permukaan kukuh
    • Duduk di kerusi dengan sokongan dan ketinggian bersesuaian
    • Elakkan memakai kasut bertumit tinggi
    • Berhenti merokok kerana nikotin menyebabkan degenerasi cakera tulang belakang dan mengurangkan aliran darah

    Berbincanglah dengan doktor untuk sebarang kebimbangan berkaitan sakit tulang punggung yang dialami bagi mendapatkan kepastian dan rawatan bersesuaian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/06/2024

    ad iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    ad iconIklan
    ad iconIklan