backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Makan Paracetamol Jika Sakit Gigi? Ini 6 Jenis Ubat Tahan Sakit Gigi Yang Selamat & Berkesan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2024

Makan Paracetamol Jika Sakit Gigi? Ini 6 Jenis Ubat Tahan Sakit Gigi Yang Selamat & Berkesan

Merana sungguh apabila terjadi kesakitan pada gigi yang mula melarat! Dalam usaha untuk menahan penderitaan tersebut, apa jenis ubat tahan sakit gigi yang anda boleh cuba?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.

Apa punca kesakitan pada bahagian oral?

Umumnya, kesakitan gigi itu disertai dengan rasa ngilu, pedih dan tidak selesa pada gigi atau gusi. Ia juga boleh berlaku dan berulang dengan kerap selagi tiada langkah seperti pengambilan ubat tahan sakit gigi dilakukan.

Ada banyak punca kesakitan pada gigi, antara penyebab yang paling lazim dan popular masalah ini terjadi adalah:

  1. Abses gigi – Kewujudan rongga atau kantung yang berisi nanah pada gigi atau gusi akibat jangkitan bakteria.
  2. Gigi sensitif – Berlaku apabila lapisan luar gigi iaitu enamel atau cementum terhakis lalu membawa kepada lapisan dentin yang menipis.
  3. Gigi retak – Berlaku apabila wujudnya keretakan kecil atau besar pada gigi gara-gara menyerap tekanan dengan terlalu kuat dan kerap.
  4. Pertumbuhan gigi bongsu/geraham – Gigi paling belakang biasa tumbuh di usia lewat remaja atau awal dewasa. Kesakitan akan timbul kerana gigi akan menusuk gusi untuk keluar.
  5. Penyakit radang gusi – Dikenali juga dengan nama gingivitis, keradangan ini makin lama akan mengakibatkan jangkitan bakteria yang jauh lebih teruk iaitu periodontitis.
  6. Masalah sendi rahang – Dinamakan Temporomandibular Disorders (TMD) dalam istilah perubatan, ia akan mengganggu keupayaan anda untuk membuka mulut atau mengunyah.

Terdapat beberapa punca kesakitan pada gigi berlaku termasuk:

  • Abses gigi
  • Gigi sensitif
  • Gigi retak
  • Pertumbuhan gigi bongsu/geraham
  • Penyakit radang gusi
  • Masalah sendi rahang
punca sakit gigi
Antara punca sakit gigi terjadi.

Ubat tahan sakit gigi di farmasi

Sekiranya anda berjumpa dengan doktor atau berkunjung ke farmasi, pakar mungkin akan menyarankan agar anda mendapatkan beberapa ubat berikut sebagai cara hilangkan sakit gigi berdenyut:

  • Paracetamol – Merupakan ubat tahan sakit paling popular, ia biasa digunakan untuk membantu mengurangkan atau melegakan kesakitan termasuk dalam kawasan oral
  • Mefenamic Acid – Antara ubat antiradang (NSAID), ia digunakan untuk melegakan kesakitan dan keradangan yang datang dalam banyak bentuk termasuk pil, kapsul atau supositori
  • Diclofenac Sodium –  Juga salah satu daripada NSAID, ia digunakan untuk mengurangkan risiko prostaglandin terbentuk yang banyak tersedia dalam bentuk pil, tablet dan topikal
  • Ibuprofen – Mudah diakses di kaunter farmasi, ia boleh membantu merawat sakit gigi selain dapat menurunkan suhu tubuh badan jika ada gejala ringan lain seperti demam dan selesema
  • Arcoxia – Hanya boleh didapatkan dengan preskripsi, ia merupakan ubat sakit gigi yang terkuat namun wujud kesan sampingan termasuk sakit kepala, sesak nafas, loya, letih dan lain-lain
  • Benzocaine – Merupakan analgesik topikal, ubat sakit gigi ini boleh mengebaskan gusi lalu memberikan kelegaan sementara di saat sakit gigi berlaku. Namun, ia tidak akan merawat punca utama kesakitan
ubat tahan sakit gigi
Pengambilan ubat tahan sakit untuk oral.

Ubat tahan sakit gigi paling kuat

Kadangkala, kaedah rawatan paling kuat bukan cuma terletak pada ubat tahan sakit gigi yang doktor berikan sahaja, sebaliknya kaedah tradisional juga mungkin boleh membantu anda.

Terdapat beberapa petua orang lama yang anda mungkin boleh cuba seperti berikut:

  • Tuam pek ais – Menuam pek ais atau objek sejuk pada kawasan mulut yang sakit boleh membantu mengecutkan salur darah sekali gus mengurangkan sakit gigi dan gusi
  • Kumur air garam – Mengumur air garam bersuhu suam boleh membantu merawat ulser dan melawan jangkitan bakteria ekoran ia sarat dengan kandungan antibakteria
  • Kunyah rempah dapur – Rempah seperti bunga cengkih atau bawang putih boleh dikunyah dan dikemam di dalam mulut ketika gigi dan gusi sedang sakit
  • Gosok gigi dengan soda bikarbonat – Ubat tahan sakit gigi tradisional yang terakhir, anda juga boleh memberus gigi dengan soda bikarbonat. Ini boleh mengurangkan kerengsaan, keradangan dan kesakitan oral
ubat tahan sakit gigi
Masalah kesakitan pada gigi bayi.

Ubat tahan sakit gigi budak & bayi

Ternyata, memang ada banyak pilihan ubat sakit gigi berlubang di farmasi. Persoalannya, bagaimana pula untuk golongan budak dan bayi? Adakah ia sama atau berbeza bergantung faktor usia?

Untuk pengetahuan anda semua, adalah kurang sesuai malah mungkin tidak selamat untuk memberikan ubatan sama dengan mereka yang lebih dewasa ekoran faktor dos dan kesan sampingan ubatan.

Mungkin tidak menjadi masalah besar untuk anda mencuba kaedah lebih tradisional seperti dinyatakan di atas tadi. Ia merupakan ikhtiar yang kurang berbahaya berbanding menggunakan ubat klinikal.

Sebaiknya, dapatkan maklumat dan nasihat daripada doktor tentang ubat tahan sakit gigi mana yang terbaik buat anda dan ahli keluarga. Ingat, jangan mudah percaya dan terpedaya dengan mitos di internet!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan