backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Memandu Lama Boleh Sebabkan Masalah Slipped Disc? Ini Punca Selalu Sakit Belakang

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 08/09/2022

    Memandu Lama Boleh Sebabkan Masalah Slipped Disc? Ini Punca Selalu Sakit Belakang

    Slipped disc atau herniated disc merupakan satu kondisi yang boleh berlaku pada mana-mana bahagian pada tulang belakang. Kondisi ini akan membuatkan anda sakit tulang belakang dan boleh mengubah hidup anda.

    Namun, ada juga pesakit slipped disc yang tidak mengalami sebarang simptom. Jika ini yang berlaku, pembedahan tidak diperlukan untuk membetulkan masalah ini.

    Apabila anda mengalami slipped disc, ia bukanlah bermaksud tulang belakang anda ‘tergelincir’. Tetapi, bahagian cakera di antara ruas tulang belakang anda yang menjadi haus, bocor atau terkeluar.

    Ia juga boleh menyebabkan kesakitan dan kekejangan pada kawasan tangan atau kaki, bergantung pada tempat slipped disc tersebut terjadi.

    Slipped disc merupakan sesuatu yang lazim didengar dalam kalangan rakyat Malaysia. Tapi, adakah anda tahu apakah punca sebenar kondisi ini?

    Apakah punca sakit tulang belakang atau slipped disc?

    sakit tulang belakang

    Punca utama sakit tulang belakang yang disebabkan oleh slipped disc ialah proses penuaan.

    Apabila umur kita semakin bertambah, bahagian di antara dua ruas tulang belakang ini akan hilang keanjalannya dan lebih berisiko untuk haus disebabkan usia atau mengalami kerosakan.

    Kebanyakan pesakit slipped disc tidak tahu punca sebenar masalah sakit belakang mereka. Malah, ramai yang bertindak mengabaikan simptom yang dialami dan anggap ia cumalah sakit belakang biasa.

    Kadangkala, penggunaan otot yang salah dan postur badan yang buruk ketika mengangkat barang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami slipped disc

    Selain itu, slipped disc juga merupakan penyakit genetik yang boleh berlaku secara turun-temurun.

    Ada juga yang mengalami masalah tulang belakang ini disebabkan oleh kemalangan seperti jatuh atau pukulan yang kuat pada belakang badan.

    Walau bagaimanapun, slipped disc disebabkan oleh faktor ini amat jarang berlaku.

    Sakit belakang yang biasa dan yang disebabkan oleh slipped disc merupakan dua kondisi yang berbeza.

    Sakit belakang biasa boleh sembuh dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu. Namun, sakit belakang yang berpunca daripada slipped disc akan jadi semakin teruk tanpa sebarang rawatan.

    Siapa yang berisiko untuk mengalami slipped disc?

    sakit tulang belakang

    Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu berisiko mengalami slipped disc. Sebagai contoh:

    1. Jantina. Lelaki yang berusia di antara 20 hingga 50 tahun lebih berisiko untuk mengalami slipped disc.
    2. Postur badan tidak betul semasa mengangkat barang. Ramai orang menggunakan otot pada belakang badan untuk mengangkat barang yang berat. Postur yang tidak betul ini akan membuatkan anda lebih berisiko untuk mengalami slipped disc.
    3. Berat badan berlebihan boleh meletakkan tekanan lebih ke atas kawasan cakera, lebih-lebih lagi pada bahagian bawah badan.
    4. Kerja berat. Mereka yang mempunyai kerja yang berat lebih berisiko untuk mengalami slipped disc.
    5. Selalu memandu. Slipped disc juga boleh berlaku kepada mereka yang terpaksa memandu pada satu jangka masa yang panjang. Malah, getaran pada enjin kereta juga boleh meletakkan tekanan ke atas tulang belakang.
    6. Gaya hidup sedentari. Mereka yang banyak duduk sepanjang hari dan tidak melakukan sebarang senaman lebih berisiko untuk mengalami slipped disc.
    7. Merokok. Amalan ini akan membuatkan cakera pada tulang belakang anda jadi lemah lebih cepat daripada biasa.

    Adakah sakit tulang belakang yang saya alami akan sembuh?

    Selalunya, simptom yang disebabkan oleh slipped disc akan berkurangan dalam masa beberapa minggu atau bulan. 

    Kekal bersabar sepanjang rawatan dan pastikan anda mengikut semua nasihat yang diberikan oleh doktor.

    Untuk membantu anda sembuh dengan lebih cepat, ada beberapa langkah yang boleh diambil. Antaranya ialah:

    1. Rehat jika anda berada dalam kesakitan. Walau bagaimanapun, jika keadaan membenarkan, cuba berjalan di sekeliling rumah atau lakukan senaman ringan untuk bantu anda sembuh lebih cepat.
    2. Gunakan pad pemanas. Letakkan pad ini pada belakang badan sekali setiap 2-3 jam untuk mengurangkan kesakitan yang dialami.
    3. Lakukan senaman seperti yang dicadangkan oleh doktor anda. Senaman tersebut dapat membantu otot pada belakang badan untuk kekal kuat dan mengelakkan sebarang kecederaan pada masa hadapan.
    4. Jangan lupa makan ubat. Ubat tidak dapat menyembuhkan masalah slipped disc, tetapi ia boleh membantu mengurangkan bengkak dan kesakitan.

    Hanya sebahagian kecil pesakit yang mempunyai slipped disc memerlukan pembedahan. 

    Malah, ia hanya akan dilakukan jika rawatan lain gagal untuk mengurangkan simptom yang dialami pesakit.

    Walau bagaimanapun, selepas rawatan dilakukan, masih ada risiko sebanyak 5% hingga 10% untuk slipped disc berlaku lagi pada masa hadapan.

    Oleh sebab itu, berhati-hatilah jika anda pernah didiagnosis dengan slipped disc. Walaupun anda telah melakukan rawatan, masih ada risiko untuk ia berulang lagi pada masa hadapan.

    Cegah sebelum terlambat

    sakit tulang belakang

    Sebenarnya, penyakit sakit tulang belakang boleh dirawat. Untuk mengekalkan kesihatan tulang belakang, anda boleh:

    1. Lindungi belakang badan ketika mengangkat barang yang berat. Sebagai contoh, angkat barang menggunakan otot pada kawasan kaki, bukannya belakang badan.
    2. Pastikan postur tubuh anda baik. Apabila anda berjalan, pastikan bahu diluruskan. Ini dapat membantu anda untuk menjaga tulang belakang supaya ia kekal sihat.
    3. Jangan merokok. Merokok terbukti dapat meningkatkan risiko slipped disc.

    Selain itu, jika anda mempunyai sakit belakang yang berlarutan dalam satu jangka masa yang panjang, jangan abaikan simptom tersebut.

    Slipped disc yang tidak dirawat boleh mencetuskan pelbagai komplikasi lain seperti kencing tidak lawas jika ia dibiarkan begitu sahaja. Oleh sebab itu, berjumpalah dengan doktor secepat mungkin ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 08/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan