Sindrom pra-haid (PMS) dicirikan dengan simptom yang pelbagai, termasuk perubahan emosi, payudara sakit, mengidam makanan, keletihan, cepat marah dan kemurungan. Kira-kira 3 daripada 4 wanita mengalami sindrom ini sebelum putus haid.
Sindrom pra-haid (PMS) dicirikan dengan simptom yang pelbagai, termasuk perubahan emosi, payudara sakit, mengidam makanan, keletihan, cepat marah dan kemurungan. Kira-kira 3 daripada 4 wanita mengalami sindrom ini sebelum putus haid.

PMS menyebabkan perubahan pada emosi, tingkah laku, kesihatan fizikal, seperti yang dinyatakan di bawah:
Simptom dan tanda-tanda PMS boleh menyebabkan dari sedikit hingga ketidakselesaan yang teruk bagi wanita dengan PMS dan hilang dalam masa empat hari selepas permulaan haid bagi kebanyakan wanita tanpa rawatan. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, rawatan dan perubahan gaya hidup adalah diperlukan untuk membantu anda mengurangkan atau menguruskan tanda-tanda dan simptom-simptom sindrom pra-haid. Anda perlu menghubungi doktor anda jika simptom PMS menjejaskan aktiviti harian dan kesihatan anda.
Dalam kebanyakan kes, perubahan gaya hidup boleh membantu mengurangkan simptom-simptom PMS, seperti: mengubah diet anda, memasukkan senaman ke dalam rutin biasa anda dan mengurangkan tekanan.
Tetapi bergantung kepada tahap simptom anda, beberapa ubat-ubatan boleh diambil untuk mengurangkan simptom:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Premenstrual syndrome. http://www.webmd.com/women/guide/premens-trualsyndrome#1. Accessed August, 29, 2016.
Premenstrual syndrome. http://www.healthline.com/health/premenstrual-syndrome. Accessed August, 29, 2016.
Premenstrual syndrome. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/premenstrual-syndrome/basics/definition/con-20020003. Accessed August, 29, 2016.
Versi Terbaru
13/01/2022
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz