backup og meta

7 Cara Untuk Menghilangkan Sakit Gigi Anak, Rawat Di Rumah Sahaja!

7 Cara Untuk Menghilangkan Sakit Gigi Anak, Rawat Di Rumah Sahaja!

Setiap kali sakit gigi, sudah pasti anda akan terbayang doktor gigi dan klinik gigi yang sangat menakutkan itu. Jika orang dewasa pun begitu, apatah lagi dengan kanak-kanak. Akan tetapi, pernahkah anda terdengar atau terbaca mengenai ubat sakit gigi tradisional buat kanak-kanak yang boleh buat sendiri di rumah?

Ingin mengetahui lebih lanjut? Sila ikuti artikel ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.

Masalah gigi & kanak-kanak

ubat sakit gigi
Gigi rongak dan hitam biasa terjadi pada kanak-kanak.

Mengapa sakit gigi berdenyut bila sakit gigi menyerang?

Masalah gigi rongak, gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara yang asing untuk kita lihat berlaku pada gigi kanak-kanak.

Gigi yang dahulunya putih, bersih dan tersusun rapi kini sudah kian mereput dan menghilang.

Masalah kerosakan gigi pada kanak-kanak ini sebenarnya berlaku disebabkan oleh banyak faktor seperti pemakanan dan cara menggosok gigi yang salah.

Bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi yang lebih teruk, ibu bapa mesti memastikan penjagaan oral dan gigi kanak-kanak dilakukan secara berterusan setiap hari.

Jika gigi anak anda sudah terlalu teruk, ibu bapa perlu gunakan ubat sakit gigi untuk merawatnya.

Kesan jika anak sakit gigi

Bagi seorang kanak-kanak, sakit gigi yang teruk boleh mengakibatkan perkara-perkara berikut:

  • Kehilangan gigi yang terlalu awal akan menyebabkan gigi tumbuh tidak teratur
  • Kebengkakan yang besar akan menyukarkan mereka membuka mulut, mengunyah makanan dan bernafas
  • Menjadi trauma atau pengalaman yang menakutkan buat anak anda
ubat sakit gigi
Antara [unca sakit gigi.
Paling penting, segera bawa anak anda berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan lanjut dan ubat sakit gigi jika mereka mulai mengadu sakit gigi.

Jika tidak, mereka mungkin terpaksa dimasukkan ke dalam hospital jika berlaku sebarang komplikasi yang lain.

Ubat sakit gigi tradisional untuk anak di rumah

Selain ubat sakit gigi yang anda boleh dapat di klinik gigi atau farmasi, anda juga menggunakan alternatif lain yang mudah dijumpai bahkan di rumah anda sendiri!

Berikut merupakan rawatan tradisional sakit gigi yang anda boleh buat sendiri di rumah:

#1. Garam sebagai petua hilangkan sakit gigi berdenyut

Jika diikutkan logik akal, ini pasti tidak masuk akal kerana garam sudah pasti akan membuat gigi anak anda lebih sakit.

Pun begitu, kandungan sodium yang terdapat di dalamnya sebenarnya mampu menghilangkan sakit gigi berlubang.

Caranya mudah sahaja, larutkan garam ke dalam segelas air suam dan kumurkan larutan tersebut.

#2. Cengkih

Selain itu, anda juga boleh gunakan cengkih sebagai rawatan sakit gigi anak anda. Jika anak anda mempunyai gigi berlubang, anda boleh cuba gunakannya sebagai ubat sapuan.

Caranya, kisarkan beberapa biji cengkih bersama minyak zaitun dan minyak sayur. Setelah sapuan ini siap, sapukan sahaja pada gigi anak anda yang sakit.

#3. Biji asam jawa antara petua hilangkan sakit gigi berdenyut 

Selain baik untuk tekak, asam jawa juga boleh dijadikan penawar untuk melegakan sakit pada gigi.

Caranya, ambil segenggam biji asam jawa lalu tumbuk atau kisar ia sehingga halus. Kemudian, sapukan sahaja ia pada gigi yang sakit.

#4. Limau nipis

Siapa kata limau nipis cuma boleh dijadikan makanan, minuman atau cucian semata-mata? Sebenarnya, ia juga boleh dijadikan sebagai ubat sakit gigi kerana ia kaya dengan vitamin C.

Caranya, potong limau nipis lalu perah jusnya ke dalam sebuah bekas.

Gunakan sudu kecil untuk mengambil perahan jus itu.

Kemudian, titiskan ia sedikit demi sedikit ke gigi untuk mengelakkan rasa pedih.

#5. Bawang putih juga petua hilangkan sakit gigi berdenyut 

Bawang putih adalah bersifat antibiotik dan sangat berkesan untuk mengurangkan sakit gigi berlubang.

Caranya, ambil satu atau dua ulas bawang putih, kupas dan tumbuk ia sehingga halus.

Selepas itu, sapukan ia pada gigi yang sakit.

#6. Bawang merah

Sama seperti bawang putih, bawang merah juga mampu mengurangkan sakit gigi berlubang.

Caranya juga lebih kurang sama sahaja iaitu ambil satu atau dua ulas bawang merah, kupas dan tumbuk ia sehingga halus. Sama ada anda sapukan ia ataupun mengunyahnya secara terus, pilihan terletak di tangan anda.

#7. Ais juga petua hilangkan sakit gigi berdenyut 

Akhir sekali, anda boleh menggunakan ais untuk melegakan sakit gigi anak anda akibat gigi berlubang.

Caranya adalah mudah sahaja iaitu ambil beberapa ketul ais daripada peti sejuk lalu masukkan ia ke dalam beg plastik. Kemudian, tuamkan ia di atas bahagian gigi yang sakit.

Kesimpulan

Kesemua tip di atas adalah selamat dan berkesan untuk diamalkan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Mihiri J. Silva, Nicky M. Kilpatrick, Jeffrey M. Craig, David J. Manton, Pamela Leong, David P. Burgner, Katrina J. Scurrah. Genetic and Early-Life Environmental Influences on Dental Caries Risk: A Twin Study. Pediatrics, 2019; e20183499 DOI: 10.1542/peds.2018-3499. Accessed on June 4, 2019.

Sakit Gigi. http://www.myhealth.gov.my/sakit-gigi/. Accessed on June 4, 2019.

Keeping children’s teeth healthy. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/doctors-orders/keeping-childrens-teeth-healthy. Accessed on June 4, 2019.

How Do I Care for My Baby’s Teeth? https://kidshealth.org/en/parents/start-brushing-teeth.html. Accessed on June 4, 2019.

Toothache. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10957-toothache. Accessed on April 28, 2022.

Tooth Pain. https://www.aae.org/patients/dental-symptoms/tooth-pain/. Accessed on April 28, 2022.

Dental (Odontogenic) Pain. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4590084/. Accessed on April 28, 2022.

Versi Terbaru

16/08/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Sakit Tumbuh Gigi Bongsu, Lagi-lagi Bila Anak Remaja Yang Alaminya, Ini Cara Nak Buat!

Ngilu Rasa Bila Makan Aiskrim? Ini Dia 10 Punca Gigi Anda Jadi Sensitif!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan