Ah, peritnya kalau sakit gigi! Lagi-lagi kalau sakitnya teruk sangat sampaikan demam. Apakah sebenarnya punca sakit gigi sehingga menyebabkan demam?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Ah, peritnya kalau sakit gigi! Lagi-lagi kalau sakitnya teruk sangat sampaikan demam. Apakah sebenarnya punca sakit gigi sehingga menyebabkan demam?
Normalkah demam ketika sakit gigi, ataupun ketika gigi bongsu anda baru nak keluar?
Jawapan semuanya dalam artikel ini. Teruskan membaca ya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.
Sakit gigi adalah sakit yang anda rasakan sekitar gigi, gusi atau rahang. Selalunya, rasa gigi berdenyut tapi tak berlubang adalah tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada gigi atau gusi anda.
Kadangkala, sakit gigi anda boleh disebabkan oleh masalah lain dalam badan.
Anda tidak boleh mengabaikan sakit gigi kerana ia boleh mengganggu tidur, kehidupan seharian malah pekerjaan anda.
Sakit gigi yang disebabkan oleh kerosakan gigi boleh menjadi lebih teruk jika tidak dirawat.
Ia biasanya tidak mengancam nyawa, tetapi dalam sebilangan kes, ia boleh menjadi tanda untuk keadaan yang lebih serius, memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
Kesakitan daripada keadaan ini boleh merangkumi keadaan yang ringan hingga teruk, dan kemungkinan berterusan atau berselang rasa sakitnya.
Anda mungkin merasakan sakit seperti:
Punca sakit gigi yang paling utama adalah disebabkan kerosakan gigi iaitu karies gigi. Selain itu, punca lain boleh termasuk bahagian gusi dan rahang seperti :
Selain itu, punca lain boleh disebabkan penyakit dari bahagian badan lain seperti :
Resdung berlaku apabila sinus mengalami keradangan disebabkan oleh jangkitan kuman. Oleh sebab akar gigi bahagian atas hampir dengan sinus anda, resdung boleh menyebabkan sakit gigi.
Jika sakit gigi anda berlaku secara tiba-tiba, ia mungkin disebabkan oleh penyakit jantung atau kanser paru-paru. Dalam beberapa kes, sakit gigi merupakan amaran serangan jantung.
Penyakit jantung dan paru-paru boleh menjadi punca sakit gigi kerana lokasi saraf vagus anda.
Saraf ini mengalir dari otak ke organ yang berlainan dalam badan, termasuk jantung dan paru-paru, melewati bahagian rahang anda.
Penyakit neuralgia trigeminal ialah tekanan kepada saraf trigeminal yang mengakibatkan kesakitan yang terlampau.
Ia boleh berlaku secara tiba-tiba, dan ciri-ciri kesakitannya adalah seperti tikaman yang tajam atau kejutan elektrik berlaku pada sebelah muka sahaja.
Dalam kalangan bayi, punca sakit gigi akibat pertumbuhan gigi juga boleh menyebabkan demam ringan.
Namun, untuk kanak-kanak atau orang dewasa, pertumbuhan gigi tidak sepatutnya berkait dengan demam.
Sekiranya demam berlaku ketika pertumbuhan gigi, ini mungkin menunjukkan jangkitan pada gigi atau gusi. Jangkitan yang kerap dijumpai ialah abses gigi (poket nanah yang disebabkan oleh jangkitan bakteria).
Jadi, pertumbuhan gigi tidak menyebabkan demam sebaliknya ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada gigi atau gusi anda.
Jika tidak dirawat, nanah boleh masuk dalam saluran darah dan mengancam nyawa anda.
Jika tidak menerima rawatan segera, sakit gigi boleh menyukarkan anda untuk menjalani kehidupan harian malah pekerjaan anda.
Selain itu, komplikasi sakit gigi yang lain termasuklah:
Abses gigi tidak akan hilang tanpa rawatan. Sekiranya abses pecah, rasa sakit gigi berdenyut akan berkurang namun anda masih memerlukan rawatan pergigian.
Sekiranya poket nanah tidak kering sepenuhnya, jangkitan boleh merebak ke bahagian rahang, leher atau kepala anda.
Jika ia masuk dalam saluran darah anda, ia boleh menyebabkan jangkitan yang mengancam nyawa.
Seandainya anda mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tidak merawat abses gigi, risiko jangkitan anda semakin meningkat.
Sehingga rundingan anda dengan doktor gigi, cubalah beberapa petua seperti berikut :
Kini anda telah mengetahui punca sakit gigi dan cara untuk mengatasinya.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen