Jadi terdapatkah penyelesaian untuk mengatasi masalah anak yang takut jumpa doktor, khususnya doktor gigi? Jangan risau. Ada penyelesaiannya di sini. Teruskan membaca perkongsian artikel ini, semoga ia dapat membantu menyelesaikan masalah anda.
Tiada pendedahan awal
Baru-baru ini, kami di Hello Doktor berkesempatan untuk menemu bual salah seorang doktor dalam bidang Pemulihan dan Estetika Pergigian (Restorative and Aesthetic Dentistry), iaitu Dr Ibrahim Shahruddin dan kami bertanyakan mengenai hal ini.
Menurut beliau yang kini bertugas di iCare Dental Damansara Heights, punca utama menyebabkan ramai kanak-kanak takut untuk berjumpa dengan doktor gigi adalah kerana mereka tidak didedahkan untuk berjumpa dengan doktor gigi pada seawal tahun pertama kehidupan atau ketika gigi susu pertama muncul.
“Berjumpa dengan doktor gigi bukanlah satu perkara yang menjadi satu kebiasaan bagi rata-rata masyarakat Malaysia. Kanak-kanak biasanya hanya akan dibawa berjumpa doktor apabila sudah berdepan dengan masalah gigi seperti karies gigi,” jelas Dr Ibrahim.
Kejutan di sekolah
Terdapat juga kanak-kanak yang pertama kali mendapatkan rawatan pergigian ketika di sekolah. Dan lebih ‘memburukkan’ keadaan apabila mereka dirawat dengan jururawat pergigian yang garang. Ini sekali gus menambahkan lagi rasa takut mereka untuk berjumpa doktor gigi.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen