Sakit gigi biasa pun sudah menyakitkan, inikan pula jika alami masalah gigi berlubang, pasti lebih memeritkan. Adakah anda tahu cara hilangkan sakit gigi berlubang? Bagi anda yang mengalami masalah gigi berlubang, boleh lihat petua di bawah ini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Sakit gigi biasa pun sudah menyakitkan, inikan pula jika alami masalah gigi berlubang, pasti lebih memeritkan. Adakah anda tahu cara hilangkan sakit gigi berlubang? Bagi anda yang mengalami masalah gigi berlubang, boleh lihat petua di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.
Sakit gigi berlubang juga disebut sebagai masalah kaviti.
Kaviti merupakan pembentukan lubang pada gigi yang berpunca daripada masalah pereputan gigi.
Kaviti berlaku apabila asid yang berada dalam mulut kita menghakis bahagian lapisan luar gigi yang keras, yang dikenali sebagai enamel.
Apabila lapisan enamel ini semakin nipis, maka kaviti akan terbentuk. Semua individu berisiko untuk mendapat masalah kaviti.
Namun, beberapa faktor risiko yang akan mempercepatkan atau mendedahkan anda kepada masalah ini.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh anda ikuti dalam menguruskan masalah gigi berlubang yang dialami.
Kaedah-kaedah ini bukan sahaja boleh mengatasi masalah gigi berlubang, tetapi juga meredakan rasa sakit yang dialami.
Berikut adalah antara cara hilangkan sakit gigi berlubang yang boleh anda ikuti:
Apabila anda mengalami kesakitan pada gigi, antara cara hilangkan sakit gigi berlubang ini adalah dengan memerhatikan apa yang anda makan.
Elakkan pengambilan makanan atau minuman yang sangat sejuk, sangat panas, minuman bergula dan berasid.
Pendedahan gigi berlubang terhadap suhu atau keadaan yang ekstrem boleh menyebabkan kesakitan yang memeritkan.
Malah, makanan atau minuman yang bergula dan berasid boleh memburukkan lagi keadaan sedia ada gigi anda.
Antara jenis makanan atau minuman yang perlu dielakkan ialah seperti buah sitrus, tomato, minuman berkarbonat, makanan yang masam, buah-buahan kering dan juga makanan yang dijeruk.
Walaupun anda mengalami sakit gigi, tidak bermakna anda tidak perlu menggosok gigi.
Anda masih dikehendaki untuk memberus gigi bagi memastikan mulut sentiasa bersih.
Jika bakteria dalam mulut terlalu banyak, ia boleh menghasilkan asid yang meningkatkan rasa sakit pada gigi.
Selain itu, cuba untuk flos gigi anda bagi mengeluarkan sisa makanan dan plak yang menempel pada celah-celah gigi.
Ini juga boleh membantu mengurangkan rasa sakit pada gigi yang berlubang.
Salah satu cara hilangkan sakit gigi berlubang yang agak mudah dan ampuh adalah dengan berkumur menggunakan air garam.
Namun, anda mestilah membancuh garam bersama-sama air suam sahaja, bukannya air yang terlalu sejuk atau terlalu panas.
Air suam bergaram boleh membantu membunuh bakteria dalam mulut di samping melegakan rasa sakit untuk sementara waktu.
Minyak bunga cengkih mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai eugenol.
Eugenol merupakan bahan semula jadi yang bertindak sebagai ubat bius. Ia membantu memberikan rasa kebas dan mengurangkan rasa sakit akibat masalah gigi berlubang.
Bukan itu sahaja, ia juga boleh meredakan pembengkakan dan iritasi pada gusi gigi yang bengkak.
Jika anda tidak mempunyai minyak bunga cengkih di rumah, anda boleh cuba mengunyah bunga cengkih yang ada di dapur anda.
Jika anda ada menanam daun pudina di rumah, ia sangat bermanfaat sebagai salah satu cara hilangkan sakit gigi berlubang.
Daun pudina mengandungi bahan aktif yang disebut sebagai menthol.
Menthol boleh memberikan rasa kebas selain mengurangkan rasa sakit pada gigi sensitif.
Bukan itu sahaja, kajian ada menunjukkan bahawa daun pudina turut mengandungi sebatian antibakteria yang boleh membantu membunuh bakteria penyebab sakit gigi berlubang anda.
Anda juga boleh mendapatkan ubat tahan sakit gigi yang dijual di farmasi.
Antara jenis ubat antiradang yang boleh anda dapati ialah seperti ibuprofen dan naproxen.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan acetaminophen untuk meredakan sakit gigi.
Cara hilangkan sakit gigi berlubang yang paling berkesan adalah dengan berjumpa doktor gigi secepat yang boleh.
Ini kerana, jika anda pergi melakukan pemeriksaan gigi di klinik gigi, doktor akan membersihkan gigi berlubang anda terlebih dahulu sebelum menampal kerosakan yang ada pada gigi tersebut.
Ini merupakan solusi terbaik bagi mana-mana masalah gigi berlubang atau gigi reput.
Apabila sudah ditampal, bakteria atau sisa makanan tidak lagi boleh memasuki bahagian dalam gigi. Ini boleh menghilangkan rasa sakit secara keseluruhan.
Walaupun kanak-kanak merupakan golongan yang biasa mendapat masalah kaviti, namun ini tidak bermakna bahawa individu dewasa terlepas daripada risiko yang sama.
Jika penjagaan gigi tidak diambil berat, ditambah pula dengan tabiat yang boleh merosakkan gigi, individu dewasa juga boleh mengalami gigi berlubang.
Oleh itu, cuba elakkan tabiat yang boleh merosakkan gigi seperti tidak memberus gigi, mengambil makanan bergula tanpa kawalan dan juga merokok.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen