backup og meta

Jangan Takut Doktor Gigi

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/09/2019

    Jangan Takut Doktor Gigi

    Tiada siapa mahu jumpa doktor gigi kerana beberapa. Disebabkan beberapa alasan tertentu seperti bau, rasa sakit, gerudi gigi, kita sentiasa enggan berjumpa doktor gigi. Walau bagaimanapun, menjaga kesihatan mulut adalah isu yang penting bagi kita semua. Berikut adalah sebab-sebab mengapa kita perlu suka berjumpa doktor gigi, walaupun kita tidak mahu.

    Mengapa doktor gigi menakutkan?

    • Kita benci doktor gigi kerana bau dan bunyinya. Secara jujurnya, tiada siapa yang suka bau di klinik doktor gigi kerana baunya mirip bau hospital.
    • Rasa sakit juga merupakan faktor mengapa ramai takut berjumpa doktor gigi. Kita biasanya tanya, “Adakah ia menyakitkan?” Doktor gigi berkata, “tak” tetapi jawapan yang sebenar adalah, “ya”
    • Gerudi gigi juga sangat menakutkan bagi kebanyakan kita. Bunyinya membuatkan kita berasa seperti gigi kita sedang dihancurkan.
    • Dan lain-lain.

    Namun, masih ada banyak sebab yang baik yang memaksa kita berjumpa doktor gigi:

    • Meningkatkan harga diri dan keyakinan. Senyuman yang bersinar dan gigi yang cantik membantu kita menjadi lebih yakin.
    • Kesihatan anda secara keseluruhan boleh dipengaruhi oleh kesihatan mulut. Oleh itu, penjagaan kesihatan mulut adalah penting bagi semua orang.
    • Melindungi gigi kita seperti mencegah gigi longgar dan karies. Jika anda tidak mengambil berat terhadap masalah-masalah kecil pada gigi anda, ia akan membawa kepada penyakit yang lebih serius

    Bagaimana ingin mengatasi rasa takut tersebut?

    Berikut adalah beberapa tip:.

    • Sewaktu kali pertama berjumpa doktor gigi, adalah disyorkan untuk meminta seseorang yang anda percayai menemani anda seperti ahli keluarga atau rakan-rakan. Mereka ini membantu anda untuk lebih bertenang.
    • Alihkan perhatian anda. Anda tidak perlu tahu apa yang doktor terbabit lakukan kerana semakin anda memberi tumpuan kepadanya, semakin anda rasa takut. Oleh itu, adalah lebih baik untuk mendengar muzik atau radio semasa doktor gigi menjalankan tugasnya.
    • Meminta ubat tahan sakit. Dalam beberapa kes seperti mencabut gigi bongsu, doktor gigi akan sentiasa menggunakan sedatif. Pesakit perlu berbincang dengan doktor gigi mereka tentang ketakutan dan perasaan mereka. Ini akan membantu doktor gigi anda memahami keadaan anda.
    • Kenal pasti ketakutan anda. Adalah lebih baik untuk memahami mengapa anda takut berjumpa doktor gigi. Adakah kerana pengalaman buruk anda di zaman kanak-kanak atau kerana gerudi gigi yang amat ditakuti. Setelah anda mengenal pasti puncanya, anda boleh mengatasinya atau berbincang dengan doktor gigi anda untuk mendapatkan bantuan lanjut.

    Dengan menggunakan tip ini dan bersedia untuk berjumpa doktor gigi anda, anda akan dapat menghilangkan kebimbangan anda. Sila berehat dan bertenang. Biarkan doktor gigi anda menjalankan tugasnya. Ini adalah kunci untuk mengurangkan fobia doktor gigi yang boleh menghalang anda daripada mendapatkan penjagaan gigi secara berkala.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan