backup og meta

Bibir dan Penjagaannya

Bibir dan Penjagaannya

Mulut merupakan antara bahagian tubuh yang penting. Tetapi sebenarnya, ramai yang mengambil mudah cara menjaga bibir menyebabkan ia mudah kering.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.

Apa Itu Bibir?

Untuk mengetahui cara menjaga bibir, sudah tentu kita perlu memahami anatomi organ ini.

Semua individu secara normalnya dilahirkan akan mempunyai bibir

Ia hadir dalam pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza bagi setiap individu. Ada yang besar, ada yang kecil, ada yang sangat tipis dan ada yang sangat mungil. 

Bibir sebenarnya merupakan satu bahagian badan yang agak kompleks.
Permukaannya terdiri daripada 4 zon iaitu; kulit berbulu (hairy skin), sempadan vermilion (vermilion border), vermilion dan mukosa lisan (oral mucosa).
Bentuk normal bibir adalah sangat bervariasi mengikut usia dan dipengaruhi oleh etnik. 

Vermilion border atau sempadan vermilion, merupakan satu nama yang mewah bagi garis bibir anda dan adalah unik bagi setiap individu.

Bingkai (rim) vermilion menyerupai warna kulit di sekitarnya. Perkataan vermilion adalah bermaksud ‘warna merah yang terang’.

cara menjaga bibir

Namun, hakikatnya warna sempadan vermilion adalah berbeza mengikut individu dan kebiasaannya adalah lebih gelap berbanding keseluruhan bibir yang ada.

Pada bahagian vermilion atas, dari pandangan hadapan, pasti anda akan perasan bentuk yang dikatakan seakan menyerupai busur pemanah. Bahagian ini dinamakan cupid’s bow.

Tabiat Menyebabkan Kekeringan

Sebelum mengetahui cara menjaga bibir agar tidak kering, jom fahami puncanya.

Masalah bibir kering berlaku kerana bahagian badan ini tidak mempunyai kelenjar peluh mahupun kelenjar minyak.

Tetapi selain daripada dua sebab utama ini, apakah sebab yang turut cenderung menyebabkan ia untuk kering? Adakah terdapat sebarang tabiat yang boleh membuatkannya berpunca untuk menjadi kering?

Terdapat banyak faktor yang boleh menjadi punca dan faktor yang mengakibatkannya kering, antaranya:

mulut

1. Dehidrasi

Bibir kering boleh disebabkan oleh dehidrasi.

Sebagai contoh, jika anda tidak memenuhi pengambilan air yang disyorkan dalam sehari, tabiat anda ini akan menjejaskannya. Ia akan menjadi luka dan kering serta menjadi kurang seksi.

2. Menjilat

Tabiat menjilat bibir turut menjadi punca bibir kering.

Ini kerana bibir tidak mengandungi dan tidak boleh menghasilkan lapisan minyak semula jadi yang tebal seperti kulit, ia cenderung untuk menjadi lebih kering selepas air liur tersejat.

3. Tiada pelindung matahari

Semasa cuaca panas, anda mungkin mahu menggunakan dalam balsem yang mengandungi SPF kerana ia mempunyai kesan kelembapan yang lebih efektif.

Anda juga perlu memakai pelindung bibir pada musim sejuk. Cuaca sejuk dan angin di luar membuatkannya merekah.

Tambahan pula, tidak banyak cahaya matahari yang dapat dilihat tetapi sinar UV dilaporkan menjadi lebih kuat dan menyebabkan lebih banyak kerosakan.

4. Ubat

Sesetengah ubat-ubatan seperti accutane, propranolol atau prochlorperzazine boleh membuatkan bibir pecah.

Sila berunding dengan doktor anda tentang kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.

Maklumkan kepada doktor jika bibir menjadi sangat kering, tidak stabil dan mula berdarah.

Baca juga:

5. Vitamin

Vitamin B3 boleh mengekalkan kelembapannya manakala vitamin B12 membantu proses penyembuhan.

Zink menggalakkan pertumbuhan sel dan vitamin A membantu penghasilan minyak semula jadi pada bahagian ini.

Maka kekurangan vitamin boleh menyebabkan bibir mengering.

Sila berbincang dengan doktor peribadi anda sebelum mengambil vitamin tambahan kerana terlalu banyak vitamin A boleh membuatkan ia berisiko untuk mengelupas.

Cara Menjaga Bibir Elak Kekeringan

Perubahan cuaca, musim serta beberapa tabiat akan sering membuatkan kulit kering, terutamanya pada bahagian bibir.

Kini, masalah ini boleh diatasi dengan mengamalkan beberapa tip berikut:

1. Jangan jilat 

Anda mungkin selalu membasahkannya dengan air liur dengan harapan ia membantu mengatasi masalah kekeringan yang anda hadapi.

Tindakan ini sebaliknya membuatkan ia menjadi lebih kering. Air liur mengandungi asid yang merengsakan. Tambahan pula, menjilatnya secara berterusan boleh menjadikannya lebih kering.

cara menjaga bibir

2. Gunakan balsem

Balsem bibir membantu memberikan kelembapan padanya.

Selain menggunakannya ketika di luar rumah, anda juga boleh menggunakannya sebelum mencuci muka kerana pencuci muka mungkin boleh mengeringkannya.

Cara menjaga bibir agar tidak kering #3. Minum banyak air

Punca bibir kering adalah kurang air. Hidratkan badan anda dengan mengambil air sebanyak yang boleh.

Tapi jangan banyakkan ambil air kopi yang mengandungi kafein. Ia hanya akan membuatkan badan anda hilang lebih banyak air kerana kerap ke tandas untuk membuang air kecil.

4. Gunakan minyak badam

Gunakan minyak badam secara langsung atau menggunakan balsem bibir yang mengandungi minyak badam.

Cara menjaga bibir #5. Pengelupasan (exfoliate

Bibir harus menjalani pengelupasan sekali seminggu. Gunakan produk pengelupasan yang dijual di kedai atau buatan sendiri.

Kulit pada bahagian ini sama seperti kulit pada wajah, pengelupasan kulit membantu menyingkirkan sel kulit yang mati serta menjadikan ia lembut, licin dan layak dicium.

cara menjaga bibir

6. Penggunaan gincu matte

Gincu matte memang menawan dan menakjubkan. Tetapi, ia boleh menjadi sangat mengeringkan (yang membantu lipstik ini kekal lama).

Jadi bagaimana untuk melindunginya semasa menggunakan gincu matte kegemaran anda?

Sekali lagi, penggunaan balsem adalah amat disyorkan. Sebelum mengenakan gincu matte, sapu balsem terlebih dahulu untuk melindungi bibir daripada bahan kimia.

Pemeriksaan doktor

Jika semua cara menjaga bibir di atas tidak berkesan, anda mungkin mengalami keadaan kesihatan tertentu seperti alahan. Anda perlu dapatkan bantuan perubatan daripada doktor.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Anatomy of the Lips, Mouth, and Oral Region. https://elementsofmorphology.nih.gov/anatomy-oral.shtml / Accessed on Aug 13, 2019
  2. 7 Amazing Facts About Your Lips. https://jamaicahospital.org/newsletter/7-amazing-facts-about-your-lips/ / Accessed on Aug 13, 2019
  3. 7 dermatologists’ tips for healing dry, chapped lips. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/dry/heal-dry-chapped-lips#, Accessed on May 5, 2023
  4. Chapped Lips (Cheilitis): Causes, Treatment & Prevention. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22005-chapped-lips#, Accessed on May 5, 2023
  5. Why Your Lips Are Chapped (and How to Help Them). https://www.healthywomen.org/content/article/why-your-lips-are-chapped-and-how-help-them, Accessed on May 5, 2023

 

 

Versi Terbaru

05/05/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tak Merokok Tapi Mengapa Bibir Gelap? Ini Punca Bibir Jadi Hitam

10 Tip Penjagaan Gigi Paling Asas, Barulah Gigi Cantik Berseri


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan