#5. Kurangkan minuman berasid seperti minuman ringan, kordial dan jus – Ia akan melemahkan material dan menguraikan mineral pada enamel gigi lalu menyebabkan kaviti.
#6. Kurangkan makanan bergula – Bakteria yang terdapat pada plak-plak di gigi akan menukarkan gula menjadi asid.

#7. Lindungi gigi daripada kecederaan – Ketika bersukan atau melakukan aktiviti lasak, pakai alat perlindungan seperti alat pelindung gigi atau helmet.
#8. Cuba selamatkan gigi yang tercabut – Caranya, letak semula gigi yang tercabut pada tempat asalnya sementara anda mencari rawatan pakar. Jika tidak mampu, simpan gigi tersebut di dalam bekas atau plastik berisi susu dan segera berjumpa doktor gigi.
#9. Elakkan menggunakan gigi untuk mengunyah benda lain selain makanan – Jangan guna gigi untuk memecahkan kacang, membuka tudung botol atau untuk koyak plastik kerana ia berisiko merosakkan gigi.
#10. Pilih produk oral dengan sebaiknya – Pilih produk yang sesuai agar anda sentiasa bermotivasi untuk mengekalkan penjagaan kesihatan oral.
Dalam pada itu, berus gigi merupakan alat yang sangat penting dalam penjagaan kesihatan oral selain ubat gigi, flos gigi dan ubat kumur.
Baca juga:
Berikut merupakan perkara yang anda perlu buat dan harus dielakkan dalam perihal penjagaan berus gigi.
Amalan penjagaan gigi yang perlu dibuat:

- Ganti berus gigi anda setiap 3 ke 4 bulan sekali. Ia juga boleh digantikan dengan lebih cepat sekiranya bulu berus tersebut mula rosak.
- Bilas berus gigi anda dengan air selepas memberus gigi dan biarkannya kering. Ini dapat membunuh bakteria yang tumbuh apabila terdedah kepada udara.
- Simpan berus gigi anda secara menegak agar ia dapat mengalirkan air ke bawah lalu mengering lebih cepat.
- Biarkan berus gigi anda kering sepenuhnya terlebih dahulu sebelum menyimpannya.
Kesihatan oral yang harus dielak:
- Jangan sesekali berkongsi berus gigi kerana ia boleh menyebarkan kuman dan bakteria yang mampu menyebabkan gigi reput.
- Jangan letakkan berus gigi dalam bekas kecil untuk tempoh yang lama. Ini kerana kelembapan merupakan faktor pertumbuhan bakteria.
- Jangan simpan berus gigi anda berdekatan dengan tandas. Kuman boleh tersebar apabila jamban dipam lalu meningkatkan risiko ia tumbuh pada berus gigi.
Kesimpulannya, kesihatan gigi sebenarnya sangat berkait rapat dengan kebersihan dan kecantikan gigi. Dengan mengamalkan tip-tip di atas, senyuman anda pasti akan lebih menarik selepas ini.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen