backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

7 Jenis Vitamin Ini Penting Untuk Tambah Berat Anak, Baru Membesar Dengan Seimbang!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/07/2023

    7 Jenis Vitamin Ini Penting Untuk Tambah Berat Anak, Baru Membesar Dengan Seimbang!

    Anda rasa anak kurang berat badan? Ingin mengetahui vitamin untuk menaikkan berat badan anak? Jika jawapan untuk kedua-dua soalan tersebut adalah ya, teruskan pembacaan anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Berat badan anak

    Bimbang anak terlalu kecil atau tidak cukup berat? Tidak dinafikan, ada kalanya kanak-kanak boleh terlalu cerewet dalam pemakanan. Ada juga anak yang terlalu sibuk bermain sehingga terlupa untuk makan.

    Ia adalah keadaan biasa untuk seorang kanak-kanak tidak menghiraukan kepentingan pemakanan seimbang.

    Jika anda perasan anak semakin kurus, ia mungkin petanda mereka kurang berat badan

    Namun jika anda tidak pasti, ada beberapa cara untuk mengetahui sama ada si kecil kurang berat badan atau tidak:

    • Seiring pertambahan usia, anak juga harus membesar. Namun jika pakaian mereka masih muat dipakai walaupun sudah lebih setahun memakainya, mungkin anda perlu membawa anak untuk berjumpa pakar pediatrik bagi penilaian sewajarnya
    • Periksa tulang rusuk. Jika keadaan tulang rusuk tampak dengan jelas, ia juga menandakan anak mungkin mengalami masalah kurang berat badan

    vitamin untuk menaikkan berat badan anak

    Pilihan vitamin untuk menaikkan berat badan anak

    Sebagai ibu bapa, kita perlu memainkan peranan penting untuk mendidik anak mengenai kepentingan pemakanan seimbang.

    Berikut beberapa jenis vitamin penting yang harus diambil anak untuk menyokong perkembangan dan tumbesaran mereka:

    Vitamin A

    Pengambilan vitamin A, merupakan antara cara menaikkan berat badan anak 1 tahun dan ke atas yang terbaik. 

    Ia terdapat dalam pelbagai jenis makanan seperti daging, telur, buah sitrus, lobak merah dan ubi keledek. 

    Anak memerlukan vitamin A untuk penglihatan, kulit sihat, pertumbuhan, perkembangan dan fungsi imun yang baik.

    Vitamin B, antara vitamin untuk menaikkan berat badan anak

    Vitamin B adalah penting untuk metabolisme tenaga serta pengeluaran dan penyelenggaraan sel darah, sel kulit, sel otak dan tisu badan yang lain.

    vitamin untuk menaikkan berat badan anak

    Kekurangan vitamin B tertentu berpotensi menjejaskan selera makan. Dalam jangka masa panjang, ketiadaan selera makan boleh mengakibatkan kekurangan zat makanan, yang juga boleh menghalang keupayaan mereka untuk menambah berat badan.

    • Tiamin (B1). Vitamin B yang penting untuk metabolisme tenaga. Ia membantu mengekalkan fungsi sel yang sihat yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan
    • Biotin (B7) dan Cobalamin (B12). Vitamin B ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan selera makan anak

    Makanan yang kaya dengan vitamin B termasuk sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan, daging, telur dan produk tenusu, kekacang, kacang serta bijian. Anak juga boleh mendapat vitamin ini melalui pengambilan bijirin sarapan pagi yang diperkaya.

    Vitamin C

    Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan sistem imun anak dan mengekalkan pertumbuhan serta perkembangan normal.

    Sistem imun sihat boleh melindungi si kecil daripada pelbagai penyakit yang boleh mengakibatkan penurunan berat badan.

    Selain itu, vitamin C juga membantu menggalakkan penyerapan zat besi daripada makanan yang dimakan anak, sekali gus boleh merangsang selera makan mereka.

    Makanan yang kaya dengan vitamin C terdapat dalam lada benggala merah, sayur-sayuran hijau, buah sitrus, strawberi, tomato, dan pucuk Brussel.

    vitamin untuk menaikkan berat badan anak

    Vitamin untuk menaikkan berat badan anak #Vitamin D & Kalsium

    Vitamin D boleh membantu kanak-kanak menambah berat badan kerana ia mengekalkan kesihatan kanak-kanak.

    Vitamin ini boleh diperolehi dengan mudah pada waktu-waktu tertentu dalam sehari, kerana ia terdapat dalam cahaya matahari.

    Ia juga boleh diperolehi melalui pengambilan makanan tertentu seperti kuning telur, mentega, marjerin, cendawan dan produk tenusu lain.

    Jenis vitamin ini juga merupakan gandingan sempurna dengan kalsium kerana kedua-duanya membantu perkembangan tulang yang sihat dan kuat.

    Kedua-duanya saling memerlukan kerana kalsium bergantung kepada vitamin D untuk diserap ke dalam badan.

    Protein

    Makanan tinggi protein terbaik untuk diambil kanak-kanak yang perlu menambah berat badan. 

    Antara pilihan makanan termasuklah telur, daging, mentega kacang, yogurt dan lebih banyak produk tenusu.

    Baca juga:

    Karbohidrat, antara vitamin untuk menaikkan berat badan anak

    Karbohidrat sumber tenaga hebat dan penting dalam perkembangan rutin pencernaan yang baik. Serat, gula dan kanji – memainkan peranan tersendiri dalam menghasilkan tenaga untuk badan. 

    Namun pilihan terbaik adalah serat dan kanji berbanding gula untuk diberikan kepada anak. Antara pilihan makanan seperti pasta, nasi, roti, bijirin dan kentang.

    Kesimpulan

    Setiap anak akan mempunyai berat berbeza kerana keunikan individu dan komposisi tubuh yang tersendiri.

    Paling penting, pastikan anda memberikan vitamin untuk menaikkan berat badan anak dalam diet harian mereka.

    Namun jika tumbesaran anak tidak seiring usianya, bawalah mereka mendapatkan pemeriksaan doktor untuk lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan