“Kenapa ya bibir saya tidak seperti orang lain? Ada ke cara memerahkan bibir hitam secara semula jadi? Rasa down sangat bila tengok muka sendiri dekat cermin…”
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
“Kenapa ya bibir saya tidak seperti orang lain? Ada ke cara memerahkan bibir hitam secara semula jadi? Rasa down sangat bila tengok muka sendiri dekat cermin…”
Bagi mereka yang mempunyai masalah ini, jangan risau! Bibir yang berwarna sedikit gelap merupakan satu perkara yang normal.
Sebenarnya, ada cara merahkan secara alami. Cara ini juga mudah, murah dan cepat!
Namun, sebelum itu, pasti ada antara kita yang tertanya-tanya – mengapa bibir kita gelap?
Ada banyak faktor yang menyebabkan bibir menjadi gelap. Antaranya ialah kurang minum air, pendedahan kepada cahaya matahari dan juga reaksi alahan.
Individu yang suka mengemam bibir atau merokok juga mempunyai masalah yang sama.
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai cara memerahkan bibir secara alami, menggunakan bahan-bahan semula jadi dan boleh ditemui di dapur!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Bibir yang lembut, nampak penuh dan berwarna merah jambu merupakan impian ramai orang.
Walau bagaimanapun, bukan semua orang mampu memiliki bibir yang cantik seperti apa yang kita lihat pada kaca televisyen.
Sebenarnya, sama seperti penjagaan wajah, bibir juga perlulah dijaga dengan sempurna. Jangan fokus 100% pada kulit wajah semata-mata. Bibir kita juga penting ya!
Antara cara memerahkan bibir yang boleh anda lakukan sendiri di rumah ialah:
Pastikan anda minum air dengan mencukupi sebelum mencuba sebarang tip yang bakal kami kongsikan di bawah.
Salah satu punca utama bibir menjadi kering dan merekah ialah kurangnya hidrasi.
Oleh sebab itu, pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ia bukan sahaja baik untuk bibir, kulit anda juga pasti akan merasai kesannya.
Selain itu, anda juga boleh memakai pelembap bibir yang mengandungi SPF untuk perlindungan daripada selaran matahari.
Skrub gula merupakan antara cara paling mudah untuk memastikan bibir sentiasa lembut dan berwarna merah jambu.
Jangan beli produk yang mahal-mahal. Sebenarnya, anda boleh DIY sendiri skrub gula di rumah. Campurkan 2 sudu teh gula dan 1 sudu teh madu. Skrub bibir secara perlahan-lahan.
Sebelum tidur, skrub dahulu bibir dengan gula. Kemudian, pakai pelembap bibir. Pada keesokan pagi, gunakan berus gigi anda untuk tanggalkan sel-sel kulit mati pada bibir.
Amalan ini bukan sahaja akan membuatkan bibir anda nampak lebih sihat, ia juga dapat meningkatkan peredaran darah pada kawasan bibir supaya ia nampak segar dan berwarna merah jambu.
Baca juga:
Campurkan 1 sudu aloe vera dan 1 sudu madu. Sapukan pada bibir. Biarkan selama 15 minit dan bilas denga air biasa.
Aloe vera dan madu merupakan bahan yang dapat menyegarkan dan melembapkan bibir.
Ia dapat membuatkan bibir nampak lembut dan sihat sekiranya digunakan dalam satu tempoh masa yang panjang.
Vitamin E merupakan pelembap yang sangat baik untuk bibir. Penggunaannya sangat ideal untuk mengurangkan masalah bibir kering dan merekah.
Di pasaran, ada banyak produk yang mengandungi vitamin E. Produk ini dapat membantu memastikan bibir lebih sihat dan berwarna merah jambu.
Selain itu, ia juga dapat mengurangkan garis-garis halus yang terbentuk pada permukaan bibir.
Menurut kajian, hanya 37% pengguna pelindung matahari akan menyapukannya pada kawasan bibir.
Pendedahan terhadap cahaya matahari boleh menyebabkan bibir menjadi kering dan mengalami hiperpigmentasi.
Untuk mengurangkan masalah ini, anda boleh gunakan pelindung matahari sedia ada pada kawasan bibir atau beli pelembap yang mengandungi SPF.
Selamat mencuba!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen