backup og meta

Fuh, Baru Jalan Sikit, Tapi Ketiak 'Lencun' Dek Peluh! Ini 5 Cara Mudah Untuk Atasinya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/12/2022

    Fuh, Baru Jalan Sikit, Tapi Ketiak 'Lencun' Dek Peluh! Ini 5 Cara Mudah Untuk Atasinya

    Alamak, malunya baju basah sebab terlalu banyak berpeluh! Ada ke cara hilangkan peluh ketiak supaya ia tak nampak obvious? Haa, pasti ada di antara kita yang menaip ‘ketiak berpeluh cara mengatasi’ di Google untuk solusi pantas, kan?

    Tenang, kami ada jawapannya untuk anda!

    Berpeluh merupakan proses semula jadi badan. Tubuh kita akan merembeskan peluh untuk menyejukkan badan, terutamanya pada waktu panas.

    Namun, ada juga di antara kita yang menghidap hiperhidrosis, satu kondisi yang menyebabkan anda berpeluh lebih banyak daripada biasa.

    Sebenarnya, ada banyak cara untuk mengurangkan peluh. Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan beberapa tip cara hilangkan peluh ketiak supaya anda tidak perlu lagi menanggung malu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.

    5 cara hilangkan peluh ketiak dengan efektif

    Jika anda ingin kurangkan masalah peluh, ada beberapa tip atau perubahan gaya hidup yang mungkin dapat membantu. Antaranya:

    1. Gunakan produk antipeluh (antiperspirant)

    cara hilangkan peluh ketiak

    Tahukah anda, antipeluh dan deodoran merupakan dua produk yang berbeza? Deodoran hanya dapat mengurangkan bau masam ketiak. Ia tidak akan menghentikan badan daripada berpeluh.

    Bagi mereka yang mempunyai masalah peluh berlebihan, tidak salah jika anda ‘invest’ sedikit pada produk antipeluh.

    Bahan yang terkandung di dalam antipeluh akan ‘menyumbat’ kelenjar peluh pada kawasan kulit. Jadi, peluh tidak akan keluar! Best kan!

    Tip pemakaian antipeluh:

    Produk antipeluh perlu dipakai sebelum badan berpeluh atau semasa ketiak kering. Jadi, elak pakai selepas mandi (sewaktu ketiak lembap). Jika tidak, kristal garam dalam produk tersebut tidak dapat berfungsi secara efisyen.
    Cuba pakai antipeluh pada waktu malam sebelum ke tempat kerja. Anda pasti dapat merasai perbezaannya!

    2. Minum air dengan mencukupi

    Pastikan anda minum air dengan mencukupi untuk mengurangkan peluh. Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan. Individu yang minum banyak air juga didapati tidak akan berpeluh dengan banyak!

    Ada cara untuk memastikan anda dapat minum air secukupnya. Anda boleh muat turun aplikasi di telefon bimbit atau gunakan ‘alarm’ untuk mengingatkan anda masa untuk minum air.

    Selain itu, elakkan minuman yang mengandungi kafein. Bahan ini boleh meningkatkan degupan jantung dan suhu badan serta membuatkan anda berpeluh dengan lebih banyak!

    Cara hilangkan peluh ketiak 3: Pilih material menyerap peluh

    Untuk mengelakkan peluh yang terlalu banyak, pilih baju yang longgar dan diperbuat daripada kapas atau linen. Ini merupakan cara hilangkan peluh ketiak yang paling mudah dan efektif.

    Elakkan pakaian yang diperbuat daripada material nilon, rayon atau sutera yang boleh menyebabkan anda rasa lebih panas dan berpeluh lebih banyak.

    Betul ke pakai baju warna hitam akan membuatkan anda lebih banyak berpeluh? Menurut pakar, mungkin tidak! Warna baju tidak akan memberikan impak yang besar terhadap suhu badan.

    Jadi, pakailah baju apapun mengikut mood anda. Tiada masalah!

    4. Duduk di kawasan yang sejuk

    cara hilangkan peluh ketiak

    Badan kita akan berpeluh jika kita rasa terlalu panas. Dengan menyejukkan badan, peluh dapat dikurangkan.

    Jika anda berada di dalam bangunan, cuba pasang kipas, guna pendingin hawa, buka tingkap atau mandi.

    Sama jugalah jika anda berada di luar rumah, jangan duduk di tengah panas! Berjalanlah di kawasan yang redup untuk mengurangkan peluh.

    Baca juga:

    Cara hilangkan peluh ketiak 5: Jangan makan makanan pedas

    cara hilangkan peluh ketiak

    Sebagai orang Malaysia, kita tidak dapat lari daripada makanan pedas. Nasi goreng, mi dan sebagainya, kalau tak pedas, tak sah!

    Menurut pakar, makanan yang pedas boleh menyebabkan kita berpeluh dengan lebih banyak. Malah, ia boleh meningkatkan suhu teras badan dan kadar degupan jantung kita.

    Makanan berlemak juga mempunyai efek yang sama. Disebabkan ia sukar untuk diproses, badan kita memerlukan lebih banyak tenaga untuk mencerna lemak yang dimakan. Sebab itulah, badan kita akan berpeluh lebih banyak!

    Nak pastikan badan sentiasa sejuk? Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia mengandungi banyak air dan boleh membantu menyejukkan badan.

    Kami harap, tip kami di atas dapat membantu anda mengurangkan masalah peluh. Jadi, tidak perlu lagi anda cari ‘ketiak berpeluh cara mengatasi’ secara atas talian! Semoga berjaya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan