Apabila kondisi ini berlaku, bibir anda mungkin akan menunjukkan simptom seperti yang berikut:
- Pengelupasan
- Pendarahan
- Kekeringan
- Kemerahan
- Kegatalan
- Kebengkakan
- Ulser
- Nanah
Dalam kes yang lebih kronik, bahagian tepi hujung bibir anda yang terjejas akan meradang dengan sangat teruk sekali gus membentuk imej seakan bibir yang jauh lebih lebar berbanding asal.
Kebiasaannya, doktor akan memberi ubatan dan rawatan bagi melawan infeksi kulat. Dalam masa yang sama juga, sila elak daripada faktor-faktor risiko di atas supaya tidak bertambah teruk.
Bagaimana cegah bibir pecah dan kering?
Sekiranya benar bahawa ia adalah akibat kondisi Cheilitis, maka sila jumpa doktor untuk diagnosis dan jika tidak, anda hanya perlu fokus pada cara untuk mengembalikan kelembapan pada bibir.
Sebenarnya, ia mungkin tidak sukar kerana anda hanya perlu mengelakkan daripada meneruskan tabiat-tabiat buruk di atas tadi dan fokus kepada pengambilan air dan nutrisi yang cukup.
Ini kerana dehidrasi dan malnutrisi adalah dua faktor utama bibir pecah dan kering. Oleh itu, sila pastikan anda minum air kosong lebih banyak di samping mengamalkan diet seimbang.
Penggunaan lip balm

Buat anda yang mungkin belum tahu, sudah ada satu produk yang amat sesuai buat individu yang sering kali mengalami masalah bibir pecah dan kering yakni balsam bibir atau lip balm!
Produk ini sangat penting terutama ketika di luar rumah pada waktu siang atau sedang tidur pada waktu malam. Namun, pastikan juga produk yang anda pilih itu sesuai dengan kondisi bibir.
Sebaiknya, elak daripada gunakan balsam bibir yang mengandungi bahan-bahan seperti pewarna, pewangi, pudina, menthol, camphor dan lain-lain yang cuma akan membuatkan bibir lebih teruk.
Konklusinya, memang benar ia mungkin petanda penyakit di atas itu tadi atau sekadar kekeringan yang biasa sahaja. Untuk lebih pasti, dapatkan informasi dan nasihat lanjut daripada doktor.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen