Diuji dengan penyakit kanser sudah pasti akan memberikan tamparan hebat buat siapa pun yang mengalaminya. Selain berdepan dengan komplikasi fizikal, mental dan emosi pesakit juga bakal turut terkesan. Justeru, bagi membantu mereka menguruskan penyakit dengan sebaiknya, sokongan dan bantuan untuk pesakit kanser adalah sangat diperlukan selain daripada kata kata semangat untuk pesakit kanser.
Bersempena dengan 13th Malaysian International Conference on Holistic Healing in Cancer 2023, Hello Doktor berpeluang mendapatkan penerangan mengenai penjagaan kesihatan emosi dalam pengurusan kanser daripada dua orang pakar perubatan iaitu Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Profesor Dato’ Dr. Andrew Mohanraj dan Pensyarah Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Suresh Govind.
Kedua-dua pakar ini berkongsi pandangan dan nasihat mengenai bantuan untuk pesakit kanser dalam aspek kesihatan mental dan kata kata semangat untuk pesakit kanser. Berikut adalah hasil temu bual bersama dua orang pakar perubatan ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.
Bantuan untuk pesakit kanser dari aspek kesihatan mental
Profesor Dato’ Dr. Andrew Mohanraj memberikan penjelasan mengenai peranan kesihatan mental dalam memastikan kesejahteraan pesakit kanser sebagai bantuan untuk pesakit kanser yang utama.
Berikut adalah hasil temu bual bersama beliau:
Bagaimanakah diagnosis kanser biasanya memberi kesan kepada kesejahteraan mental dan emosi penghidap kanser?
Profesor Dato’ Dr. Andrew Mohanraj: Kesejahteraan mental dan emosi penghidap kanser sewaktu disahkan menghidap kanser akan terjejas teruk akibat keterukan masalah fizikal yang timbul daripada gejala berkaitan kanser.
Terdapat juga kebimbangan mengenai imej tubuh yang berlaku akibat daripada rawatan yang dijalani.
Selain itu, isu kewangan yang disebabkan oleh rawatan yang mahal dan berpanjangan juga boleh menjejaskan kesejahteraan mental pesakit.
Tahap emosi yang semakin lemah boleh berkaitan dengan kepercayaan agama dan budaya penghidap kanser selain penerimaan mereka terhadap prognosis dan juga kematian.
Adakah terdapat sebarang cabaran kesihatan emosi atau mental yang biasa dihadapi oleh pesakit kanser selepas diagnosis, dan bagaimanakah perkara ini boleh ditangani?
Profesor Dato’ Dr. Andrew Mohanraj: Kemurungan dan kebimbangan klinikal adalah perkara yang biasa berlaku dalam kalangan mereka yang didiagnosis dengan kanser.
Di samping itu, peningkatan stres juga mungkin berlaku disebabkan oleh isu perhubungan terutamanya hubungan suami isteri.
Selain itu, ia juga melibatkan kebimbangan tentang pekerjaan, juga beban yang diberikan oleh keluarga.
Mencederakan diri sendiri sama ada dengan tujuan membunuh diri atau tidak juga adalah perkara biasa dalam kalangan mereka yang didiagnosis dengan kanser dengan prognosis buruk.
Bagaimanakah kesejahteraan emosi mempengaruhi perjalanan rawatan pesakit kanser/bantuan untuk pesakit kanser?
Profesor Dato’ Dr. Andrew Mohanraj: Sebaik sahaja fasa penafian dan kemarahan berkurangan, penerimaan terhadap keadaan yang dialami boleh membantu dalam perjalanan rawatan dan prognosis keseluruhan.
Penerimaan pesakit juga boleh bertindak sebagai bantuan untuk pesakit kanser kerana ia menggalakkan pematuhan kepada rawatan untuk mengehadkan penyebaran kanser bagi prognosis yang lebih baik.
Sebaliknya, jika fasa penerimaan ini tidak dicapai, kemurungan dan kebimbangan boleh menjejaskan motivasi pesakit untuk dirawat dan ini boleh mengakibatkan prognosis yang buruk bagi keadaan tersebut.
Apakah intervensi atau terapi yang anda cadangkan untuk pesakit kanser bagi menguruskan kesihatan mental dan emosi mereka?
Profesor Dato’ Dr. Andrew Mohanraj: Kejayaan terapi untuk penghidap kanser selalunya bergantung kepada tindak balas keluarga terhadap rawatan serta penjagaan kejururawatan yang diterima.
Pesakit dan ahli keluarga juga perlu dimaklumkan tentang keterukan keadaan yang dialami dan gejala yang mungkin timbul akibat kanser tersebut.
Sewaktu sesi rawatan, isu-isu mengenai kejadian yang boleh berulang perlu dibincangkan.
Selain itu, menetapkan matlamat yang realistik, menjadi sebahagian daripada kumpulan sokongan, dan mendapatkan sokongan rohani dan agama akan mengukuhkan kesejahteraan mental pesakit sewaktu menerima intervensi psikologi berstruktur seperti Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT).
Selain perkara-perkara di atas, bantuan kepada pesakit kanser profesional untuk keadaan klinikal seperti:
- kemurungan
- kebimbangan
mestilah tidak boleh diabaikan.
Peranan psikoneuroimunologi sebagai bantuan untuk pesakit kanser
Profesor Dr. Suresh Govind pula memberikan pandangan beliau mengenai sokongan terhadap emosi penghidap kanser daripada perspektif psikoneuroimunologi.
Berikut adalah penjelasan lanjut daripada beliau:
Apa itu psikoneuroimunologi, dan bagaimanakah ia memainkan peranan sebagai bantuan untuk pesakit kanser dalam memahami kesihatan mental dan kesejahteraan mereka?
Profesor Dr. Suresh Govind: Dahulunya, setiap disiplin ilmu bersifat terpisah. Akan tetapi sejak kebelakangan ini, pakar-pakar mula memahami bahawa semua disiplin yang berbeza ini mempunyai hubungan antara satu sama lain.
Semua fungsi sistem imun mempunyai hubungan langsung atau tidak langsung dengan aspek psikologi.
Jadi, di sinilah pakar-pakar mula memperkenalkan subjek psikoneuroimunologi untuk menunjukkan bahawa proses berfikir mempunyai pengaruh terhadap sistem saraf dan juga sistem imunologi.
Sekarang, ini adalah bidang yang sangat penting kerana apabila kita mengetahui bahawa ia mempunyai perkaitan, ia menunjukkan bahawa kita perlu memberi perhatian kepada cara kita berfikir.
Apakah faktor utama psikoneuroimunologi yang mempengaruhi kesihatan mental penghidap kanser semasa diagnosis, rawatan dan proses pemulihan mereka?
Profesor Dr. Suresh Govind: Biasanya, apabila seseorang memberitahu yang kita terkena sesuatu penyakit, kita akan mula melihat orang di sekeliling dan membandingkan diri kita dengan orang lain yang berkemungkinan lebih teruk atau menemui kematian. Jadi, kita mula kehilangan harapan.
Fikiran kita pula akan mula menerima tanggapan putus asa tersebut.
Apabila kita mula mempunyai pemikiran putus asa ini, kita akan turut kehilangan rasa positif dalam diri.
Hal ini akan memburukkan lagi keadaan mental anda yang akhirnya akan membuatkan penyakit lain untuk berkembang dengan lebih cepat.
Tetapi apabila fikiran anda positif, minda akan bekerjasama dengan anda untuk menyembuhkan badan dengan lebih cepat.
Kita memerlukan minda untuk menjadi kolaborator untuk menyihatkan badan. Apabila anda melakukan seperti ini, anda akan mempunyai pemikiran yang positif dan boleh melalui perjalanan kanser dengan baik.
Fokus yang berterusan kepada pemikiran yang positif akan meningkatkan keupayaan anda untuk berdaya tahan dan menjadi bantuan untuk pesakit kanser yang utama.
Bagaimana untuk kekal bermotivasi bagi mereka yang melawan kanser tanpa terlalu risau tentang keadaan mereka?
Profesor Dr. Suresh Govind: Untuk permulaannya, kita perlu mula mencari apakah tujuan hidup kita sebagai bantuan untuk pesakit kanser yang utama.
Sebaik sahaja kita mula menemui tujuan hidup kita, kita sebenarnya sedang memindahkan sistem tubuh kita ke tahap yang lebih baik.
Sebagai contoh, kita suka membuat kerja-kerja kesukarelawanan kerana tujuannya untuk membantu orang lain.
Dengan itu, secara tidak langsung tubuh menyedari bahawa dirinya perlu terus kuat seperti biasa untuk memberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain.
Harapan dan tujuan seperti ini memberikan anda makna untuk terus sembuh dan menjalani hidup dengan lebih bersemangat.
Selain itu, kata kata semangat untuk pesakit kanser daripada ahli keluarga juga sangat membantu dalam hal ini.
Kesihatan mental adalah bantuan untuk pesakit kanser yang utama
Menurut Profesor Dato’ Dr. Andrew Mohanraj, perjalanan kanser setiap individu adalah unik, dan perkara yang paling berkesan untuk seseorang itu mungkin tidak berkesan kepada orang lain.
Jadi, adalah penting untuk mencari gabungan strategi yang sesuai untuk pesakit dan bersikap terbuka untuk menyesuaikannya mengikut keperluan sepanjang perjalanan melawan kanser.
Pesakit kanser perlu bekerjasama dengan pasukan penjagaan kesihatan untuk menangani kedua-dua keperluan fizikal dan emosi.
Ini kerana kedua-duanya sangat penting sewaktu fasa yang mencabar ini.