home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ada Tempoh Kemurungan Normal Selepas Bersalin; Seminggu, Sebulan @ Lebih Lama? Baca Kajian Ini

Ada Tempoh Kemurungan Normal Selepas Bersalin; Seminggu, Sebulan @ Lebih Lama? Baca Kajian Ini

Selepas melahirkan anak adalah waktu penjagaan penting yang perlu diberi keutamaan atau ibu mungkin meroyan selepas bersalin.

Ada yang menganggap keadaan itu akan pulih dengan sendirinya.

Hakikatnya andai dibiarkan tanpa rawatan yang betul, wujud risiko untuk berterusan. Bahkan ia juga boleh memberi kesan kepada anak.

Keadaan ibu selepas melahirkan anak

Ramai wanita mengalami perubahan emosi, kegelisahan dan tangisan air mata selepas beberapa minggu melahirkan anak.

Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang, gejala ini boleh berterusan dan menjadi lebih parah yang menunjukkan masalah kemurungan selepas bersalin atau meroyan.

Berdasarkan satu kajian klinikal, biasanya keadaan tersebut akan bermula dalam tempoh 3 bulan pertama selepas kelahiran anak.

Keadaan meroyan adalah penyakit mental yang serius.

Ia berbeza dengan baby blues – perasaan sedih, keletihan dan kegelisahan yang menjejaskan sehingga 80% wanita setelah melahirkan anak dan akan hilang dalam tempoh masa 3 hingga 5 hari.

Meroyan selepas bersalin

Tekanan yang dialami selepas bersalin atau postpartum depression (PPD), adalah bentuk kemurungan klinikal yang bermula selepas kelahiran bayi.

Antara gejala biasa termasuklah:

Walaupun masih tidak dapat dipastikan apakah punca utama di sebalik meroyan selepas bersalin, namun seperti masalah depresi lain, pastinya ia didasari oleh beberapa perkara berbeza.

Tempoh selepas melahirkan anak adalah masa di mana ibu terdedah dengan pelbagai penyebab utama PPD klinikal.

Antaranya seperti perubahan biologi, tekanan melampau dan perubahan besar dalam kehidupan yang berlaku sekali gus.

meroyan

Bilakah meroyan selepas bersalin boleh berlaku?

PPD boleh bermula sebaik sahaja selepas anda melahirkan anak.

Tetapi anda mungkin tidak menyedarinya kerana menganggap adalah 1 keadaan biasa untuk berasa sedih dan keletihan pada beberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan.

Mungkin selepas fasa baby blues berakhir, barulah anda menyedari bahawa sesuatu yang lebih serius sedang berlaku.

Tempoh berpantang adalah termasuk 4 hingga 6 minggu selepas kelahiran anak dan kebanyakan kes kemurungan selepas bersalin berlaku dalam waktu itu.

Pun begitu, PPD juga boleh berkembang semasa kehamilan dan sehingga setahun selepas anak dilahirkan.

Jadi sebaiknya, jangan abaikan perasaan anda jika menyedari sesuatu yang tidak kena atau di luar kebiasaan.

Kajian mengenai tempoh kemurungan selepas melahirkan anak

Oleh sebab kemurungan boleh berlaku pada bila-bila masa daripada beberapa minggu hinggalah 12 bulan setelah bersalin, jadi tidak dapat ditentukan berapa lama ia akan berlanjutan.

Dalam kajian tinjauan yang dilakukan pada 2014, menunjukkan gejala PPD bertambah baik dari masa ke masa, dengan banyak kes depresi dapat dirawat dalam tempoh 3 hingga 6 bulan setelah ia bermula.

Melalui tinjauan yang sama, terdapat bukti menunjukkan bahawa terdapat wanita mengalami gejala meroyan selepas bersalin lebih daripada tempoh 6 bulan.

Dianggarkan 30 hingga 50% wanita mengalami PPD sehingga tempoh setahun selepas melahirkan anak.

Manakala, kurang daripada separuh wanita yang terlibat dalam kajian dilaporkan mengalami PPD selepas 3 tahun bersalin.

melahirkan anak

Lama atau sekejap?

Garis masa untuk wujudnya masalah meroyan selepas melahirkan anak adalah berbeza bagi setiap individu.

Sekiranya anda mempunyai faktor risiko tertentu, anda mungkin akan mendapat PPD yang dialami berlanjutan lebih lama walaupun dengan rawatan.

Tahap keterukan simptom dan tempoh masa ia berlaku sebelum memulakan rawatan turut boleh mempengaruhi jangka masa untuk anda mengalami isu kemurungan selepas bersalin.

Antara faktor risikonya adalah seperti:

  • Sejarah kemurungan atau penyakit mental lain
  • Kesukaran menyusukan anak
  • Proses kehamilan atau kelahiran yang rumit
  • Kurang sokongan daripada pasangan, ahli keluarga atau rakan
  • Perubahan hidup lain yang berlaku dalam tempoh berpantang seperti berpindah atau kehilangan pekerjaan
  • Sejarah PPD selepas kehamilan terdahulu

Tiada formula tertentu untuk menentukan siapa yang akan mengalami PPD atau siapa yang tidak mahupun, berapa lama ia akan berlangsung.

Tetapi dengan rawatan yang betul, terutamanya pada peringkat awal, ia pastinya dapat memberikan anda kelegaan walaupun berdepan salah satu faktor risiko di atas.

Namun, apakah bahayanya jika kemurungan ini berlanjutan untuk tempoh masa yang lama?

Meroyan selepas bersalin beri kesan kepada anak

Masalah kemurungan yang dialami boleh mempengaruhi hubungan awal antara ibu dan anak.

meroyan selepas bersalin

Menurut Women’s Health, seorang anak mungkin akan mengalami perkara berikut jika ibu mereka berdepan kemurungan yang tidak dirawat:

Mencari dan mendapat bantuan untuk merawat PPD yang dialami selepas melahirkan anak dapat menjaga kesejahteraan mental ibu dan bayi.

Jangan pandang remeh

Kemurungan selepas bersalin boleh menjejaskan ramai wanita.

Tanpa rawatan yang betul, ia boleh berterusan selama berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun.

Jika anda atau individu yang dikenali mempunyai kebimbangan mengenai perasaan mereka, dapatkan rundingan pakar atau doktor.

Merawat masalah depresi yang dialami mempunyai banyak manfaat kepada wanita, bayi dan keluarga dalam tempoh jangka masa panjang.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 02/02/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x