Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Teknik Semarakkan Hubungan Suami Isteri Dengan Belai 'Bird' Suami, Ini 9 Rahsianya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 3 minggu lalu

    Teknik Semarakkan Hubungan Suami Isteri Dengan Belai 'Bird' Suami, Ini 9 Rahsianya!

    Teknik hisap kemaluan atau lebih diketahui sebagai blowjob boleh menyemarakkan hubungan seksual suami isteri.

    Ia merupakan salah satu teknik yang perlu dicuba oleh mana-mana pasangan.

    Ketika anda sedang hisap kemaluan pasangan, terdapat beberapa perkara atau rahsia yang mungkin tidak diketahui.

    Rahsia ini boleh mempengaruhi tahap kenikmatan hubungan seksual dan mood ketika melakukannya.

    Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Nota penafian: Artikel ini ditulis untuk tujuan perbincangan berkenaan dengan topik hubungan seksual. Ia bukan satu bentuk galakan terutamanya kepada mereka yang belum berkahwin.

    #1 Pasangan tampak di awang-awangan ketika anda hisap kemaluan

    Kadang kala mereka nampak seperti hendak tidur.

    Seperti urutan badan selepas hari yang memenatkan, tindakan menghisap kemaluan sewaktu hubungan seksual dianggap perkara yang menenangkan.

    Malah, ada pasangan yang menganggap komponen seks oral tersebut merupakan segmen paling menarik dalam seks.

    Jika anda lihat pasangan sedang berbaring dan seperti hendak terlelap, mereka bukan bosan.

    Secara tidak langsung, ia merupakan satu pujian yang tidak terungkap dek kata-kata.

    Yelah, nak menahan supaya tak keluar awal, kan?

    #2 Pastikan pasangan anda tahu perancangan anda

    hisap kemaluan

    Bukan apa, takut nanti disuanya kemaluan and terejakulasi hingga terkena muka pasangan sendiri.

    Seperti dirty talk (cakap kotor), anda boleh berinteraksi manja dengan pasangan sambil memberitahu perancangan seksual anda.

    Bukan senang pasangan anda hendak mendengar apa yang anda ungkapkan ketika kemaluan mereka sedang dihisap.

    Pastikan ayat anda ringkas dan mudah difahami.

    Seperti orang yang terkena serangan sawan, sukar untuk pasangan terutamanya lelaki mengawal tindakan badan mereka ketika hendak mencapai orgasme kesan daripada blowjob.

    #3 Testis lelaki adalah butang orgasme semula jadi

    Mungkin ada lelaki yang sukar untuk mencapai klimaks dengan hanya menghisap kemaluan.

    Bagi pasangan sebegitu, anda boleh menggandakan usaha anda. Urut lembut testis mereka.

    Mungkin mereka sendiri tidak sedar bahawa ia merupakan butang semula jadi untuk orgasme.

    Jika pasangan anda mudah untuk berejakulasi, elakkan daripada mengurut alat tersebut bagi menikmati tahap kerangsangan maksimum untuk satu jangka masa yang panjang.

    #4 Kenapa lelaki suka pasangan hisap kemaluan? Sebab mereka boleh bermalas

    hisap kemaluan

    Badan kita memang suka akan kenikmatan yang boleh dicapai dengan usaha yang sedikit.

    Perkara ini termasuklah tindakan hisap alat sulit.

    Pasangan lelaki hanya perlu berbaring atau duduk di satu permukaan dan biarkan si dia bekerja.

    Nikmati saat tersebut sebaik mungkin kerana anda akan menggunakan tenaga yang jauh lebih banyak ketika mendayung sekejap lagi.

    #5 Tidak kira seberapa teruk pun teknik blowjob anda, mereka tetap suka

    Selagi anda tidak menghantukkan kepala anda kepada alat sulit mereka, mereka tetap suka.

    Cuma, seperti teknik yang lain, tiada siapa yang terus pandai hisap kemaluan pasangan.

    Jika anda berdua komited terhadap teknik ini, biarkan pasangan anda belajar dan kenal pasti gaya yang menjadi kegemaran anda.

    Sedikit sebanyak, anda boleh memberikan idea.

    Cuma, elakkan daripada menggunakan gigi ketika blowjob kecuali pasangan anda menggemarinya.

    Buat sesetengah individu perkara tersebut agak mengilukan.

    Artikel lain:

    #6 Kebanyakan lelaki berusaha keras menahan orgasme

    Jika mereka beronani, kebiasaannya pasangan anda sudah mencapai klimaks dalam 3 hingga 10 minit.

    Namun, anda akan sedar bahawa mereka boleh menahan orgasme ketika anda hisap alat sulit mereka.

    Perkara itu tampak mudah namun ia sukar. Lihat sahajalah muka mereka berkerut menahan letusan nikmat.

    Tip, jika mereka terpancut awal, jangan berhenti. Teruskan sahaja.

    Walaupun lelaki kebiasaannya lembik selepas orgasme, mereka masih boleh menikmati hisapan selepas orgasme.

    #7 Kurangkan menjilat, banyakkan hisap

    Walaupun lidah memberikan kenikmatan sensual yang tidak terhingga, kebanyakan lelaki lebih suka pasangan hisap daripada menjilat.

    Mungkin teknik menjilat tampak mengghairahkan, namun hakikatnya, ia tidak memuaskan.

    Jarang ada lelaki yang mencapai orgasme dengan hanya menjilat.

    Mereka memerlukan rangsangan lebih.

    Namun, jika anda tidak selesa hendak hisap alat sulit pasangan, beritahu perkara tersebut.

    Hubungan seksual sepatutnya dipersetujui oleh kedua-dua pasangan.

    Jika salah seorang tidak suka, cuba teknik lain. Ada lebih daripada 100 teknik untuk mencapai kenikmatan dalam hubungan seksual.

    #8 Puji ketika hisap kemaluan mereka

    hisap kemaluan

    Salah satu daripada perkara yang anda perlu lakukan.

    Tidak kiralah seberapa besar atau kecil pun kemaluan mereka, puji dan teruskan merangsang alat tersebut.

    Ia nampak mengghairahkan dan boleh memberikan satu bentuk kepuasan seksual jika dibuat dengan betul.

    Sama juga lah suami terhadap isteri. Anda juga perlu memuji isteri anda tidak kira seberapa besar pun payudara mereka.

    Hargai apa yang anda ada sekarang.

    #9 Lelaki selalunya ragu adakah perlu klimaks atau ini sekadar foreplay

    Bukan mudah nak menahan dan dalam masa yang sama buat keputusan sama ada hendak klimaks atau teruskan dengan teknik lain.

    Lebih sukar lagi apabila anda tidak tahu sama ada pasangan yang hisap zakar hanya mahu merangsang atau membuatkan anda orgasme.

    Oleh sebab itu penting untuk si isteri berkongsi tentang apa yang ingin dilakukan.

    Tak pasal-pasal nanti terejakulasi di dalam mulut. Bukan semua individu suka akan hal itu.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 3 minggu lalu

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan