Walaupun ada sesetengah kes di mana penyakit kronik tersebut dijangka akan membawa maut, namun penjagaan ini mampu memberikan kehidupan yang lebih baik.
Apa itu penjagaan hospis?
Untuk pengetahuan anda, apa itu penjagaan hospis adalah terma penjagaan pesakit kronik yang boleh dikategorikan akan mengancam nyawa.
Ia menyasarkan bagi memberikan individu keselesaan menjalani sisa baki kehidupan ekoran sudah tahu bahawa penyakit kronik itu akan meragut nyawa.
Kebiasaannya, individu yang perlu berada dalam penjagaan hospis adalah mereka yang mempunyai masa kurang dari 6 bulan untuk meneruskan kehidupan.
Kelazimannya, mereka ini akan ditempatkan di rumah sendiri dan ahli keluarga serta profesional akan menjaga mereka sehingga ke akhir hayat.
Ini bermakna penjagaan hospis adalah untuk mereka yang sudah berada di ambang maut dan memerlukan sokongan terutamanya dari aspek rohani.

Apa beza di antara kedua-duanya?
Baiklah, sekarang kita semua mungkin sudah cakna mengenai apa itu penjagaan paliatif serta penjagaan hospis.
Buat anda yang mungkin masih belum dapat tahu beza di antara kedua-duanya ini, sila teruskan membaca penerangan kami di bawah.
Perbezaan yang paling ketara di antara kedua kaedah penjagaan ini adalah pada waktu ia boleh diterima oleh penderita penyakit kronik.
Penjagaan paliatif
Ia akan boleh diterima pada saat anda sedang atau telah didiagnosis penyakit kronik itu sendiri.
Dalam erti kata yang lebih mudah, ia tidak langsung bergantung kepada tahap keterukan penyakit kronik yang dihadapi oleh anda.
Penjagaan hospis
Ia hanya boleh diterima pada ketika anda berada pada ambang maut akibat penyakit kronik itu sendiri.
Dalam erti kata yang lebih mudah, ia adalah pilihan yang boleh dibuat apabila tiada lagi sebarang penawar atau rawatan untuk dicuba.
Konklusinya, penjagaan paliatif akan boleh diterima pada saat anda tahu kewujudan penyakit kronik manakala penjagaan hospis hanya boleh diterima pada saat anda tahu ia sudah tidak boleh dirawat lagi.
Penjagaan ini adalah cara meredakan kesakitan
Walaupun terdapat perbezaan yang ketara, objektif kedua-dua penjagaan ini adalah sebagai cara meredakan kesakitan yang dialami penderita.
Kedua-duanya akan memberikan pesakit rawatan atau ubatan untuk meredakan kesakitan contohnya ibuprofen, oxycodone atau morfin.
Pun begitu, ubatan terkawal seperti opioids akan menjadi satu kebimbangan kerana pakar mengesyaki ia boleh mendatangkan ketagihan.
Namun ketahuilah bahawa ia mempunyai kesan sampingan yang agak teruk seperti pening kepala, sembelit, cirit-birit atau muntah-muntah. Disebabkan itu, sila berbincang dengan doktor anda sebelum meminta untuk mengguna sebarang rawatan atau ubatan bagi elak sebarang komplikasi ya?
Kesimpulannya, apa itu penjagaan paliatif dan penjagaan hospis adalah dua perkara yang hampir sama namun ternyata berbeza. Kedua-duanya adalah berkaitan dengan penjagaan pesakit yang sedang menderita penyakit kronik seperti yang kami nyatakan di atas.
Perbezaannya adalah pada ketika bila kalian menerima sebarang rawatan tersebut demi keselesaan dan kehidupan yang lebih baik.