Seorang wanita boleh mengurangkan risikonya untuk kanser payudara dengan mengambil lebih banyak makanan yang terbukti melawan kanser. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui 5 makanan elak kanser payudara.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.
5 makanan elak kanser payudara
Sebenarnya terdapat banyak faktor dikaitkan dengan perkembangan kanser payudara.
Diet secara umumnya boleh meningkatkan kesihatan keseluruhan anda dan dianggap sebagai antara cara untuk mengurangkan risiko kanser.
Walaupun anda mengamalkan diet kaya nutrien, namun anda masih perlu melakukan pemeriksaan kanser payudara secara berkala seperti mamogram dan pemeriksaan manual.
Bercakap mengenai pemakanan, terdapat beberapa vitamin dan nutrien boleh mengurangkan risiko untuk kanser payudara.
1. Sayuran, antara 5 makanan elak kanser payudara
Sayuran hijau berdaun gelap
Sayuran jenis ini dipercayai boleh melawan kanser payudara. Daunnya sarat dengan antioksidan yang mampu memusnahkan radikal bebas penyebab kanser.
Sayuran berdaun gelap termasuk:
- Bok choy
- Kale
- Sayur sawi
- Bayam
Sayur allium
“Allium” merupakan perkataan Latin untuk bawang putih. Namun terdapat lebih banyak sayuran lain tergolong dalam keluarga allium yang boleh menurunkan risiko kanser.
Sayuran jenis ini mengandungi vitamin C dan antioksidan yang tinggi. Ia juga mempunyai sebatian sulfur yang boleh menghalang pembekuan darah dan menguatkan sistem imun.
Antara sayur allium adalah:
- Daun kucai
- Daun bawang
- Bawang putih
- Bawang besar
- Bawang merah
Sayuran cruciferous
Sayuran cruciferous dianggap sebagai makanan yang boleh dimakan oleh pesakit kanser payudara. Ini kerana ia dapat membentuk sebatian khas (selepas dikunyah dan dihadam), yang berfungsi melawan dan mencegah kanser.
Menurut National Cancer Institute, kumpulan sayuran ini boleh menghalang kerosakan sel, mengurangkan keradangan dan memusnahkan sel-sel kanser berbahaya.
Ia juga boleh menyahaktifkan karsinogen (bahan penyebab kanser) dan menghalang saluran darah daripada terbentuk di dalam tumor.
Antara pilihan sayuran adalah:
- Brokoli
- Pucuk Brussels
- Kubis
- Kubis bunga
- Kale
- Lobak
- Selada air (Watercress)
[embed-health-tool-bmi]
2. Beri bantu elak kanser payudara
Beri mengandungi antioksidan dan vitamin yang boleh melindungi sel, membaiki sel yang rosak, dan memperlahankan penyebaran sel kanser.
Beri dengan warna lebih gelap mempunyai 50% lebih antioksidan daripada yang berwarna cerah. Dipercayai beri biru dan beri hitam boleh memusnahkan tumor payudara dan sel-sel kanser.
Anda digalakkan untuk memilih beri segar berbanding yang dikeringkan kerana kandungan gula tambahannya lebih tinggi dan hanya mengandungi sedikit nutrien.
Antara pilihan beri seperti:
- Beri hitam
- beri biru
- Kranberi
- Raspberi
- Strawberi
3. Buah sitrus, 5 makanan elak kanser payudara
Buah sitrus mengandungi vitamin C, folat, kalsium dan banyak nutrien lain yang boleh mencegah dan melawan kanser payudara.
Contoh buah sitrus:
- Tangerin
- Limau gedang
- Limau kumkuat
- Lemon
- Limau nipis
- Oren
- Pomelo
Baca juga: