Wabak pandemik yang melanda dunia pada masa kini mewujudkan rasa bimbang dalam diri setiap individu. Tetapi benarkah pesakit diabetes berisiko untuk mengalami komplikasi COVID-19 yang lebih serius?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Penyakit kronik & wabak pandemik COVID-19
Sejak jangkitan pertama COVID-19, lebih 23 juta individu di seluruh dunia dijangkiti wabak pandemik ini.
Dalam kes jangkitan yang teruk, COVID-19 boleh menyebabkan infeksi pada paru-paru (radang paru-paru), kegagalan buah pinggang dan juga kematian. Sehingga kini, masih tiada lagi vaksin untuk virus ini.
Tanpa mengira usia, setiap individu berisiko untuk dijangkiti wabak ini.
Umumnya, lebih daripada 80% kes jangkitan COVID-19 melibatkan gejala ringan seperti selesema biasa.
Walau bagaimanapun, lebih 15% kes jangkitan menunjukkan komplikasi COVID-19 lebih teruk dan sekitar 5% daripadanya mencetuskan penyakit kritikal.
Individu lebih berusia dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada seperti diabetes, penyakit jantung dan asma, adalah lebih terdedah untuk mengalami sakit teruk disebabkan virus COVID ini.
Pesakit diabetes akan terima komplikasi COVID-19 yang teruk?
Apabila pesakit diabetes mengalami jangkitan virus, ia lebih sukar untuk diubati kerana penurunan kadar glukosa dalam darah dan kemungkinan kerana wujudnya komplikasi kencing manis.
Terdapat 2 sebab yang mencetuskan komplikasi ini. Pertamanya, sistem daya tahan tubuh menurun, menjadikan usaha untuk melawan virus bertambah sukar dan mengakibatkan tempoh pemulihan lebih lama.
Kedua, virus COVID-19 boleh berkembang dalam persekitaran peningkatan glukosa darah.
Pun begitu, risiko untuk jatuh sakit kesan komplikasi COVID-19 boleh dielakkan jika penyakit kencing manis dikawal dengan baik.
Baca juga:
-
Bahayanya Diabetes, Bukan Menyerang Jantung Atau Ginjal Sahaja, Malah Organ Lain Juga!” data-url=”https://hellodoktor.com/kencing-manis/komplikasi-diabetes/”>Bahayanya Diabetes, Bukan Menyerang Jantung Atau Ginjal Sahaja, Malah Organ Lain Juga!
-
Nak Jaga Pesakit Diabetes Jenis 2 Bukan Sesuatu Yang Mudah, Cara Penjagaan Ini Perlu Anda Tahu” data-url=”https://hellodoktor.com/kencing-manis/diabetes-jenis-dua/penjagaan-pesakit-diabetes/”>Nak Jaga Pesakit Diabetes Jenis 2 Bukan Sesuatu Yang Mudah, Cara Penjagaan Ini Perlu Anda Tahu
Impak penyakit diabetes
Sekiranya pesakit diabetes atau kencing manis tidak menguruskan masalah kesihatan mereka dengan baik dan mengalami turun naik kadar gula dalam darah, ia sekali gus meningkatkan risiko komplikasi berkaitan diabetes.
Bahkan, diabetes dan penyakit jantung adalah antara penyakit utama yang menjadi punca kematian akibat COVID-19.
Penghidap kencing manis yang dijangkiti COVID-19 juga boleh mendapat komplikasi daripada penyakit diabetes itu sendiri.
Antara masalah yang boleh dialami adalah seperti kandungan glukosa terlalu tinggi atau rendah (hipoglisemia) serta komplikasi ketoasidosis kencing manis.
Menghidap penyakit diabetes dan dijangkiti COVID-19
Seandainya anda mengalami sebarang gejala COVID-19 termasuk demam, batuk atau sesak nafas, lakukan pemeriksaan dengan segera.
Anda harus menyedari bahawa sebarang jangkitan boleh meningkatkan kadar glukosa badan. Jadi anda perlu sentiasa berwaspada dengan sebarang perubahan yang berlaku pada tubuh.
Di samping itu, individu dengan penyakit diabetes juga perlu sentiasa memantau tahap keton.
Ia adalah bahan kimia berasid yang dihasilkan hati apabila badan tidak mempunyai jumlah insulin mencukupi untuk menukar gula kepada tenaga.
Jika anda mengalami gejala berikut, segera dapatkan rawatan perubatan:
- Jumlah keton sederhana atau tinggi
- Gejala ketoasidosis kencing manis seperti keletihan, rasa lemah dan sakit badan, muntah atau sakit perut
- Sesak nafas yang teruk
Cara terbaik untuk kekal sihat semasa penularan wabak pandemik ini adalah menguruskan kesihatan secara proaktif.
Ia boleh dilakukan melalui diet dan senaman yang baik, mempraktikkan jarak fizikal yang baik serta mengamalkan penjagaan kebersihan diri.
Tip penjagaan diri untuk pesakit diabetes
Penting buat pesakit diabetes untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan virus sebaik mungkin.
Amalan penjagaan diri yang disarankan secara meluas kepada masyarakat umum adalah 2 kali ganda penting untuk diamalkan oleh mereka yang menghidap kencing manis.
Malahan, tabiat ini juga penting untuk dilakukan oleh individu yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit diabetes.
Antara saranan penjagaan kebersihan diri adalah seperti:
- Kerap mencuci tangan dengan bersih dan teratur. Cara terbaik adalah dengan penggunaan sabun dan air
- Mengelakkan daripada menyentuh wajah sebelum mencuci tangan
- Membersihkan dan melakukan disinfeksi pada objek atau permukaan yang sering disentuh
- Hindari daripada berkongsi makanan, gelas, tuala, dan alatan lain
- Semasa batuk atau bersin, disarankan untuk menutup mulut dan hidung dengan tisu atau menggunakan siku jika tidak mempunyai tisu. Dan pastikan anda membuang tisu dengan betul setelah digunakan
- Cuba elakkan daripada melakukan kontak rapat dengan individu yang menunjukkan simptom penyakit pernafasan seperti batuk
- Jika anda mempunyai gejala seperti selesema, sila duduk di rumah
Diet pemakanan harian dan aktiviti fizikal
Mempraktikkan amalan gaya hidup sihat melalui pemakanan seimbang adalah komponen penting dalam pengurusan penyakit diabetes.
Oleh itu, mustahak untuk penghidap kencing manis mengambil makanan bervariasi dan seimbang bagi memastikan tahap glukosa dalam darah mereka stabil.
Diet yang seimbang juga membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh sekali gus dapat melawan jangkitan virus.
Penghidap diabetes disyorkan untuk:
- Memberi keutamaan kepada pengambilan makanan dengan indeks glisemik rendah. Misalnya sayur-sayuran, pasta atau mi gandum, dan beras perang
- Mengelakkan pengambilan makanan bergoreng secara berlebihan
- Mengehadkan makan makanan tinggi kandungan gula, karbohidrat dan lemak
- Mengambil protein tanpa lemak seperti ikan, daging, telur, atau susu
- Makan sayur-sayuran berdaun hijau
- Melebihkan pengambilan hidangan buah-buahan kepada 2 atau 3 hidangan sehari
Di samping itu, melakukan aktiviti kecergasan fizikal secara berkala juga dapat memberikan manfaat besar kepada mereka yang menghidap diabetes.
#HelloHealthCare #WorldDiabetesDay #HelloDoktor
[embed-health-tool-bmi]