home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Hati-Hati Sikap Ambil Mudah Punca Ramai Individu Tak Sedar Menghidap Diabetes

Hati-Hati Sikap Ambil Mudah Punca Ramai Individu Tak Sedar Menghidap Diabetes

Kurang kesedaran diri dan gemar mengambil mudah isu berkaitan dengan kesihatan merupakan antara punca ramai individu tidak menyedari bahawa diri mereka sebenarnya menghidap diabetes.

Antara yang tertinggi

Malaysia merupakan negara yang mempunyai jumlah penghidap penyakit diabetes yang tertinggi di Asia dan antara negara dengan jumlah pesakit diabetes yang tertinggi di dunia selepas Arab Saudi.

Mengejutkan, bukan? Sejujurnya, tidak. Ini kerana kebanyakan individu di negara ini mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat seperti tidak bersenam dan mengambil makanan secara berlebihan.

Keadaan ini sekali gus menjadi antara punca mengapa diabetes atau kencing manis yang merupakan antara penyakit tidak berjangkit yang semakin menunjukkan peningkatan kes!

Memetik laporan tinjauan dari National Health and Morbidity Survey 2019, hampir 1 daripada 5 individu di Malaysia menghidap kencing manis.

Jumlah ini jika dikira secara purata melibatkan hampir 3.9 bilion individu dewasa yang berusia 18 tahun dan ke atas menghidap diabetes!

Walau bagaimanapun, berdasarkan statistik dalam rekod NADI pula, ia menunjukkan hampir separuh daripada individu yang mengalami penyakit kencing manis ini tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya.

Tiada simptom punca kurang kesedaran

penyakit diabetes

Kebiasaannya, tiada simptom yang menunjukkan bahawa individu berkenaan mempunyai masalah kesihatan berkaitan kencing manis.

Malah keadaan ini berlarutan sehingga individu terbabit mengalami masalah kesihatan lain seperti serangan jantung, strok (angin ahmar), buah pinggang bermasalah, menjadi buta serta terpaksa berdepan prosedur amputasi (pemotongan anggota badan). Ini biasanya melibatkan individu dengan diabetes jenis 2.

Diabetes merupakan satu penyakit kronik yang boleh dianggap sebagai pembunuh senyap. Masalah ini boleh dialami apabila pankreas tidak menghasilkan insulin, iaitu hormon yang mengawal paras gula dalam darah dengan secukupnya atau apabila badan tidak lagi boleh menggunakan insulin yang dihasilkan.

Umumnya, diabetes adalah satu masalah kesihatan yang melibatkan ketidakupayaan badan untuk menukar glukosa (gula) kepada tenaga. Keadaan ini adalah penting kerana glukosa merupakan sumber utama tenaga untuk badan.

Secara ringkasnya, antara simptom bagi penyakit diabetes jenis 2 adalah peningkatan paras gula dalam darah, kehilangan berat badan secara mendadak, sentiasa berasa lapar, kerap dahaga dan kencing, mengalami keletihan serta gangguan emosi, luka lambat sembuh dan penglihatan menjadi kabur.

Penjagaan kesihatan

Oleh sebab tidak mengalami sebarang simptom atau gejala, ini menyebabkan kebanyakan individu berasakan diri mereka sihat. Ini menyebabkan mereka alpa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Namun, sebenarnya, bagi pesakit yang menghidap diabetes, anda masih boleh mengawal penyakit ini. Ia boleh dilakukan jika pesakit mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Perubahan gaya hidup dengan menjaga pemakanan, mengekalkan berat badan seimbang, menurunkan berat badan sekurang-kurangnya lima hingga 10 peratus, serta meningkatkan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 150 minit seminggu, dipercayai dapat mencegah dan melambatkan kesan penyakit.

Dalam masa yang sama, individu yang menghidap diabetes perlu dan disarankan untuk melakukan pemeriksaan berkala, saringan dan rawatan untuk risiko kardiovaskular seperti tekanan darah, tahap kolesterol dan obesiti. Di samping itu, mendapatkan rawatan daripada doktor juga adalah penting kerana setiap individu memiliki tahap penyakit yang berbeza.

#HelloHealthCare #WorldDiabetesDay #HelloDoktor

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada [date}
x