Tahukah anda, jadual bacaan gula dalam darah yang terlalu tinggi dan terlalu rendah boleh mengancam nyawa anda?
Tahukah anda, jadual bacaan gula dalam darah yang terlalu tinggi dan terlalu rendah boleh mengancam nyawa anda?
Ya, bukan semua risiko hanya melibatkan bacaan gula dalam darah yang tinggi, malah bacaan yang terlalu rendah juga amat membahayakan diri anda.
Untuk pengetahuan anda, jika anda mempunyai bacaan gula darah yang tinggi, ia disebut sebagai hiperglisemia (hyperglycemia). Manakala jika anda memiliki bacaan gula darah yang rendah, keadaan ini disebut sebagai hipoglisemia (hypoglycemia).
Ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai jadual bacaan gula dalam darah atau hiperglisemia dan hipoglisemia? Jom baca penerangan ringkas di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Secara umumnya, hiperglisemia bermaksud bacaan gula dalam darah anda berada pada kadar yang lebih tinggi berbanding yang sepatutnya.
Sekiranya anda tidak memastikan jadual bacaan gula dalam darah berada pada tahap yang normal, anda berisiko untuk mendapat penyakit jantung dan saluran darah, strok, masalah buah pinggang dan hilang deria penglihatan. Bahaya bukan?
Kadar gula dalam darah yang sentiasa berada pada tahap yang tinggi adalah penyebab utama diabetes. Kadangkala, anda juga mungkin memiliki bacaan gula dalam darah yang tinggi walaupun anda mengambil ubat-ubatan diabetes.
Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang bermaksud bahawa diabetes anda tidak dikawal dengan baik. Antara sebab-sebab mengapa kadar gula anda berada pada tahap yang tinggi adalah:
Pada kebiasaannya, bacaan gula dalam darah yang tinggi tidak menyebabkan sebarang simptom.
Walau bagaimanapun, jika jadual bacaan gula dalam darah berada pada tahap yang terlalu tinggi, contohnya 300 miligram bagi setiap desiliter (300 mg/dl) atau lebih, dan kekal pada bacaan tersebut selama satu hari atau lebih lama, anda mungkin akan memiliki simptom-simptom berikut.
Antara simptom-simptom tersebut adalah:
Sekiranya bacaan gula dalam darah berada pada kadar 600 mg/dL atau lebih tinggi, ia boleh menyebabkan koma bahkan maut.
Untuk pengetahuan anda, gula darah dianggap sebagai terlalu rendah sekiranya jadual bacaan gula dalam darah lebih rendah daripada 70 miligram per desiliter (mg/dL), atau 4 mmol/L.
Sekiranya bacaan gula dalam darah yang rendah ini tidak dirawat, anda berisiko untuk pengsan, mengalami sawan, koma, bahkan juga maut.
Apabila anda merupakan salah seorang penghidap diabetes, adalah amat penting untuk anda memantau tahap gula darah anda.
Sekiranya anda mengambil insulin, tahap gula darah yang sangat rendah kadangkala disebut sebagai reaksi insulin (insulin reaction) atau kejutan insulin (insulin shock).
Kadar gula darah yang rendah biasanya adalah kesan sampingan daripada rawatan diabetes. Ia juga boleh disebabkan hasil daripada ubat-ubatan atau keadaan dan penyakit-penyakit lain.
Apabila anda mempunyai diabetes, kadar gula darah yang rendah mungkin disebabkan oleh insulin yang terlalu banyak atau ubat-ubatan diabetes yang lain.
Sekiranya anda menggunakan insulin, kadar gula darah yag rendah ini mungkin berlaku disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
Perkara-perkara lain yang juga boleh menyebabkan gula darah yang rendah ketika anda menghidap diabetes ialah:
Penting untuk anda mengenal pasti tanda-tanda tahap gula darah yang rendah secepat yang mungkin sebelum ia menjadi sangat rendah dan boleh menyebabkan reaksi yang teruk.
Antara simptom-simptom kurangya gula dalam darah ialah:
Bagi sesetengah individu, jadual bacaan gula dalam darah 90 mg/dL (5 mmol/L) boleh menyebabkan simptom-simptom ini.
Manakala untuk individu lain pula, simptom mungkin tidak lagi kelihatan sehinggalah bacaan gula darah berada bawah daripada 70 mg/dL (4 mmol/L).
Sesetengah ubat-ubatan darah tinggi yang disebut beta blockers boleh menyembunyikan simptom-simptom gula darah yang rendah. Bertanyalah kepada doktor perubatan sekiranya ubat darah tinggi yang anda ambil mempunyai kesan seperti yang dinyatakan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen