backup og meta

Kenali Tanda Diabetes Jenis 1, Jika Muncul Simptom Ini, Jangan Berlengah Jumpa Doktor

Kenali Tanda Diabetes Jenis 1, Jika Muncul Simptom Ini, Jangan Berlengah Jumpa Doktor

Masih ramai yang mungkin tidak sedar tanda diabetes type 1 yang berlaku terhadap dirinya hingga mengabaikan simptom-simptom yang kelihatan.

Penyakit diabetes bukan sahaja dihidapi oleh golongan yang berusia, malahan kanak-kanak dan remaja juga tidak terkecuali daripada mengalaminya.

Jika tanda diabetes type 1 disedari daripada awal, individu tersebut boleh menerima rawatan dengan segera. Secara tidak langsung, anda boleh mengurangkan risiko komplikasi yang lebih serius seperti amputasi kaki!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

Tanda diabetes type 1#1 yang harus diawasi: Kerap membuang air kecil

Anda kerap terjaga malam semata-mata hendak ke tandas? Jaga-jaga, ia mungkin tanda diabetes type 1 pertama anda.

Poliuria adalah suatu keadaan di mana tubuh kita kerap membuang air kecil dalam jumlah yang lebih banyak daripada kebiasaannya, iaitu lebih daripada tiga liter sehari berbanding jumlah normal bagi orang dewasa (satu hingga dua liter).

tanda diabetes type 1

Ini adalah salah satu gejala utama diabetes jenis satu dan boleh menyebabkan dehidrasi tahap teruk serta mempengaruhi fungsi ginjal jika tidak dirawat. 

Poliuria juga boleh terjadi dalam kalangan penghidap diabetes jika kadar glukosa darah meningkat terlalu tinggi. 

Apabila tahap glukosa darah menjadi terlalu tinggi, tubuh kita akan berusaha untuk menyingkirkan kandungan gula tambahan tersebut melalui buah pinggang. 

Apabila ini berlaku, buah pinggang akan membuang banyak air sekali gus dengan gula tambahan tersebut. 

Oleh hal yang demikian, ia akan membuatkan anda semakin kerap membuang air kecil, lebih-lebih lagi pada waktu malam.

#2. Sentiasa lapar dan dahaga

Polifagia ialah istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan rasa lapar yang keterlaluan atau peningkatan selera makan.
Ia merupakan salah satu daripada tiga tanda utama diabetes, bersama-sama dengan:
  • Polidipsia: Rasa dahaga yang keterlaluan
  • Poliuria: Kekerapan membuang air kecil

Individu yang menghidap diabetes tidak mempunyai insulin atau bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan.

Oleh sebab itu, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu ia boleh menyebabkan tahap gula dalam darah merosot.

Apabila keadaan ini berlaku, di mana tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan akan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi.

Isyarat ini akan diterjemahkan sebagai satu tanda lapar oleh badan. Rasa lapar yang berterusan adalah antara simptom diabetes utama yang boleh diperhatikan. 

Selain itu, polidipsia ialah istilah yang diberikan untuk rasa dahaga yang berlebihan dan merupakan salah satu gejala awal diabetes. Ia biasanya disertai dengan kekeringan mulut, sama ada sementara atau berpanjangan.

Rasa dahaga merupakan tindak balas tubuh yang normal terhadap persekitaran.

Namun, jika anda berasa dahaga sepanjang masa atau lebih kerap dahaga daripada biasa dan berterusan walaupun setelah mengambil jumlah air yang banyak, ia boleh menjadi tanda diabetes type 1 anda tidak terkawal.

Peningkatan rasa dahaga dalam kalangan penghidap diabetes kadang-kadang boleh menjadi indikasi tahap gula darah lebih tinggi daripada biasa. 

Oleh sebab kandungan gula darah yang tinggi, pesakit diabetes akan kerap membuang air kecil untuk menyingkirkan glukosa berlebihan dalam darah.

Kekerapan membuang air kecil inilah selanjutnya akan membuatkan individu tersebut berasa dahaga dengan lebih kerap.

3. Kehilangan berat badan tanda diabetes type 1 juga?

tanda diabetes type 1

Antara tanda diabetes type 1 yang mungkin berlaku adalah berat badan yang semakin berkurangan. Mengapa sentiasa lapar, tetapi masih hilang berat badan? Ini jawapannya!

Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan dalam jangka masa yang singkat, antara 2 hingga 3 kilogram dalam masa 2 atau 3 bulan.

Keadaan ini boleh berlaku apabila hormon insulin tidak berfungsi untuk membekalkan glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga.

Badan akan menganggap ia signal kelaparan dan mengurai lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.

Jika proses penguraian tersebut berlaku secara berterusan, jisim lemak dan otot akan berkurangan dan secara tidak langsung berat badan anda menurun.

4. Sering berasa keletihan

Ketika badan anda sedang cuba untuk mengimbangi kekurangan glukosa, ia akan memberikan impak kepada tubuh, menjadikan anda keletihan.

Walaupun sel-sel tubuh anda tidak akan mendapat glukosa yang mencukupi seperti normal, ia akan terus bekerja keras untuk memastikan fungsi tubuh sentiasa dalam keadaan baik.

Oleh sebab tidak mendapat tenaga yang mencukupi meskipun telah bekerja keras, badan anda akan mula rasa letih.

Selain itu, anda perlu bangun untuk membuang air kecil beberapa kali pada waktu malam, secara tidak langsung membuatkan tidur anda terganggu.

Jika letih, emosi anda akan turut terganggu, menjadikan anda cepat marah.

tanda diabetes type 1

5. Penglihatan semakin kabur

Salah satu tanda diabetes type 1 yang umum adalah penglihatan kabur, yang merujuk kepada kehilangan ketajaman penglihatan dan ketidakupayaan untuk melihat perincian yang baik. 

Penglihatan kabur boleh mempengaruhi kedua-dua mata (penglihatan kabur dua hala).

Walau apa pun puncanya, ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan seharusnya dirawat kerana ia boleh menjadi petunjuk masalah mata yang lebih serius.

Apabila tahap glukosa dalam darah adalah tinggi, ia akan menjejaskan pembuluh darah kecil dalam tubuh seperti dalam mata kita. Jika pembuluh darah dalam mata terjejas, ia boleh mengubah bentuk kanta dan mata.

Keadaan ini akan menyebabkan penglihatan anda menjadi kabur. Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh menjadi normal atau hampir normal apabila tahap gula dalam darah berbalik kepada asal.

Tahap gula darah yang tinggi, jika dibiarkan untuk tempoh yang panjang, cenderung menyebabkan kerosakan kekal dan berisiko buta.

Baca juga:

Walau bagaimanapun, penglihatan kabur juga boleh terjadi akibat kadar gula darah yang sangat rendah. Jika berlaku demikian, penglihatan anda akan pulih setelah tahap glukosa darah kembali ke tahap normal.

Sekiranya tahap gula darah anda berubah dari semasa ke semasa, anda mungkin akan sedar bahawa penglihatan anda bertambah baik atau buruk dalam jangka masa tertentu. 

Jika berasakan wujudnya masalah mata, rujuklah doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Inti pati 

Walaupun tubuh kita berbeza bagi setiap individu, namun tanda diabetes type 1 yang disenaraikan di atas adalah simptom diabetes yang lazim dilaporkan oleh penghidapnya.

Jika anda rasa terdapat perubahan dalam aktiviti seharian anda seperti kerap ke tandas meskipun tidak minum banyak air, dapatkan rundingan doktor dengan segera.

Lebih baik untuk anda mengenal pasti penyakit diabetes daripada awal sebelum timbulnya komplikasi yang tidak diingini.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Diabetes Symptoms. https://www.diabetes.org/diabetes/type-1/symptoms. Accessed 12 October 2020.
  2. Causes diabetes. https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/symptoms-causes. Accessed 12 October 2020.
  3. Symptoms diabetes. https://www.cdc.gov/diabetes/basics/symptoms.html. Accessed 12 October 2020.
  4. Symptoms type 1 diabetes. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/type-1-diabetes/symptoms-causes/syc-20353011. Accessed 12 October 2020.
  5. Nutrition type 1 diabetes. https://diabetes.ufl.edu/outreach/resources/nutrition/type-1-diabetes/. Accessed 12 October 2020.

Versi Terbaru

24/08/2023

Ditulis oleh Nana Muhammad

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Penjagaan Jantung Untuk Orang Kesayangan Yang Menghidap Diabetes

Takut Nak Suntik? Ini Cara Cucuk Insulin Sendiri Di Rumah


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 24/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan