Kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis 1 perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Malah, mereka juga perlu makan seperti orang biasa – sebanyak 3 kali sehari untuk menyokong tumbesaran mereka dan mengawal kadar gula dalam darah.
Jadi, ibu bapa perlulah sediakan makanan yang mengandungi vitamin, mineral dan lengkap dengan nutrisi lain. Walau bagaimanapun, anak perlulah diajar untuk berjaga-jaga dengan makanan dan minuman yang mengandungi karbohidrat.
Tetapi, makanan apakah yang mengandungi karbohidrat? Makanan bergula seperti kek, gula-gula dan minuman berkarbonat merupakan antara contoh makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan jenis ini akan menyebabkan gula dalam darah naik dengan cepat.
Sebagai panduan, kami akan senaraikan beberapa jenis makanan atau contoh menu makanan untuk diabetes Malaysia. Barulah mudah untuk ibu bapa sediakan makanan untuk anak!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen