Mitos kebaikan penghasilan insulin 4: Ubat makan lebih baik daripada insulin

Ya, ubat makan biasanya sudah mencukupi untuk kebanyakan individu dengan kencing manis jenis 2.
Namun, ia mungkin tidak sesuai dengan semua individu.
Dalam sesetengah kes rawatan kencing manis, suntikan insulin merupakan jalan atau kaedah terbaik kerana ia sentiasa berkesan.
Mitos 5: Insulin sebabkan kenaikan berat badan
Hal ini tidak mustahil untuk terjadi. Namun, ia berlaku disebabkan insulin membenarkan tubuh badan anda untuk memproses makanan dengan lebih cekap.
Walau bagaimanapun, apabila seseorang individu tersebut berada dalam rawatan suntikan insulin, ia biasanya cenderung memperlahankan proses kenaikan berat badan.
Mitos kebaikan penghasilan insulin 6: Insulin adalah sesuatu yang menyebabkan ketagihan
Sesetengah individu berpandangan sebegini hanya kerana pengambilan insulin melibatkan proses suntikan. Namun, ia sama sekali tidak benar.
Insulin merupakan bahan asli yang diperlukan oleh tubuh badan manusia setiap masa.
Oleh sebab itu, ia perlu disuntik dengan kerap setiap hari. Bukan kerana ia menyebabkan ketagihan, tetapi disebabkan ia satu keperluan.
Mitos 7: Insulin menyebabkan perubahan yang tidak baik dalam kehidupan
Sesetengah individu menyatakan, apabila mereka mula mengambil suntikan insulin, mereka tidak lagi boleh hidup secara bebas, berseorangan atau mudah untuk mengembara ke mana-mana.
Perkara ini tidak tepat. Selagi mana anda boleh merancang dengan baik, ia masih boleh dilaksanakan dengan teratur walaupun anda sudah mula mengambil suntikan insulin setiap hari.
Malah, disebabkan insulin memproses tenaga dalam badan, anda akan menjadi lebih bertenaga untuk melakukan pelbagai perkara dan aktiviti.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen