brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Penyakit Autoimun: Adakah Berbahaya Dan Menyebabkan Kematian?

Sejauh manakah bahayanya kesan penyakit autoimun terhadap kesihatan tubuh?

Penyakit Autoimun: Adakah Berbahaya Dan Menyebabkan Kematian?

Penyakit autoimun adalah satu keadaan yang mana sistem imun sepatutnya melindungi sel-sel tubuh daripada serangan penyakit, tetapi ia menyerang sel-sel tubuh yang sihat.

Walaupun masih jarang diketahui, namun ia sebenarnya kerap muncul dalam kehidupan seharian.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Sejauh manakah bahaya kesan penyakit autoimun?

Terdapat lebih 80 jenis penyakit autoimun. Namun, hanya beberapa penyakit sahaja yang mungkin sering kedengaran oleh anda seperti lupus, radang usus, psiorasis, artritis reumatoid, diabetes jenis 1, sklerosis berbilang, gravis dan celiac.

Setiap jenis penyakit autoimun sudah pasti menimbulkan simptom yang berbeza. Ini kerana sel-sel tubuh yang diserang oleh sistem imun pada penyakit berkenaan adalah tidak sama.

kesan penyakit autoimun

Dengan kata lain, kesan penyakit autoimun bertindak balas dalam tubuh dengan cara yang berbeza-beza bergantung kepada jenisnya.

Sebagai contoh, bagi sklerosis berbilang, bahagian tubuh yang diserang adalah sistem saraf pusat. Tetapi, celiac adalah bahagian tubuh yang mempunyai masalah saluran pencernaan.

Menurut Mary J. Shomon, seorang penulis buku yang berjudul Living Well With Autoimmune Disease: What Your Doctor Doesn’t Tell You That You Need to Know, bahawa walaupun ia sering kelihatan agak parah dan dikelaskan sebagai kronik, kesan penyakit autoimun sebenarnya tidak membawa maut.

Walau bagaimanapun, seperti jenis penyakit lain, implikasi penyakit autoimun pada tubuh boleh membuatkan pesakit berasa tidak dapat melakukan aktiviti harian.

Jika didapati terdapat kes kematian yang disebabkan oleh penyakit autoimun, seperti dalam kajian yang diterbitkan dalam  American Public Health Association, ia bergantung kepada keadaan kesihatan dan keparahan penyakit yang dialami oleh seseorang.

Apa rawatan penyakit ini?

tanda penyakit autoimun

Sehingga kini belum ada rawatan penyakit autoimun yang betul-betul boleh menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya.

Tetapi, dengan diagnosis awal serta rutin rawatan, ia sebenarnya langkah tepat untuk membantu anda menguruskan simptom.

Walaupun anda mematuhi cadangan rawatan penyakit daripada doktor, bagi mana-mana jenis pesakit penyakit autoimun, anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan pelbagai faktor pencetus yang boleh membuat perkembangan penyakit lebih teruk.

Selain itu, pesakit juga perlu memberi perhatian kepada pengambilan makanan dan minuman kerana terdapat makanan yang terus dicerna boleh menganggu sistem imun tubuh seperti terlalu banyak gula, gandum, susu, jagung, kacang soya, dan kerang.

Disebabkan itu, adalah penting bagi pesakit untuk mematuhi peraturan diet harian yang disarankan oleh doktor, sambil mengekalkan tubuh yang sihat dan dalam persekitaran yang meminimumkan risiko jangkitan.

Selain itu, mereka yang mempunyai penyakit autoimun juga mesti mematuhi dan menjalani semua rawatan mengikut jenis penyakit bagi menjaga keadaan kesihatan dan mengurangkan kemungkinan pengulangan simptom.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/12/2023