Menurut kajian, walaupun snek yang diproses memiliki rasa yang enak, tetapi ia tidak mempunyai kandungan nutrisi yang penting selain boleh meningkatkan gula dalam darah.
Ia juga mengurangkan keberkesanan insulin.
#5. Makan lebih banyak serat
Serat bukan sahaja membantu melancarkan pergerakan saluran gastro usus, tetapi juga membantu dalam keberkesanan fungsi insulin.
Serat larut air khususnya, boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria berfaedah dalam saluran usus.
Bakteria baik ini dikaitkan dengan keberkesanan insulin.
#6. Kurangkan pengambilan karbohidrat

Karbohidrat adalah punca utama peningkatan paras gula dalam darah.
Ini kerana, karbohidrat yang masuk ke dalam badan akan dipecahkan menjadi gula.
Lebih banyak karbohidrat yang anda ambil, maka paras gula darah juga akan meningkat naik.
Apabila gula darah meningkat, keberkesanan insulin mungkin berkurangan.
#7. Tidur dengan cukup
Kurang tidur boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit.
Kesan insulin juga mungkin akan berkurangan, terutamanya bagi mereka yang tidak mendapat tidur malam yang panjang.
Setiap orang perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk mendapat kesan insulin yang sepenuhnya.
#8. Kurangkan stres dan tekanan
Tekanan atau stres boleh menjejaskan keupayaan tubuh untuk menyimpan dan menggunakan gula.
Hormon yang dikeluarkan semasa stres akan memecahkan gula yang disimpan dalam badan dan memasuki aliran darah.

Biasanya, badan hanya menghasilkan tenaga apabila diperlukan.
Tetapi jika terdapat tekanan berterusan, paras gula akan meningkat secara perlahan-lahan, yang kemudiannya mendorong kepada kekurangan insulin.
Kesimpulan
Cara-cara meningkatkan keberkesanan insulin seperti di atas ini bukan sahaja terpakai kepada penghidap diabetes, tetapi juga mereka yang tidak mempunyai diabetes.
Ini kerana, jika keberkesanan insulin menurun dalam kalangan individu yang normal, maka dia akan mula mendapat diabetes.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen