backup og meta

Mi Bahaya Untuk Pesakit Diabetes? Ini Syarat Kalau Teringin Nak Makan!

Mi Bahaya Untuk Pesakit Diabetes? Ini Syarat Kalau Teringin Nak Makan!

Apakah jenis mee yang sesuai dimakan oleh penghidap diabetes? Dalam artikel ini ada penjelasan lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis sila dapatkannya di sini.

Jenis mee: Bolehkah pesakit diabetes makan mi?

Selain nasi, mi juga menjadi antara jenis sumber karbohidrat kegemaran ramai.

Selain mempunyai rasa yang enak, ia juga amat murah untuk diperoleh dan mudah untuk disediakan.

Namun, kebanyakan penghidap diabetes berasa ragu-ragu dan sering mengelakkan diri daripada memakan mi.

Ini kerana dikhuatiri mi boleh menaikkan paras gula darah mereka.

Memandangkan mi dihasilkan daripada bijian gandum, maka sememangnya ia agak tinggi dengan kandungan karbohidrat dan berpotensi menaikkan paras gula darah.

jenis mee

Akan tetapi, adakah pesakit diabetes tidak disarankan langsung untuk memakan mi?

Menurut Persatuan Diabetes Amerika Syarikat, pesakit diabetes masih boleh mengambil mi sebagai salah satu hidangan mereka, asalkan ia tidak melebihi keperluan karbohidrat harian tubuh.

Bagi mengelakkan ia memberikan kesan kepada gula darah dengan lebih buruk, pesakit diabetes perlu mengawal pengambilan mi tersebut.

Anda disarankan untuk memerhatikan jenis mee dan saiz hidangan mi yang anda makan. 

Tip pilih jenis mee dan cara makan mi terbaik untuk pesakit diabetes

Bagi pesakit diabetes, anda boleh mengikuti panduan ini apabila hendak memakan mi agar ia tidak menaikkan gula darah anda secara mendadak.

#1. Pilih jenis mi yang tinggi kandungan serat

jenis mee

Makanan kencing manis terbaik semestinya agak berbeza daripada makanan yang biasa dimakan oleh orang lain.

Untuk jenis mi bagi pesakit diabetes, anda disarankan untuk memilih mi yang tinggi dengan kandungan serat.

Antaranya ialah mi yang diperbuat daripada gandum penuh, mi beras perang atau mi yang dihasilkan daripada tepung quinoa.

Kandungan serat yang tinggi dalam mi ini boleh membantu memperlahankan sistem pencernaan makanan.

Dengan itu, gula darah juga akan diserap dengan lebih perlahan selain membuatkan anda kenyang lebih lama.

Cuba elakkan penggunaan mi yang dihasilkan daripada tepung gandum biasa seperti jenis mee kuning kerana ia boleh menaikkan paras gula darah anda dengan pantas.

Begitu juga dengan mi yang berasaskan beras putih seperti bihun dan juga kuetiau. 

#2. Tambahkan sayur dan nutrisi lain

Makanan kencing manis tidak cukup dengan hanya memilih jenis mee sahaja. Ia juga perlu melibatkan pengambilan sumber nutrisi lain seperti protein dan juga vitamin.

Penambahan sumber nutrisi yang lengkap seperti sayur-sayuran dan sumber protein boleh membantu mengawal paras gula darah.

Ia bukan sahaja membuatkan hidangan mi lebih sihat dan enak, tetapi juga memberikan sumber tenaga tanpa menaikkan gula darah secara mendadak.

Baca juga:

Selain itu, anda juga perlu mempertimbangkan cara mi tersebut disediakan iaitu cara memasaknya.

Kaedah penyediaan yang terbaik semestinya ialah mi yang direbus.

Ini kerana, mi yang digoreng dengan minyak mempunyai lebih banyak kalori dan juga lemak.

Ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dan seterusnya menaikkan risiko penyakit jantung.

#3. Kawal saiz hidangan mi

Walaupun dua tip di atas sudah membuatkan hidangan mi anda menjadi lebih sihat, namun tidak bermakna anda boleh makan mi sebanyak mungkin yang anda mahu.

Anda masih perlu mengawal atau mengehadkan saiz hidangan yang anda ambil.

Secara umumnya, mi mempunyai nilai indeks glisemik yang sederhana.

Semakin tinggi nilai indeks glisemik sesuatu makanan, maka semakin cepat kenaikan paras gula darah dalam tubuh anda.

Oleh sebab itu, anda hanya disarankan untuk makan satu hidangan mi sahaja setiap kali makan agar gula darah anda kekal stabil.

Anda juga hanya disarankan untuk mengambil hidangan berasaskan mi sebanyak dua kali sahaja dalam sebulan. 

#4. Kurangkan penggunaan bahan perasa

Untuk menjadikan makanan kencing manis berasaskan mi ini lebih sihat, anda disarankan untuk mengawal atau mengurangkan sebarang bahan perasa dalam masakan.

jenis mee

Ini termasuklah penggunaan gula, garam, sos, kicap dan lain-lain lagi.

Penggunaan garam yang berlebihan boleh menaikkan tekanan darah anda. Kicap dan sos pula kebanyakannya tinggi dengan kandungan garam dan juga gula.

Bagi menggantikan penggunaan bahan perasa seperti ini, anda boleh menggunakan rempah-rempah semula jadi yang terdapat di dapur anda.

Antaranya ialah serbuk lada putih, cili segar atau sos ikan yang lebih sihat. 

Tidak cukup jaga makan, perlu kekal aktif

Jika anda ingin memakan mi, jangan lupa untuk mengambil sekali jenis-jenis makanan sihat lain yang sesuai dengan keadaan diabetes anda.

Selain itu juga, anda amat digalakkan untuk terus melakukan aktiviti fizikal dan kekal aktif.

Ini kerana, jika anda terus bersenam dengan teratur, patuh nasihat doktor dan berdisiplin dalam pengurusan diabetes, anda masih boleh memakan mi dengan selamat. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Wanders, A., van den Borne, J., de Graaf, C., Hulshof, T., Jonathan, M., & Kristensen, M. et al. (2011). Effects of dietary fibre on subjective appetite, energy intake and body weight: a systematic review of randomized controlled trials. Obesity Reviews, no-no. https://doi.org/10.1111/j.1467-789X.2011.00895. Accessed on November 27, 2021.
  2. Understanding carbs. https://www.diabetes.org/nutrition/understanding-carbs. Accessed on November 27, 2021.
  3. Glycemic index for 60+ foods. https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/glycemic-index-and-glycemic-load-for-100-foods. Accessed on November 27, 2021.
  4. Noodle, cooked Nutrition Facts – FoodData Central. https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/785405/nutrients. Accessed on November 27, 2021.
  5. Can diabetics eat noodles. https://eatbettermovemore.org/can-diabetics-eat-noodles/. Accessed on Aug 23, 2023.

Versi Terbaru

24/08/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Senarai Makanan Patut Diambil Dan Perlu Dielak Buat Pesakit Kencing Manis!

Selain Jaga Pemakanan, 10 Cara Ini Berkesan Turunkan Bacaan Gula Darah!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan