backup og meta

Anda Tahu Tak Kewujudan Asid Borik Dalam Mi Kuning? Ini BAHAYANYA Jika Anda Termakan!

Anda Tahu Tak Kewujudan Asid Borik Dalam Mi Kuning? Ini BAHAYANYA Jika Anda Termakan!

Pernah dengar tentang asid borik?

Jika anda masih ingat, suatu ketika dahulu, banyak produk makanan seperti mi kuning dan bebola ikan akan mempunyai tulisan ‘Tanpa Asid Borik’ pada pembungkusnya.

Apakah fungsi asid ini dalam makanan dan adakah ia akan menjejaskan tubuh badan kita apabila dikonsumsi?

Jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut, ketahuinya melalui artikel ini!

Apakah sebenarnya asid borik ini?

Asid borik adalah sebatian yang terbentuk secara semula jadi yang mengandungi elemen boron, oksigen dan hidrogen.

Kristal asid ini berwarna putih, tidak mempunyai bau dan hampir tidak mempunyai sebarang rasa.

Ia kelihatan seperti garam biasa jika diproses dalam bentuk butiran atau kelihatan seperti bedak bayi jika diproses dalam bentuk serbuk.

Asid borik digunakan secara meluas dalam pelbagai jenis industri seperti kosmetik, farmaseutikal, pembuatan kaca dan gentian kaca dan juga pengawet kayu bagi mengelakkan serangan serangga dan kulat.

Ya, fungsinya yang pelbagai telah menyebabkan ia diguna pakai dalam keperluan banyak industri.

racun serangga

Jika anda tidak tahu, ia juga merupakan antara bahan yang terdapat dalam racun serangga dan juga cecair pencuci pakaian.

Adakah asid borik digunakan dalam industri makanan?

Ya, ia pernah digunakan dalam industri makanan terutamanya dalam pembuatan mi kuning, dan juga bebola ikan atau bebola makanan laut.

Antara sebab mengapa ia digunakan adalah kerana fungsinya yang mampu memberikan kekenyalan pada tekstur produk makanan.

Bagi produk makanan yang tidak mempunyai kandungan atau ketumpatan protein yang tinggi, disinilah kehadiran asid ini memainkan peranan yang penting bagi mengenyalkan produk makanan tersebut. 

Selain itu, ia juga digunakan sebagai pengawet makanan.

Asid borik sangat popular digunakan oleh peniaga ikan untuk mengekalkan kesegaran ikan atau makanan laut yang lain.

Menurut kajian yang pernah dilakukan pada tahun 2008 oleh Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, asid ini  telah ditemui dalam kesemua sampel makanan yang diuji iaitu mi kuning, bebola ikan, mi wantan dan kuey teow, dan kepekatan kandungannya berbeza mengikut jenis makanan.

asid borik

Mi kuning mencatatkan kandungan asid borik yang tertinggi berbanding sampel makanan lain.  

Adakah asid borik selamat untuk dimakan?

Bermula pada awal tahun 1900, para saintis mula mempersoalkan keselamatan penggunaan asid borik dalam jumlah yang besar terhadap produk makanan.

Pada pertengahan tahun 1920-an, banyak negara telah mula melarang penggunaannya disebabkan oleh faktor ketoksikan.

Pada tahun 1961, Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA) telah menyimpulkan bahawa asid ini tidak sesuai untuk digunakan sebagai pengawet makanan.

Adakah ia dibenarkan untuk digunakan dalam produk makanan seperti mi kuning?

Untuk pengetahuan anda semua, Peraturan Makanan 1985 hanya membenarkan penggunaan bahan pengawet tertentu dalam produk makanan.

Bahan pengawet yang dibenarkan hanyalah sulfur dioksida, asid benzoik; asid propionik, termasuklah natrium, kalium, garam kalsiumnya; natrium nitrat, natrium nitrit, kalium nitrat dan potassium nitrit.

Begitu juga dengan jenis-jenis antimikrobial iaitu klorin dioksida dan hidrogen peroksida yang digunakan dalam produk makanan tertentu.

Asid borik tidak termasuk dalam senarai di atas, oleh itu ia tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pengawet makanan.

mi kuning

Apakah kesan sampingannya?

Jika anda termakan makanan yang tinggi dengan kandungan asid ini, anda mungkin akan mengalami keadaan seperti berikut:

Pendedahan tubuh badan terhadap kadar asid ini yang tinggi boleh menjejaskan bahagian perut, usus, hati, buah pinggang dan juga otak.

Nasihat kami kepada pengguna

Jika anda mendapati produk makanan yang anda makan menyebabkan simptom-simptom ketoksikan asid borik seperti yang dinyatakan seperti di atas, laporkannya kepada Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/index.php). 

Penggunaan asid borik dalam produk makanan telah melanggar Sub Seksyen 13 (1) Akta Makanan 1983.

Akta tersebut menyatakan “Mana-mana individu yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang terdapat padannya sebarang bahan yang beracun, berbahaya atau memudaratkan kesihatan, telah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan dengan suatu tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali”.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. PH-Yiu, J. See, A. Rajan et al. Boric acid levels in fresh noodles and fish ball. 2008. American Journal of Agricultural and Biological Sciences 3 (2): 476-481
  2. https://www.cfs.gov.hk/english/multimedia/multimedia_pub/multimedia_pub_fsf_37_01.html
  3. https://thechemco.com/chemical/boric-acid/
  4. http://www.myhealth.gov.my/en/what-you-should-know-about-boric-acid/
  5. https://www.thestar.com.my/lifestyle/food/features/2015/01/11/curious-cook-boraxs-bounce-factor

Versi Terbaru

23/12/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Asid Borik dalam Makanan Boleh Menyebabkan Kematian

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 23/12/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan