Adakah ibu bapa perlu risau jika anak cirit birit tapi aktif? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui jawapannya. Semoga bermanfaat.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Adakah ibu bapa perlu risau jika anak cirit birit tapi aktif? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui jawapannya. Semoga bermanfaat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Cirit-birit adalah keadaan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Biasanya jika anak mengalami keadaan ini tetapi masih aktif bermain, maka ia bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.
Ini kerana dalam kebanyakan kes, cirit-birit adalah keadaan yang tidak merisaukan dan dengan beberapa langkah mudah, ia boleh diatasi.
Secara amnya, cirit-birit ditakrifkan sebagai peningkatan kekerapan najis berair dan merupakan situasi yang kerap dialami kanak-kanak.
Terdapat pelbagai punca cirit-birit pada kanak-kanak seperti:
Gejala boleh berlaku sedikit berbeza pada setiap kanak-kanak, antaranya:
Gejala cirit-birit mungkin kelihatan seperti masalah kesihatan yang lain. Cirit-birit teruk mungkin merupakan tanda penyakit serius. Bawa anak untuk mendapatkan diagnosis doktor.
Selalunya hilang dalam tempoh beberapa hari dengan sendirinya. Tiada keperluan untuk ibu bapa menukar diet anak atau memberikan larutan elektrolit.
Susukan bayi seperti biasa sama ada penyusuan badan, susu formula atau susu lembu.
Tetapi jika anak mengalami kembung atau perut berangin selepas minum susu formula atau susu lembu, tanyakan kepada doktor jika wujud keperluan untuk menukar susu.
Jika keadaan ini disertai dengan muntah, maka perubahan diet perlu dilakukan, ini antara petua anak cirit-birit yang disarankan.
Larutan elektrolit juga perlu diberikan dalam jumlah kecil – sehingga anak berhenti muntah, biasanya diperlukan selama 1-2 hari.
Apabila muntah berkurangan, perlahan-lahan kembali kepada diet biasa anak. Sesetengah kanak-kanak mungkin perlu menghentikan pengambilan susu lembu semasa cirit. Pun begitu, penyusuan susu ibu perlu diteruskan seperti biasa.
Baca juga:
Sekiranya ini keadaan yang dialami si kecil, bawa mereka untuk pemeriksaan doktor segera.
Anak yang mengalami pergerakan usus berair setiap 1-2 jam atau lebih kerap dan wujud tanda dehidrasi, mungkin perlu berhenti makan untuk tempoh 1 hari atau kurang. Ini bagi memberi tumpuan kepada penambahan cecair yang hilang.
Elakkan minuman tinggi gula, garam atau sangat rendah garam – air dan teh. Jika dehidrasi yang dialami teruk, anak mungkin perlu diberikan cecair melalui vena (IV).
Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, jika anak aktif walaupun mengalami cirit, tiada apa yang perlu dirisaukan. Ini kerana cirit-birit itu sendiri biasanya bukanlah masalah kesihatan serius.
Pun begitu, terdapat komplikasi cirit-birit yang perlu dibimbangkan, iaitu dehidrasi. Antara gejalanya adalah:
Walaupun anak cirit birit tapi aktif, anda tetap perlu memastikan mereka tidak mengalami dehidrasi dengan:
Jika terdapat sebarang kebimbangan tentang keadaan anak cirit birit tapi aktif, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan kepastian.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen