backup og meta

Ini Sebab Mengapa Penghidap Diabetes Perlu Minum Susu Diabetik!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/09/2022

    Ini Sebab Mengapa Penghidap Diabetes Perlu Minum Susu Diabetik!

    Salah satu diet yang menjadi pilihan bagi pesakit diabetes kini ialah susu Nutren diabetes atau susu Glucerna. Kedua-duanya merupakan jenis susu diabetik yang sangat sesuai untuk diambil oleh pesakit diabetes.

    Apakah kelebihan minum susu seperti ini untuk pesakit diabetes?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkan di sini.

    Apakah kepentingan susu untuk pesakit diabetes?

    Diabetes adalah satu keadaan penyakit di mana ia juga boleh membuatkan penghidapnya terdedah kepada penyakit osteoporosis atau tulang reput, terutama jenis 1.

    Oleh itu, bagi mengelakkan dan mengurangkan risiko mendapat penyakit ini, penghidap diabetes perlulah mengambil diet yang tinggi kandungan kalsium seperti susu diabetik setiap hari.

    Namun begitu, tidak semua jenis susu itu baik untuk pesakit diabetes kerana setiap satunya mengandungi tahap karbohidrat, gula dan lemak tepu yang berbeza-beza.

    Ada jenis susu tepung di pasaran yang sebenarnya tinggi kandungan gula.

    Susu jenis ini sememangnya perlu ditolak oleh pesakit diabetes dan menggantikannya dengan penggunaan susu diabetik. 

    Apakah susu Nutren diabetes dan juga Glucerna?

    nutren diabetes

    Susu Nutren diabetes dan juga Glucerna ialah dua jenis jenama susu formula khusus bagi pesakit diabetes yang dikeluarkan oleh syarikat Nestle dan juga Abbott.

    Kebanyakan doktor perubatan akan menyarankan pesakit diabetes untuk mengambil susu ini sebagai suplemen atau pengganti makanan.

    Susu diabetik ini disarankan oleh doktor jika paras gula darah terus meningkat dan agak sukar untuk memakan sesuatu kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kenaikan paras gula yang berpanjangan. 

    Apakah perbezaan antara susu Nutren diabetes dan juga susu Glucerna?

    Terdapat beberapa perbezaan utama yang membezakan kandungan serta nutrisi bagi susu Nutren diabetes dan susu Glucerna.

    Pertama sekali, susu Glucerna tidak mengandungi gluten dan ia amat sesuai untuk pesakit diabetes yang alah kepada gluten.

    Selain itu, susu Glucerna mempunyai tahap osmolariti yang tinggi. Ini akan menyebabkan tubuh badan kita berkemampuan untuk bertoleransi dengan susu ini dengan lebih baik.

    Namun, bagi jenis susu Nutren pula, ia mempunyai kandungan serat yang lebih tinggi berbanding Glucerna dan serat tersebut ialah 100% jenis serat yang larut.

    Kandungan serat yang tinggi seperti ini boleh memperlahankan kadar pelepasan gula dalam darah, sekali gus menjadikan bacaan gula darah lebih terkawal.

    nutren diabetes

    Selain itu juga, susu Nutren diabetes mempunyai 31 jenis vitamin dan juga mineral, manakala Glucerna pula mempunyai 28 jenis vitamin dan mineral.

    Susu Nutren boleh diamalkan pada waktu sebelum anda mendapat diabetes iaitu pradiabetes.

    Secara umumnya, kedua-dua jenis susu ini mempunyai kandungan karbohidrat, protein, lemak dan vitamin yang bersesuaian dengan keperluan penghidap diabetes.

    Susu Nutren diabetes dan Glucerna ini rendah GI

    Makanan dan minuman yang rendah nilai indeks glisemik (GI) sememangnya banyak membantu pengurusan pesakit diabetes.

    Ini kerana, makanan dan minuman yang rendah GI boleh mengelakkan bacaan gula darah naik mendadak.

    Makanan yang rendah indeks glisemiknya akan melepaskan gula dalam darah dengan lebih perlahan.

    Oleh itu, ia bukan sahaja boleh mengelakkan bacaan gula meningkat dengan mendadak, tetapi juga meningkatkan keberkesanan insulin dalam tubuh badan.

    Kedua-dua jenis susu diabetik ini iaitu Nutren dan Glucerna telah diformulasikan secara khusus sebagai susu yang rendah GI.

    Oleh itu, selain daripada mengawal paras gula darah, ia juga boleh menyebabkan anda kenyang dengan lebih lama sekali gus menurunkan berat badan anda secara tidak langsung.

    Mempunyai rasa yang sedikit berbeza

    nutren diabetes

    Untuk mengetahui jenis susu yang manakah paling sesuai dengan keadaan diabetes anda, anda boleh bertanya kepada doktor yang merawat anda.

    Selain itu, rasa antara kedua-dua jenis susu ini juga agak berbeza.

    Walaupun kedua-duanya dilengkapi dengan perisa vanila, namun susu Nutren dikatakan mempunyai rasa yang lebih ringan di lidah berbanding susu Glucerna. 

    Bolehkah susu ini diminum oleh mereka yang bukan pesakit diabetes?

    Secara umumnya, susu diabetik Nutren dan juga Glucerna ini direka khas untuk memenuhi keperluan pesakit diabetes, mereka yang mempunyai pradiabetes serta mereka yang ingin mengawal paras gula darah.

    Ia mempunyai nutrien yang boleh dikatakan cukup lengkap sebagai pengganti makanan bagi penghidap diabetes.

    Susu diabetik seperti ini telah menjadi sebagai sebahagian daripada pelan pengurusan diabetes pada masa sekarang.

    Namun, adakah individu yang tidak menghidap diabetes boleh meminum susu ini?

    Ya, mereka yang tidak mempunyai penyakit diabetes juga boleh menikmati susu diabetik ini dengan selamat. 

    Kesimpulan 

    Susu diabetik seperti susu Nutren dan susu Glucerna sememangnya sangat digalakkan bagi pesakit diabetes.

    Ini kerana manfaatnya dapat membantu anda dalam mengawal paras gula darah daripada naik secara mendadak.

    Malahan, ia juga berfungsi membekalkan sumber kalsium untuk pesakit diabetes bagi mengurangkan risiko penyakit berkaitan gigi dan tulang.

    Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu berkenaan susu yang paling sesuai dengan keadaan semasa anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan