backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Ada Masalah Darah Tinggi? Ambil 7 Jenis Buah Ini, Sangat Bagus Untuk Anda!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

Ada Masalah Darah Tinggi? Ambil 7 Jenis Buah Ini, Sangat Bagus Untuk Anda!

Ada masalah darah tinggi? Adakah darah tinggi boleh turun?  Ini antara makanan untuk menurunkan darah tinggi dengan cepat yang boleh anda amalkan dalam diet harian.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Penting ke untuk memastikan tekanan darah stabil?

Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah keadaan kesihatan yang tersembunyi. Anda tidak akan menyedarinya tanpa mengukur tekanan darah – atau sehingga ia mula merosakkan organ penting dalam tubuh.

Kesan tekanan darah tinggi boleh menjadi punca utama masalah strok yang menyumbang kepada serangan jantung. Ia membebankan otot jantung sekali gus menyebabkan kegagalan jantung

Selain itu, ia juga boleh merosakkan buah pinggang, menjejaskan penglihatan, mengganggu ingatan, memperlahankan aktiviti seksual, dan paling penting mengurangkan jangka hayat kehidupan anda.

Adakah darah tinggi boleh turun?

Tahukah anda terdapat cara mudah boleh dilakukan untuk mengelakkan tekanan darah tinggi?

Caranya adalah dengan memilih makanan yang sihat.

Makanan untuk menurunkan darah tinggi dengan cepat

Untuk perkongsian artikel ini, penulis akan memfokuskan kepada buah sebagai agen yang dapat membantu menurunkan darah tinggi anda:

1. Beri antara petua turunkan darah tinggi dengan cepat 

Beri biru dan strawberi mengandungi sebatian antioksidan yang dipanggil antosianin, sejenis flavonoid.

Dipercayai individu dengan kadar antosianin tinggi – terutamanya daripada beri biru dan strawberi – mempunyai risiko tekanan darah tinggi 8% lebih rendah daripada mereka dengan pengambilan antosianin rendah.

Anda boleh menikmati beri dengan cara:

  • Sebagai snek atau pencuci mulut selepas makan
  • Tambahkan ke dalam smoothie
  • Taburkan dalam oat untuk sarapan pagi

Satu hidangan beri biru segar atau beku adalah dalam anggaran 1 cawan atau ½ cawan untuk beri biru kering. Satu hidangan strawberi adalah sekitar 7 biji. 

Makanan untuk menurunkan darah tinggi dengan cepat  #2. Pisang 

Pisang adalah antara petua turunkan darah tinggi dengan cepat.

Pisang mengandungi kalium, yang boleh membantu mengawal hipertensi. Sebiji pisang bersaiz sederhana mengandungi sekitar 422 miligram (mg) kalium.

Kalium dipercayai dapat mengurangkan kesan natrium dan mengurangkan ketegangan pada dinding saluran darah.

Pengambilan kalium harian yang disarankan bagi lelaki adalah 3,400 mg, manakala untuk wanita sebanyak 2,600 mg.

Makanan kaya kalium lain termasuk:

  • Aprikot 
  • Lentil 
  • Prun 
  • Labu acorn
  • Kentang 

Individu yang mempunyai penyakit buah pinggang perlu berunding dengan doktor terlebih dahulu sebelum meningkatkan pengambilan kalium, kerana jika berlebihan ia boleh membahayakan anda.

Satu hidangan yang disarankan adalah antara 1 biji pisang besar, 1 cawan pisang yang dihiris atau ⅔ cawan pisang dilenyek.

makanan untuk menurunkan darah tinggi dengan cepat
Pisang kaya dengan kalium, yang baik untuk menurunkan darah tinggi.

3. Bit juga petua turunkan darah tinggi dengan cepat 

Ubi bit dianggap sebagai jus penurun darah tinggi jangka pendek dan panjang, kerana ia mengandungi nitrat pemakanan.

Individu dengan hipertensi yang mengambil 250 mililiter (ml) atau kira-kira 1 cawan jus bit merah setiap hari selama 4 minggu akan mempunyai tekanan darah yang lebih rendah.

Antara tip yang boleh dicuba:

  • Minum 1 gelas jus ubi bit setiap hari
  • Menambah bit ke dalam salad
  • Menyediakan bit sebagai hidangan sampingan

Satu hidangan bit yang disarankan adalah sekitar 1 cawan yang mengandungi 2 biji bit kecil atau 1 bit besar.

Makanan untuk menurunkan darah tinggi dengan cepat  #4. Kiwi

Pengambilan kiwi setiap hari dipercayai dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi.

Individu yang makan 3 biji kiwi setiap hari selama 8 minggu akan dapat melihat penurunan lebih ketara pada tekanan darah sistolik dan diastolik. Ia mungkin disebabkan bahan bioaktif dalam buah ini.

Kiwi juga kaya dengan vitamin C. Pengambilan 500 mg vitamin C setiap hari selama 8 minggu akan menunjukkan perubahan ketara dalam bacaan tekanan darah.

Kiwi boleh ditambah dalam hidangan makan tengah hari atau smoothie. 1 cawan kiwi atau 2-3 biji buah kiwi membentuk satu hidangan.

5. Tembikai antara makanan untuk darah tinggi dan kolesterol

Tembikai turut merupakan makanan untuk menurunkan darah tinggi dengan cepat. Ia mengandungi asid amino yang dipanggil citrulline.

Badan akan menukar citrulline kepada arginin dan ini membantu badan menghasilkan nitrik oksida – gas yang melegakan saluran darah dan menggalakkan fleksibiliti dalam arteri.

Kesan ini membantu pengaliran darah, yang boleh menurunkan tekanan darah tinggi.

Buah tembikai boleh diambil dengan cara:

Satu hidangan tembikai adalah bersamaan 1 cawan buah yang dipotong atau sepotong buah bersaiz 2 inci.

6. Delima, antara makanan untuk menurunkan darah tinggi dengan cepat 

Delima mengandungi antioksidan dan bahan lain yang boleh membantu mencegah tekanan darah tinggi dan aterosklerosis.

Buah ini boleh dimakan terus atau diambil sebagai jus. Cuma pastikan jus delima yang dibeli tidak mengandungi gula tambahan.

makanan untuk menurunkan darah tinggi dengan cepat
Buah delima boleh membantu menurunkan darah tinggi.

7. Buah sitrus juga makanan untuk darah tinggi dan kolesterol

Buah sitrus termasuk limau gedang, oren atau lemon mengandungi hesperidin, antioksidan yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan jantung.

Buah sitrus boleh diambil dengan cara:

  • Sebagai minuman, contohnya dengan membuat jus oren atau memerah lemon ke dalam air
  • Memerahkan lemon ke atas salad sebagai bahan perasa menggantikan garam

Kesimpulan

Setiap perubahan kecil seperti mengamalkan makanan untuk menurunkan darah tinggi dengan cepat setiap hari boleh membawa perubahan besar pada tahap tekanan darah anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan