backup og meta

Glikosuria Buah Pinggang; Gula Banyak Dalam Air Kencing! Ini Petanda Awal 'Rare' Anda Ada Diabetes

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/10/2022

    Glikosuria Buah Pinggang; Gula Banyak Dalam Air Kencing! Ini Petanda Awal 'Rare' Anda Ada Diabetes

    Ramai dalam kalangan kita sering bertanya apakah itu diabetes. Namun, tidak ramai yang bertanya apakah itu glikosuria dan juga penyebab glikosuria diabetes.

    Hati-hati kerana glikosuria merupakan antara tanda awal seseorang itu menghidap diabetes. Ini penjelasan lanjut mengenai glikosuria buah pinggang.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

    Apakah itu glikosuria buah pinggang?

    apakah itu diabetes

    Apakah itu diabetes dan tanda-tanda diabetes? Anda mungkin sudah tahu tanda diabetes yang lazim berlaku.

    Namun kini, kami ingin bawakan satu tanda diabetes yang agak jarang berlaku iaitu glikosuria buah pinggang.

    Glikosuria buah pinggang (renal glycosuria) merupakan sejenis keadaan yang jarang berlaku, di mana terlalu banyak glukosa atau gula mudah (simple sugar) dikeluarkan melalui air kencing.

    Keadaan ini berlaku walaupun glukosa dalam darah berada pada tahap yang normal atau rendah.

    Apabila buah pinggang berfungsi dengan betul, glukosa hanya dikeluarkan ke dalam air kencing apabila kandungannya berada pada paras yang tinggi dalam darah.

    Walau bagaimanapun, bagi individu yang mempunyai glikosuria buah pinggang, glukosa dikeluarkan ke dalam air kencing walaupun ia tidak sepatutnya berlaku.

    Ini kerana tubul yang terletak dalam buah pinggang tidak berfungsi dengan baik.

    Untuk makluman anda, tubul buah pinggang adalah bahagian buah pinggang yang berfungsi membersihkan darah.

    Kebanyakan individu yang mengalami masalah ini tidak mempunyai sebarang gejala (asimtomatik). 

    Ini tanda-tanda jika anda alami glikosuria buah pinggang

    Kebanyakan individu yang mengalami glikosuria buah pinggang tidak mempunyai tanda atau gejala yang jelas.

    Namun, kadangkala glikosuria boleh menyebabkan masalah kencing yang berlebihan (poliuria), rasa dahaga yang melampau (polidipsia), dan gejala-gejala lain.

    Selain itu, masalah kencing yang tidak sengaja (enuresis), masalah gangguan perkembangan yang ringan dan kematangan semasa akil baligh telah dilaporkan dalam kes yang jarang berlaku.

    apakah itu diabetes

    Apabila seseorang yang menghidap glikosuria buah pinggang hamil atau kelaparan, ia boleh menyebabkan tahap cecair yang rendah dalam badan atau dehidrasi.

    Ia juga boleh menyebabkan pembentukan tisu bahan kimia tertentu seperti badan keton (ketone bodies).

    Cecair dalam badan juga boleh terkumpul akibat terlalu banyak pecahan lemak dalam badan atau disebut ketosis. 

    Punca berlakunya glikosuria buah pinggang

    Apakah penyebab glikosuria? Anda pasti sudah tahu apakah itu diabetes dan puncanya. Sekarang kami terangkan penyebab glikosuria pula.

    Secara umumnya, apabila darah mengalir melalui buah pinggang, glukosa dan bahan lain akan dibersihkan daripada bahagian cecair darah.

    Darah yang baru dibersihkan ini kemudiannya akan bergerak melalui tiub di dalam buah pinggang (tubul buah pinggang).

    Bahan-bahan yang berguna termasuklah glukosa, natrium, dan air akan diserap semula dan dikembalikan ke dalam aliran darah.

    Bahan yang tidak diingini oleh badan pula akan dikeluarkan dari aliran darah melalui air kencing.

    Apabila buah pinggang berfungsi dengan baik, glukosa dikeluarkan ke dalam air kencing hanya apabila parasnya menjadi terlalu tinggi dalam darah.

    Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai masalah glikosuria buah pinggang, glukosa dikeluarkan ke dalam air kencing walaupun paras glukosa darah berada pada tahap yang normal atau rendah.

    Glukosa ini tetap dikeluarkan kerana buah pinggang tidak dapat menyerap semula glukosa dengan pantas seperti yang sepatutnya.

    Apakah itu diabetes: Diagnosis glikosuria buah pinggang

    apakah itu diabetes

    Glikosuria buah pinggang didiagnosis berdasarkan ujian makmal terhadap air kencing dan juga darah.

    Sebelum menjalani ujian ini, anda perlu berpuasa semalaman atau tidak makan pada waktu malam sebelum ujian dilakukan pada keesokan hari.

    Melalui ujian ini, doktor akan melihat paras glukosa dalam air kencing dan juga paras normal atau rendah tahap glukosa dalam darah.

    Sebaik sahaja seseorang itu menjalani diagnosis ini, mereka mungkin akan menjalani ujian genetik untuk menentukan risiko terhadap ahli keluarga yang lain. 

    Rawatan bagi glikosuria buah pinggang

    Kebiasaannya, rawatan tidak diperlukan untuk kebanyakan individu yang mengalami keadaan ini.

    Walau bagaimanapun, sesetengah individu yang mempunyai glikosuria buah pinggang mungkin mengalami diabetes mellitus atau kencing manis.

    Oleh itu, mereka yang mempunyai keadaan ini harus menjalani ujian untuk melihat kemungkinan mereka menghidap penyakit diabetes.

    Selain itu, penghidap glikosuria buah pinggang juga harus mendapatkan rawatan perubatan rutin dengan doktor dan rawatan mungkin akan diberikan berdasarkan kepada simptom yang dialami.

    Bukan sekadar tahu apakah itu diabetes, tetapi tanda awalnya juga

    Jika anda mencari maklumat mengenai apakah itu diabetes, anda juga perlu mendapatkan info berkenaan tanda awal diabetes seperti glikosuria buah pinggang ini.

    Ini kerana, apabila anda mengetahui tanda-tanda awal diabetes, anda boleh mencegahnya lebih awal dan mengurangkan risiko komplikasi lain yang boleh terjadi. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan