backup og meta

Ini 5 Kesan Sampingan Suntikan Insulin, Risiko No. 5 Berkait Dengan Lelaki!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/03/2022

    Ini 5 Kesan Sampingan Suntikan Insulin, Risiko No. 5 Berkait Dengan Lelaki!

    Insulin mungkin akan diperlukan oleh mereka yang menghidap diabetes dalam usaha untuk mengawal kadar gula dalam darah, walaupun wujudnya kesan sampingan suntikan insulin.

    Apa yang lebih menakutkan adalah ada juga risiko di mana ia akan menjejaskan tahap kesihatan dan kemampuan seksual seorang lelaki. Ia bukan suatu perkara yang remeh.

    Persoalannya, apa dan bagaimana kesan sampingan suntikan insulin terhadap individu terutama kaum lelaki? Jom terus baca artikel untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkan di sini.

    Apa yang dimaksudkan dengan insulin?

    Untuk pengetahuan anda semua, insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ pankreas. Ia membolehkan tubuh badan menggunakan glukosa untuk sumber tenaga.

    Jika anda bukan salah seorang pesakit penyakit kencing manis, insulin penting untuk perkara ini:

    • Mengawal kadar gula dalam darah – Gula dari makanan dan minuman akan ditukarkan kepada glukosa kemudian masuk ke dalam salur darah. Insulin akan dihasilkan oleh pankreas untuk elak ia daripada menjadi terlalu tinggi
    • Menyimpan glukosa untuk sumber tenaga – Glukosa yang berlebihan pula akan disimpan dalam hati dalam bentuk glikogen. Hati pula akan merembeskan glikogen ini untuk membantu mengawal glukosa dan jadi tenaga

    kesan sampingan suntikan insulin

    Namun bagi individu yang ada diabetes, maka hormon insulin mungkin kurang atau tidak langsung dihasilkan secara semula jadi. Kesannya, glukosa boleh jadi tidak terkawal.

    Disebabkan kurang atau tidak mampu, maka mereka ini perlu untuk mengambil insulin dari luar. Ia boleh diambil melalui suntikan yang mungkin wujud kesan sampingan.

    Siapa pula yang perlu suntikan insulin?

    Seperti mana yang kita semua mungkin sudah tahu, kondisi kencing manis itu wujud dalam banyak kategori yakni jenis 1, jenis 2, pradiabetes serta diabetes gestasi ketika hamil.

    Buat mereka yang menghidap pradiabetes dan diabetes gestasi, suntikan insulin ini mungkin masih belum lagi diperlukan melainkan jika ia telah disarankan oleh doktor sendiri.

    Bagi penderita diabetes jenis 1, tubuh badan mereka memang tidak akan dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk mengawal kadar glukosa. Jadi, mereka akan perlukan suntikan.

    Bagi penderita diabetes jenis 2, tubuh badan mereka tidak akan dapat bertindak balas dengan berkesan terhadap hormon ini (rintang insulin). Jadi, mereka juga perlukan suntikan.

    Apa yang mungkin akan jadi punca kebimbangan di sini adalah kesan sampingan suntikan insulin.

    kesan sampingan suntikan insulin

    Wujud kesan sampingan suntikan insulin?

    Ya, memang wujud kesan sampingan suntikan insulin sekiranya ia diambil pada dos yang tidak tepat yakni berlebihan. Berikut adalah antara komplikasi yang mungkin terjadi:

    #1. Kadar glukosa rendah (hipoglisemia)

    Apabila kadar gula dalam darah terlalu tinggi, sudah pasti ia akan menyumbang dan membuat masalah diabetes menjadi lebih teruk. Begitu juga sama halnya jika ia terbalik.

    Apabila kadar glukosa terlalu tinggi, ia akan bawa masalah hipoglisemia sekali gus mendatangkan simptom seperti badan penat, kebas badan, pitam dan lain-lain gejala.

    #2. Reaksi suntikan insulin pada kulit

    Insulin dari sumber bukan secara semula jadi perlu disuntik menggunakan jarum dan picagari. Apabila ia disuntik pada kulit, maka mungkin akan timbul kesan yang jelas.

    Contohnya, kulit anda mungkin akan mengalami reaksi seperti menjadi merah, radang, gatal dan dalam kes yang lebih teruk kulit anda akan mula mengecut atau menebal.

    #3. Bengkak pada anggota badan tertentu

    Selain kulit menjadi merah, radang dan gatal, anggota badan tertentu terutama tangan dan kaki anda juga boleh jadi bengkak apabila dos yang diambil itu kurang tepat.

    Akibat daripada penurunan kadar gula dalam darah yang terlalu drastik ini, anggota badan yang lain seperti muka malah alat sulit juga mungkin akan bengkak dengan teruk.

    kesan sampingan suntikan insulin

    Kesan sampingan suntikan insulin #4. Pertambahan berat badan

    Kita mungkin sudah tahu bahawa diabetes dengan berat badan berlebihan atau obesiti itu berkaitan. Namun, penawarnya dalam bentuk insulin juga mungkin membawa kesan yang sama.

    Disebabkan itu, sila ambil insulin pada dos yang ditetapkan dan disarankan oleh doktor sahaja.

    #5. Lelaki boleh mati pucuk?

    Sebenarnya, insulin tidak akan menyebabkan kondisi mati pucuk tetapi dalang yang sebenar adalah kondisi kencing manis itu sendiri. Oleh itu, ia bukan salah satu kesan sampingan.

    Pun begitu, ia masih berkaitan. Untuk pengetahuan anda semua, lelaki dengan masalah diabetes itu lebih tinggi risiko untuk mengalami disfungsi erektil berbanding yang tidak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan