Anak Anda Tidak Mahu Makan? Ini Merupakan Punca dan Langkah Mengatasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Punca anak anda tidak mahu makan

Perbuatan tidak mahu makan merupakan suatu perkara yang sangat biasa dalam kalangan kanak-kanak. Selain tidak mahu makan, memilih makanan juga merupakan perkara yang normal bagi mereka. Namun begitu, mungkin terdapat beberapa punca yang menyebabkan mereka berperangai sebegitu. Berikut merupakan antara punca-puncanya:

Sakit

Apabila anak anda sedang sakit, dia mungkin akan berasa sangat letih dan sekaligus hilang selera makan. Jika ini berlaku kepada anak anda, jagalah dia sehingga sembuh seperti sediakala. Selera makan akan datang kembali dengan sendirinya tanpa memerlukan sebarang rawatan.

Gangguan

Kanak-kanak selalu bersikap ingin tahu terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Ini menyebabkan perhatian mereka mudah terganggu hanya disebabkan oleh sesuatu yang menarik seperti televisyen atau permainan lalu menyebabkan mereka lupa untuk makan.

Alahan

Anak anda mungkin mengalami alahan yang spesifik terhadap suatu jenis makanan lantas menyebabkan dia sangat benci untuk makan. Apabila ini berlaku, anda perlu memastikan makanan yang disediakan tidak akan mendatangkan alahan kepadanya. Disebabkan kanak-kanak masih terlalu kecil untuk memahami alahan ini, anda sendiri perlu memerhatikan mereka dari segi pemakanan.

Pertumbuhan yang semakin perlahan

Sekitar umur 2 hingga 3 tahun, kanak-kanak akan mengalami pertumbuhan yang semakin perlahan. Hasilnya, keperluan tubuh badan mereka juga akan berubah lalu menyebabkan diet mereka yang lama tidak lagi sesuai.

Apa perlu dilakukan sekiranya anak anda memilih makanan?

Sediakan pelbagai jenis makanan dan biarkan anak anda sendiri memilih makanan yang mahu dimakan. Ini merupakan idea yang baik kerana ia dapat memberikan akses kepada kanak-kanak untuk menerokai makanan baru dengan sendiri. Harus diingatkan, anda tidak perlu memaksa anak anda untuk mencuba makanan yang baru.

Membiarkan anak anda makan makanan kegemarannya akan menaikkan selera makannya. Tetapi, anda perlu pastikan mereka mempunyai diet yang seimbang. Untuk itu, anda boleh membuat senarai makanan kegemaran anak anda dan minta khidmat nasihat daripada pakar nutrisi.

Menjadi contoh yang baik juga dapat membantu. Jika anak anda sering melihat anda makan pelbagai jenis makanan sihat, mereka juga akan berminat untuk mencubanya.

Bagaimana dengan snek?

Anak anda seharusnya mengambil 3 sajian utama dan 2 kali snek sehari. Kanak-kanak kebiasaannya tidak makan banyak untuk memastikannya kenyang sehingga waktu makan yang seterusnya. Oleh itu, anda boleh berikan anak anda snek yang sihat di antara waktu makan. Contoh snek yang sihat termasuklah keju, yogurt, potongan buah epal dan strawberi, kepingan daging ayam atau roti disapu mentega kacang.

Jangan berikan anak anda snek hampir pada waktu makan. Waktu snek yang paling sesuai adalah ketika beberapa jam sebelum waktu makan tiba. Ini akan membuat anak anda berasa lapar ketika menghampiri meja makan ketika waktu makan tiba sekaligus menaikkan selera makan mereka.

Bagaimana memudahkan anak anda untuk makan?

Berikut merupakan cadangan langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi memudahkan anak anda untuk makan:

  • Memberi peringatan kepada mereka. 10-15 minit sebelum tiba waktu makan, beritahu anak anda bahawa waktu makan hampir tiba. Kanak-kanak yang sedang penat atau teruja bermain selalunya tidak berminat untuk makan. Oleh itu, sentiasa ingatkan waktu makan agar mereka dapat berhenti bermain dan menyediakan diri untuk makan.
  • Membuat rutin. Kanak-kanak kebanyakannya sangat selesa dengan rutin contohnya rutin makan. Mereka amat senang dengan individu yang duduk di kerusi dan meja makan yang sama. Selain itu, mereka juga amat menyukai tradisi yang boleh dilakukan bersama-sama di meja makan seperti berbual-bual sesama ahli keluarga.
  • Jadikan waktu makan sebagai waktu untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga. Ketika sedang makan, jangan biarkan anak anda bermain atau melakukan aktiviti lain seperti membaca buku atau menonton televisyen seorang diri. Didik anak anda untuk sentiasa berada di meja makan sehingga semua ahli keluarga habis makan.
  • Jadikan waktu makan sebagai waktu yang harmoni. Jika ini berlaku, anak anda akan lebih mudah untuk makan bersama ahli keluarga mereka. Paling penting, elakkan pergaduhan ketika berada di meja makan.
  • Jangan meletakkan piawaian yang tinggi terhadap anak anda. Sebagai contoh, kanak-kanak yang berusia 3 tahun mungkin masih belum pandai makan menggunakan sudu atau garfu. Oleh itu, jangan merungut sekiranya mereka makan tidak mengikut tertib. Sebaliknya, didik mereka dengan sebetulnya bagi mewujudkan suasana yang gembira ketika sedang makan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Pernah tak berasa lesu walaupun baru selesai makan? Bukankah makanan penambah tenaga? Ini kerana makanan kita sering tinggi karbohidrat, terutamanya gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan