What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other
ask-doctor-icon

Tanya Doktor Secara Percuma

Jadi yang terawal untuk berkongsi pandangan anda kepada Hello Doktor

Bayi Menangis Asyik Minta Didukung? First Time Mommy Ini Share Tip Uruskan Anak Clingy

    Bayi Menangis Asyik Minta Didukung? First Time Mommy Ini Share Tip Uruskan Anak Clingy

    “Kenapa anak tak boleh berenggang langsung? Asyik minta didukung sahaja, nak tidur pun mesti ibu kena ada di sebelah. Kalau letak sekejap mulalah anak menangis!”

    Penulis pasti, ramai ibu bapa di luar sana mempunyai pengalaman yang sama. Ia mungkin bukan salah ibu mahupun bapa yang selalunya dikaitkan terlalu memanjakan anak.

    Tetapi, mungkin personaliti atau sifat bayi itu sendiri yang membuatkan anak tak boleh berenggang langsung dengan parents! Namun, ibu bapa janganlah risau. Anak memang akan menangis. Itu merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

    Manakan tidak, mereka tidak boleh bercakap, berjalan atau menunjukkan apa yang mereka mahu. Jadi, hanya dengan tangisan sahajalah anak boleh mendapatkan perhatian ibu ayah.

    Anak yang mempunyai ciri sebegini digelar ‘high need’. Pernah dengar tak?

    Anak anda mudah menangis kalau tidak didukung? Hendak peluk ibu 24 jam? Masa tukar lampin, nampak muka orang lain pun menangis? Jika ya, mungkin bayi anda grumpy disebabkan mereka tergolong dalam kumpulan ‘high need baby’!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    5 tip untuk anak tak boleh berenggang – Sesuai untuk first time mother!

    Apa itu high need baby? Bayi dalam kategori ini selalunya akan menangis lebih kerap daripada biasa. Malah, ibu juga mungkin mendapati anak tak boleh berenggang langsung!

    Jika anda sedang mencari tip atau petua anak tak nak berenggang, anda berada di tempat yang betul!

    Mari ikuti perkongsian tip menguruskan anak clingy daripada dua ibu muda ini; Puan Nur Arina dengan bayinya, Hawa Jasmin dan Puan Najihah dengan bayinya, Seif. Kedua-dua wanita ini merupakan first time mother dengan bayi comel yang sangat clingy!

    1. Anak tak boleh berenggang? Belajar cara pujuk anak!

    anak tak boleh berenggang
    Puan Arina dan suaminya, Encik Hakim bersama bayi mereka, Hawa Jasmin.

    Bagi Arina, sebagai ibu kepada ‘high need baby’, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah belajar cara terbaik untuk pujuk anak. Cuba perhatikan apa yang anak suka dan cuba lakukannya supaya anak lebih tenang dan relaks.

    “Ibu perlu tahu cara untuk pujuk anak. Kadang-kadang, untuk meredakan tangisan, saya akan dukung dan pujuk Hawa supaya dia berhenti menangis. Saya juga akan bawa Hawa berjalan-jalan di sekeliling rumah. Selalunya cara ini berkesan.”

    Najihah pula tidak menafikan anak tak boleh berenggang merupakan satu cabaran yang besar untuknya yang juga seorang wanita bekerjaya.

    “Kadang-kadang, saya terlalu sibuk menguruskan Seif. Tambah pula dengan bebanan kerja, terasa semuanya terlalu banyak untuk ditanggung seorang diri. Jadi, saya dan suami banyak bekerjasama dalam membesarkan anak.”

    “Kami akan cuba bangun seawal mungkin untuk siapkan semua kelengkapan Seif sebelum pergi kerja. Masa Seif tidur sahajalah peluang untuk kami berenggang sebentar. Nanti bila Seif bangun, dia akan menangis tengok ibunya tiada di sisi.”


    Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!

    Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!


    2. Jangan rasa bersalah ketika manjakan anak

    Menurut Najihah lagi, jangan sesekali rasa bersalah jika anda perlu manjakan anak. Kalau anak suka didukung, dukung sahajalah asal anak berhenti menangis.

    “Memang letih, tapi pada waktu ini, anak inginkan perhatian daripada ibu bapa. Nanti, apabila mereka lebih berusia, barulah ibu boleh ajar anak supaya mereka lebih faham. Kunci utamanya adalah sabar.”

    “Anak hanya mahukan perhatian. Selepas sepanjang hari bersama pengasuh, sudah tentulah anak ingin bermanja bersama ibu dan ayah.”

    “Selain itu, saya juga sering cari aktiviti untuk alihkan perhatian Seif lebih-lebih lagi ketika saya perlu tinggalkan dia bersendirian buat seketika. Contohnya, saya akan tinggalkan mainan kegemaran anak atau scarf saya supaya Seif lebih tenang.”

    3. Jangan malu untuk minta pertolongan orang lain

    Bagi Arina pula, cabarannya dalam menjaga bayi clingy ini mungkin lebih besar kerana terpaksa berjauhan dengan suami. Namun, dia bersyukur kerana sepanjang tempoh berpantang, keluarganya banyak membantu.

    “Jangan malu untuk minta pertolongan ibu bapa. Dengan kehadiran orang yang lebih tua dan berpengalaman, saya banyak belajar cara untuk handle anak yang clingy. Malah, ibu saya juga kadang-kadang akan tolong jagakan ketika saya penat dan mula burn-out.”

    Baca juga:

    4. Suami juga mainkan peranan penting

    anak tak boleh berenggang
    Anak Puan Najihah, Seif mudah menangis jika tidak didukung.

    Tidak dinafikan, dalam mengatasi masalah anak tak boleh berenggang, suami memainkan peranan yang sangat penting.

    Arina dan Najihah kedua-duanya bersetuju dan mengakui suami bukan sahaja merupakan tulang belakang keluarga, insan yang bergelar ayah ini juga adalah penyokong nombor 1 ibu.

    Menurut Najihah, suaminya, Fathi, sangat memahami. Malah, suami jugalah yang akan memandikan bayi, menyuapkan makanan dan juga menidurkan Seif jika Najihah rasa penat.

    “Selalunya, kami berdua akan bergilir-gilir dalam menjaga anak. Disebabkan anak tak boleh berenggang dengan parents, suami akan selalu bagi me time kepada saya supaya saya boleh menghilangkan stres dan melepaskan penat.

    Berbeza pula bagi Arina yang sedang berjauhan dengan suaminya, Hakim. Hujung minggu, suami Arina akan balik dan mula menjalankan semua tanggungjawabnya.

    “Bila suami balik pada hujung minggu, dia akan buat semua benda – dari makan pakai anak ke kerja rumah – pendek kata semuanya suami akan uruskan. Saya cuma perlu jaga dan mandikan anak sahaja.”

    Arina juga bersyukur suaminya tidak kekok membantu hal-hal keluarga. Secara tidak langsung, perhatian yang diberikan suami memudahkan mereka untuk menjaga Hawa walaupun mereka sedang ber’PJJ’.

    5. Jangan risau, semuanya akan berakhir!

    anak tak boleh berenggang

    Mungkin ramai ahli keluarga yang terdekat akan berikan nasihat yang sama. Bagi Najihah dan Arina, kenyataan di atas ada betulnya!

    Selepas habis pantang, nampak Hawa lebih tenang dan tak menangis sekerap dulu lagi. Perangai merapnya (clingy) juga dah berkurang!”

    “Jadi untuk ibu bapa di luar sana, sabar dan layankan sahaja dulu kerenah anak tak boleh berenggang. Ini merupakan masa terbaik untuk ibu luangkan masa bersama bayi tersayang. Nanti bila dah besar, rindu pula!” Ujar Arina lagi mengakhiri temu bual.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan
    1. Separation anxiety. https://www.nhs.uk/conditions/baby/babys-development/behaviour/separation-anxiety/. Accessed on May 27, 2022.
    2. Clingy babies and separation anxiety: how to cope. https://www.nct.org.uk/baby-toddler/toddler-tantrums-and-tricky-behaviour/clingy-babies-and-separation-anxiety-how-cope. Accessed on May 27, 2022.
    3. The Clingy Toddler: Helping Your Little One Be Independent. https://www.wonderbaby.org/articles/clingy-toddler. Accessed on May 27, 2022.
    4. Emotional and Social Development: 8 to 12 Months. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/Pages/Emotional-and-Social-Development-8-12-Months.aspx. Accessed on May 27, 2022.
    5. Coping with a clingy baby. https://www.stuff.co.nz/life-style/parenting/baby/caring-for-baby/7103706/Coping-with-a-clingy-baby. Accessed on May 27, 2022.
    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Fatin Zahra Disemak pada 6 hari lalu
    Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
    Next article: